SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Eksklusif: Gara-Gara Taksub Kononnya Mencari Kebenaran, Saiful Bukhari Azlan Akhirnya Kini Terlupa Siapakah Diri Beliau Yang Sebenarnya !!

Tahun 2010 dikatakan "Tahun Kebenaran" oleh Saiful Bukhari Azlan, anak muda yang masih tidak mahu beralah dan mahu mempertahankan dirinya berada dipihak yang benar dalam kes "liwat" terbaru melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Biarpun publisiti terhadap Saiful dilihat semakin berkurangan mutakhir ini, selepas kes berkenaan senantiasa tertangguh-tangguh akibat beberapa masalah teknikal yang terpaksa dielakkan. Terbaru, Mahkamah Persekutuan telah menangguhkan keputusan rayuan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen pendakwaan dan DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada 29 Januari ini. Mahkamah juga memutuskan perbicaraan kes liwat Anwar yang dijadual bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari ini ditangguhkan kepada 2 Februari 2010 depan. Maknanya kes tersebut ditangguhkan lagi, biarpun amat mengecewakan pelakon utamanya iaitu Si Saiful Bukhari. Anak muda ini meronta-ronta di dalam blog peribadi beliau mengharapkan sokongan rakyat terhadap dirinya. "Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik anda bagi memberi bimbingan(tips2) persiapan perbicaraan dari segi psikologi, spiritual, kekuatan rohani, perundangan, bahan bacaan, cara-cara memberi keterangan, menjawab soalan, atau ilmu-ilmu yang sepatutnya bagi memantapkan diri saya apabila di mahkamah kelak" kata Saiful Bukhari Azlan mungkin dalam nada yang merayu.

Saiful Tergamak Berdoa, Buktikan Dia Diliwat

Dalam nada yang bangga Saiful juga mengatakan beliau kan terus berdoa, istiqamah dan sabar. Kepada Allah saya berserah "Yang HAK Pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!". Tanpa menyedari apakah ucapan yang beliau lontarkan itu sesuai dengan kesnya, maka Saiful sanggup mengajar umat Islam berdoa supaya kebenaran berpihak kepadanya. Soalnya sekarang, kebenaran apa yang mahu dicari oleh Saiful? Kebenaran apa yang mahu orang ramai berdoa kepadanya?. Amat memalukan kita sebagai umat Islam, Saiful sebenarnya tidak layak untuk berbicara soal kebenaran. Kerana apa, kerana kebenaran yang dimahukan itu ialah supaya mahkamah memutuskan bahawa "beliau memang diliwat oleh Anwar". Maknanya beliau mahu rakyat Malaysia seantero dunia percaya yang "duburnya telah ditembusi oleh anunya Anwar". Itulah kebenaran yang dimahukan oleh Saiful agaknya. Sungguh menjijikkan melihat senario ini sebenarnya. Manusia yang tidak tahu malu sahaja sanggup menyuruh orang lain berdoa supaya kebenaran terletak kepada dirinya. Jika kebenaran insiden itu tidak berlaku, mungkin kita boleh untuk kita mendoakannya. Namun, Saiful tergamak mahu didoakan agar dia "sudah hilang teruna" akibat dirodok oleh "senjata" Anwar Ibrahim. Inilah yang memuykilkan kita sebenarnya. Amatlah tidak masuk akal langsung orang yang mahu dikatakan menjadi mangsa liwat sanggup merayu dan merintih supaya orang lain mempercayai kesnya itu.

Jika Benar Mahu Kebenaran, Ikut Hukum Islam
Atas faktor dan statement mana yang menyebabkan Saiful mahu orang lain mendoakan dirinya itu?. Atas pengakuan beliau diliwat dan laporan polis yang dibuat? Atau atas laporan perubatan yang dikelaurkan oleh doktor pakar yang sah dan lebih relevan?. Maka itu, yang mana satu Saiful mahu umat Islam diseluruh negara percaya yang beliau diliwat?. Jika dalam kes rogol, sudah pasti polis mahu menghantar mangsa ke hospital untuk membuat pemeriksaan perubatan sebelum menangkap mana-mana suspek. barulah kes boleh dibuat terhadap tertuduh. Apakah cukup dengan pengakuan mangsa yang kononnya beliau dirogol, maka kita mesti percaya dia memang dirogol?. Begitu juga dalam kes Saiful ini sebenarnya. Apakah kita mahu mendoakan kebenaran terhadap beliau, sedangkan kes yang berlaku sekarang hanyalah berdasarkan kepada laporan polis dan akuan yang dibuat oleh dirinya sendiri. Sedangkan laporan perubatan yang sah daripada empat orang doktor pakar hospital swasta dan kerajaan membuktikan beliau masih "suci dan teruna". Ini bermakna, Saiful tidak dinodai oleh sesiapa pun. Maka itu, kenapa Anwar perlu ditangkap, disoal dan mahu didakwa atas pertuduhan tersebut?. Bukankah ini juga kebenaran yang harus dilihat oleh kita sebenarnya. Sebagai umat Islam, kita akhirnya perlu membawa kes Jenayah Syariah sebegini ke Mahkamah Syariah atas pertuduhan Qazaf. Masalahnya, kenapa begitu lama mahkamah ingin menfailkan kes Qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan?. Kita harus berbalik kepada Islam, namun berbagai alasan yang diberikan oleh pihak terbabit. Kenapa kita harus mencari kebenaran buat Saiful hanya berlandaskan kepada pengakuan dan laporan polis yang dibuatnya.

Kenapa Perlu Jumpa Najib, Bukannya Ulamak
Bukankah orang seperti Saiful juga pandai bermuka-muka sebenarnya. Jika tidak, masakan beliau boleh bertemu Perdana Menteri Najib Razak hanya untuk memohon biasiswa, sedangkan beliau ketika itu bekerja di Pejabat Anwar?. Biasiswa apa yang mahu dipohon, sedangkan beliau sudah lama dibuang dari pengajiannya di Uniten akibat terlalu pandai. Masakan, Saiful begitu rapat dan baik dengan Najib Razak sehingga boleh pergi ke rumah PM untuk mengatakan dirinya diliwat oleh Anwar. Kejadian pula berlaku sebelum beliau membuat laporan polis. Kenapa perlu berjumpa Najib, sedangkan kita itu Pak Lah ialah Perdana Menteri. Kenapa Saiful tidak pergi berjumpa Pak Lah?. Kenapa Najib yang ditemui untuk menangis dan mengadu diliwat. Apakah hubungan Najib dan Saiful?. Anak beranak, adik beradik, saudara mara atau apa?. Kebenaran apa yang dimahukan oleh Saiful, sedangkan pihak terbabit langsung tidak mahu memberikan dokumen yang sepatutnya kepada peguam Anwar sebelum hari perbicaraan. Kenapa perlu Saiful berjumpa Najib kemudian baru membuat laporan polis. Kenapakah mereka seakrab itu, sedangkan Saiful bekerja di Pejabat Anwar?. Maknanya Saiful dihantar bekerja di Pejabat Anwar sebagai "Spy Najib" bagi menjatuhkan karier politik Anwar. Berapakah upah dan bayaran yang diterima oleh beliau agaknya.


Saiful berbangga mengangkat tangan keran mahu satu dunia percaya
dia diliwat. Apakah dia cemburu lihat cara Anwar angkat tangan dulu?
Kenapa menunggu begitu lama baru beliau mahu membuat laporan polis kononnya dia diliwat. Kenapa pula Saiful terlupa berapa kali dia diliwat Anwar dan mengatakan dia dipaksa atau sukarela. Bukankah semua ini menimbulkan kecelaruan sebenarnya dalam kes ini. Jika benar diliwat, bukankah elok Saiful jumpa tokoh-tokoh ulamak atau sebagainya sebelum membuat laporan polis. Soalnya, kenapa perlu berjumpa Najib, jika mereka berdua tidak ada hubungan "sulit dan intim". Apakah Saiful tidak tahu yang bossnya Anwar itu adalah musuh Najib. Kenapa beliau berjumpa Najib diketika beliau masih bekerja dengan Anwar. Siapa yang membuka jalan untuk Saiful diterima mengadap Najib yang bukan senang untuk berjumpa rakyat, tambahan pula insan kerdil seperti Saiful. Bukankah ini menunjukkan yang Saiful memang "dihubungkan" dengan Najib oleh seseorang. Siapakah yang menjadi "Agen Saiful" itu agaknya?. Paling mengejutkan, Najib pula sebelum itu mengatakan Saiful berjumpa dengan beliau 3 bulan sebelum tarikh kejadian, maknanya pada bulan April. Kemudian menarik balik dan mengatakan sehari sebelum dia membuat report polis, selepas mendapati Saiful sudah dibuang Uniten dan bekerja dengan Anwar. Bukankah ini bukti jelas terdapat percanggahan kenyataan dalam kes liwat Saiful ini sebenarnya. Makanya, Najib perlu dipanggil ke Mahkamah selepas ini bagi menjadi saksi yang Saiful mengaku dia diliwat Anwar. Pasti bercelaru bila Najib terlupa bila tarikh dan masa bila Saiful berjumpa dengan beliau. Soalnya, mahukah Najib ke Mahkamah?

Saiful Bangga Dirinya Popular Kerana Kes Liwat

Kebenaran apa yang mahu dicari oleh Saiful? Kebenaran dia "diliwat"? Bukankah ia memalukan dirinya sendiri sebenarnya. Tetapi kenapa Saiful langsung tidak mahu menutup mukanya setiap kali muncul di media? Malah, dalam sesetengah kes beliau begitu bangga menjadi mangsa liwat dan sanggup mengangkat tangan seperti yang dilakukan oleh Anwar dulu. Malah, Saiful nampak begitu seronok dengan "publisiti murahan" yang beliau terima sekarang ini. Beliau seolah-olah berbangga, namanya dikenali dan popular tanpa mengambilkira apakah yang beliau lakukan. Kerana taksub untuk mencari kebenaran akhirnya Saiful lupa siapa dirinya. Beliau terlena dalam desakan "glamour". Bagi Saiful, biarpun dia tidak setanding Mawi namun namanya lebih harum dari Mawi. Inilah agaknya yang diiginkan oleh Saiful. Lantaran itulah, beliau satu-satunya mangsa jenayah liwat atau rogol di dunia ini yang gemar menayangkan muka kepada media. Beliau tidak pernah terfikir dirinya itu dihina atau sebaliknya. Apa yang penting ialah beliau dikenali ramai. Biasanya dalam kes seperti Saiful ini, si mangsa malu untuk berhadapan dengan masyarakat. Tambahan kes Saiful adalah seks luar tabiee dan bukannya normal. Saiful bangga bagi dapat membuktikan "duburnya telah ditusuk Anwar". Apakah ini yang dinamakan ingin mempertahankan kebenaran demi maruah?. Sedangkan maruahnya kini telah jatuh pada darjat yang paling rendah sekali. Beliau sanggup menggunakan agama untuk mengaku dan bersumpah kononnya diliwat. Anehnya sumpah Saiful berlaku sehari sebelum Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Seolah-olah Saiful bersumpah selepas mendapat perkenan puak-puak UMNO.

Si Saiful Tidak Sedar Dia Kini Jadi Blogger UMNO

Jika dilihat kepada agenda Saiful, nampak benar kes liwat yang dikatakan berlaku itu adalah bertujuan untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim sebenarnya. Apa tidaknya, Saiful sanggup mengadap pemimpin UMNO dulu sebelum membuat laporan polis. Bukan seorang dua pemimpin UMNO yang ditemuinya, malah ramai lagi sebelum itu. Malahan Saiful juga tersilap, kerana di laman blog peribadi beliau kini terdapat begitu banyak link puak-puak yang menyokong UMNO dan bencikan Anwar Ibrahim. Seolah-olah blog beliau itu kini sudah menjadi sebuah blog politik, sedangkan beliau sepatutnya lebih neutral dalam sesetengah isu. Malahan, beliau juga tidak berminat untuk meletakkan mana-mana link yang cenderung kepada Pakatan Rakyat. Apa yang jelas, Saiful kini sudah terlupa siapa diri beliau sebenarnya. Beliau akhirnya kini menjadi blogger UMNO. Walhal beliau tidak sepatutnya bersikap begitu, kerana jika dia merasakan dirinya tidak dipolitikkan. Tindakan Saiful ini mengesahkan lagi bahawa beliau sememangnya mengikut arahan pemimpin UMNO dalam membuat sesuatu tindakan terhadap Anwar. Sebab itu, kita tidak hairan bila mendengar pertemuan sulitnya dengan pemimpin UMNO dan kelibatnya dilihat bersama proksi UMNO sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar. Malahan beliau juga menghubungi beberapa orang pemimpin UMNO sebelum bertindak mengatakan Anwar meliwatnya dulu. Apakah beliau sedar apa yang dilakukan di dalam blonya itu agaknya?

Negara Islam, Tapi Takut Undang-Undang Qazaf


Sesuatu yang amat aneh dan ajaib berlaku di dunia ini. Sebuah negara Islam seperti Malaysia sanggup menghalang undang-udang Qazaf ditegakkan terhadap seseorang yang menuduh dirinya menjadi mangsa liwat. Bukankah, ia sudah termaktub di dalam undang-undang Islam sebenarnya. Maka kenapa Saiful dan peguamnya takut. Bukan sahaja mereka, malahan pihak pendakwaraya juga amat takut kepada Qazaf. Mereka tahu, Saiful tidak akan mampu mengemukan bukti empat orang saksi bahawa beliau diliwat. Apa yang pasti dan ada hanya empat orang saksi yang membuktikan dirinya tidak diliwat iaitu satu doktor Pusrawi dan tiga lagi doktor pakar Hospital Kuala Lumpur. Maka, kenapa mereka masih mahu mendakwa Anwar?. Bukankah ini bermakna terdapat unsur politik yang menjadi faktor utama kes ini. Terlajak kata boleh diulang semula, tapi terlajak perbuatan sukar untuk dimaafkan. Saiful kini berada di dua persimpangan. Mahu meneruskan atau menarik balik akuan sumpah serta laporan polisnya terhadap Anwar. Jika hanya bersandarkan bukti DNA, bukan sahaja peguam Anwar boleh mempertikaikannya. Malah rakyat sebagai hakim negara juga boleh meraguinya. Tambahan pula Saiful pernah bekerja di pejabat Anwar sebelum itu. Siapalah tahu mereka sudah merancang ketika itu lagi. Cuma tarikh Julai 2008 Saiful terpaksa diarahkan membuat laporan polis, kerana mereka amat takut dengan laporan ahli parlimen BN dikatakan akan melompat ketika itu. Jalan terbaik ialah undang-undang Islam (Qazaf) dikenakan ke atas Saiful, jika terbukti dia gagal membawa saksi dalam kes ini maka secara automatiknya Anwar tidak wajar didakwa atas kesalahan yang belum tentu dilakukannya.

[Apapun, sama-sama kita nantikan episod seterusnya kes tersebut pada 29 Januari ini. Pertuduhan yang bercelaru akhirnya menyukarkan perbicaraan dijalankan secara normal. Mana mungkin perbicaraan dapat dilaksanakan dalam masa kertas pertuduhan dan pendakwaan itu sendiri boleh dipertikaikan. Bukankah kes ini sekali lagi memalukan Malaysia pada mata masyarakat antarabangsa termasuk negara-negara Islam sendiri. Malah, ulamak tersohor Islam Syeikh Yusoff Qardawi sendiri mahukan Qazaf dilaksanakan terhadap Saiful Bukhari Azlan. Jika tidak bermakna Anwar akan kembali merengkok di Penjara Sg.Buloh kerana mereka sudah menyiapkan segalanya untuk mensabitkan mantan TPM itu. Langkah terbaik, ialah kembali kepada Islam jika kerajaan Malaysia benar-benar merasakan negara ini adalah negara Islam. Tambahan pula apa yang berlaku ini adalah jenayah syariah. Kebenaran yang dicari oleh Saiful Bukhari pula adalah satu ciptaan yang sengaja ingin menguatkan cerita sahaja. Amatlah memalukan bilamana seorang yang tidak disahkan menjadi mangsa, tiba-tiba mahu rakyat dan umat Islam di seluruh Malaysia berdoa agar mahkamah membuktikan dirinya mangsa liwat!!].

Read more »

Eksklusif: Benarkan Doktor, Jururawat Dan Polis Undi Pos, Terbukti SPR Bakal Digunakan Sebagai Talian Hayat BN Dalam Pilihanraya Umum Ke-13 !!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekali lagi berusaha untuk memberi "talian hayat" kepada BN dalam pilihanraya umum akan datang. Dalam satu kenyataan semalam, SPR menyatakan bahawa akan mempertimbangkan untuk membenarkan para doktor, jururawat dan wartawan membuang undi secara pos dalam pilihanraya umum akan datang. Kenyataan yang dibuat oleh Pengerusinya, Tan Sri Abd Aziz Yusof (foto), itu jelas sekali mempunyai "udang di sebalik mee". Apa yang jelas SPR sekali lagi dilihat mahu memastikan BN menang dalam piliharaya umum akan datang selepas tertewas sebenarnya dalam pilihanraya umum yang lalu. Jika dulu SPR dibawah pimpinan Tan Sri Rashit, berjaya menggunakan persempadanan semula sebagai senjata utuh bagi memastikan BN menang. Kini SPR sekali lagi cuba melaksanakan agenda BN itu. Soalnya, apakah Aziz Yusoff sedar apa yang mahu dilakukan itu bakal menimbulkan kemarahan rakyat sebenarnya. Apakah beliau sengaja mahu mencari "padah" dan sengaja ingin "menjolok sarang tabuan" dengan tindakan terbarunya itu. Amat malang bagi rakyat Malaysia, apabila mempunyai manusia durjana yang memimpin satu badan yang sepatutnya bebas itu. SPR di Malaysia, bukan sahaja tidak bebas malah motto mereka "cekap dan telus" merupakan satu "omongan kosong" semata-mata.

Apa yang jelas dapat dilihat mereka hanya mahu bertindak adil, telus dan cekap terhadap kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sahaja. Lantaran itulah kenyataan tentang undi pos kepada doktor, jururawat dan wartawan ini dikeluarkan. Adalah lebih elok SPR mengumumkan, semua rakyat Malaysia melaksanakan undi secara pos atau online sahaja. Ini bermakna mereka yang sudah cukup syarat untuk mengundi, tidak perlu berdaftar dengan SPR. Sebaliknya mereka boleh terus mengundi secara online atau pos seperti yang dirangka oleh mereka. Maka mudahlah untuk SPR berkerjasama dengan BN bagi menipu rakyat Malaysia yang sudah bijaksana sekarang ini. Keputusan SPR untuk menambah undi pos ini jelas sekali menghina amalan demokrasi itu sendiri. Selama ini mereka tahu bahawa undi pos dipertikaikan oleh rakyat, bahkan rakyat mahu ia dimansuhkan bagi memberi keadilan kepada parti-parti yang bertanding dalam setiap kali pilihanraya. Kini, SPR bukan sahaja cuba memansuhkannya malah mereka cuba pula untuk menambah jumlah undi pos itu. Bayangkan berapa banyak undi pos yang akan diperolehi oleh BN daripada para jururawat yang jumlahnya cukup besar sebenarnya di seluruh Malaysia. Apa yang pasti, SPR tidak mahu BN kecundang ditangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Terdapat desas-desus yang jelas dari kalangan pemimpin BN sendiri bahawa parti itu akan kecundang dalam pilihanraya umum akan datang jika sesuatu tidak dilakukan.

Ia dibuktikan dengan protes ahli parlimen BN terhadap Najib Razak semasa pengundian untuk meluluskan Bajet 2010 baru-baru ini. Ramai wakil rakyat BN sebenarnya memang sudah tidak dapat menerima apa jua yang dilakukan oleh PM Najib itu. Lantaran itulah, mereka mencuba sedaya upaya untuk memastikan nama Najib terpahat dalam sejarah Malaysia sebagai Perdana Menteri yang paling singkat memerintah negara ini. Kini, SPR dipercayai cuba menggagalkan usaha tersebut. Kerajaan BN yang sudah "nazak" itu kini amat memerlukan "talian hayat undi pos" daripada SPR. Jika tidak sudah pasti nasib mereka akan ditentukan oleh rakyat. Mereka sudah tidak percayakan rakyat terutamanya orang Melayu. Bagi mereka, jika tidak diatur strategi lain dengan SPR nescaya harapan untuk melihat BN menang dalam pilihanraya umum akan datang pasti akan berkubur. Langkah terbaik ialah merencanakan strategi supaya mereka menang. SPR yang sepatutnya menjadi badan bebas bagi mengendalikan pilihanraya di Malaysia pula, dilihat lebih berselera untuk "bertuhankan" UMNO. Walhal mereka sendiri tahu bahawa parti karat itu telah ditolak oleh majoriti rakyat sebenarnya. Maka, kita tidak hairanlah isu undi pos ini sengaja dicipta untuk memastikan agenda itu terlaksana. Akhirnya rakyat jua yang menjadi mangsa kerakusan SPR ini sebenarnya. Apakah kita harus berdiam diri dan membiarkan ia berlaku lagi di depan mata kita agaknya? Bangkit segera demi negara tercinta!

[Selain daripada ingin membenarkan doktor, jururawat dan wartawan membuang undi secara pos kini khabarnya anggota polis pula diarahkan untuk membuat kad penganalan awam MyKad. Apakah ia mempunyai agenda tersirat yang akan menyaksikan anggota polis boleh membuang undi dua kali dalam pilihanraya umum akan datang agaknya. Maka itu, rakyat perlu bangkit untuk mempertahankan hak mereka. Bayangkan jika polis mempunyai MyKad dan mereka boleh mengundi dua kali maka sudah pastilah suara majoriti rakyat itu akan dinafikan sebenarnya. Ternyata kerajaan UMNO BN berkerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk sekali lagi menipu rakyat Malaysia sebenarnya. Pakatan Rakyat tidak harus leka dengan senario ini !].

Read more »

Sekilas Pandang Dari Konvensyen PKR Pahang !!

Cucu sempat hadir di Konvensyen PKR Pahang yang di adakan di Restoran Tan Jung, Jalan Hj.Ahmad Kuantan, Ahad lalu. Biarpun agak lewat sampai, iaitu sekitar jam 9.30 pagi namun program masih belum berjalan dan proses pendaftaran sedang diadakan. Cucu sempat bertemu dengan sahabat PKR dari seluruh negeri Pahang yang turut menjadi perwakilan. Masuk ke dewan, Cucu duduk di kawasan yang dikhaskan untuk media. Kelihatan wartawan dari NST yang turut hadir membuat liputan. Sementara itu bagi media alternatif pula kelihatan wartawan Suara Keadilan (SK) bersama Ketua Editornya Saudara Dzulkarnain Taib (DT). Konvesyen dipengerusikan oleh Saudara Razali Alias iaitu Setiausaha Perhubungan PKR Pahang. Cucu sempat mengikuti pembentangan kertas kerja dan perbahasan yang diadakan oleh ahli panel iaitu Saiffuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR), Yaakob Sapari (Exco Selangor), Shamsul Iskandar (Ketua AMK), Zuraida Kamaruddin (Ketua Wanita) dan Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan). Moderator bagi sessi pembentangan kertas kerja ialah Rizal Jamin (Ketua AMK Pahang). Cucu sempat mengemukakan soalan kepada ahli panel iaitu Shamsul Iskandar berkenaan dengan tindakan yang dilakukan oleh AMK bagi mempertingkatkan penguasaan golongan muda terhadap media baru. Sekitar jam 4.30 petang, dewan diriuhkan dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau kemudiannya menyampaikan ucaptama dan menutup Konvensyen sekitar jam 6.00 petang, selepas itu satu sidang media telah diadakan. Cucu sempat hadir dalam sessi sidang media itu. Anwar diajukan dengan berbagai soalan panas terutamanya berhubung isu khalimah Allah. Beliau turut dibantu oleh Datuk Chua Jui Meng yang turut hadir dalam majlis tersebut. Selepas majlis berakhir, Cucu sempat bertemu dengan rakan-rakan untuk berbual tentang isu-isu semasa.

Sekitar jam 8.30 malam, Cucu masuk ke dewan untuk bersama dalam majlis Jamuan Makan Malam PKR dengan Anwar Ibrahim. Agak memeranjatkan bila mana, dewan dipenuhi dengan masyarakat kaum Tionghua. Difahamkan tiket yang berharga RM50 dan meja sebanyak 100 set yang disediakan telah habis ditempah. Kelihatan beberapa buah meja sahaja yang dibeli oleh tetamu berbangsa Melayu. Terdapat juga satu meja yang dibeli oleh pegawai polis Cawangan Khas (SB), mereka sibuk mencatat kenyataan yang dibuat oleh Anwar dalam majlis tersebut. Turut menyampaikan ucapan ialah Dato' Fauzi, Datuk Chua Jui Meng, Tian Chua dan lain-lain lagi. Cucu kemudian bergegas ke Beserah, untuk menyaksikan ceramah umum yang berlangsung di sana. Jalam penuh sesak dengan kenderaan, dan difahamkan hampir 10,000 rakyat telah hadir berbondong-bondong semata-mata untuk mendengar ceramah Anwar malam itu. Turut berceramah ialah Nizam Hamid, Nik Nazmi, Chua Jui Meng, Hamzah Jaafar dan kemudiannya Anwar sendiri. Anwar banyak membangkitkan isu khalimah Allah dan sesekali tentang kebajikan rakyat yang ditawarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang telah dimenangi dalam pilihanraya umum ke-12 lalu. Gelombang kebangkitan rakyat seakan bermula, bila menyaksikan ribuan yang hadir pada malam itu. Ceramah berakhir sekitar jam 11.45 malam. Kelihatan turut hadir ialah OCPD Kuantan, Tuan Jasmani. Cucu sempat bersalaman dan berbual-bual dengan beliau. Apapun, syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur yang telah berjaya menyemarakkan harapan rakyat ke arah perubahan. Semoga negeri Pahang bakal ditakluki oleh Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang hendaknya. Salam Perjuangan !!

Read more »

Iklaneka: Isi Minyak Pun Anda Boleh Dapat Duit, Jadilah Ahli Eksklusif "Gift Card Petronas" Mulai Sekarang Untuk Nikmati Ganjaran Terhebat Ini !

Rakyat Malaysia terutamanya pengguna kenderaan dipelawa menjadi pengguna Kad Minyak Petronas "Gift Card" yang baru sahaja dilancarkan. Ini bagi memudahkan urusan seharian mereka terutamanya apabila berada di mana-mana stesen minyak Petronas di seluruh negara. Antara faedah-faedah sekiranya anda menggunakan kad ini ialah ia lebih menjimatkan masa dan tenaga, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah penyakit dan sukar untuk bergerak jauh ketika berhenti di stesen minyak berkenaan. Dengan Gift Card, anda tidak perlu lagi berjalan ke kaunter untuk membuat bayaran. Anda hanya perlu menggunakan kad minyak ini di pam sahaja seperti kad kredit. Ini bermakna anda tidak perlu membuang masa pergi ke kaunter dimana kadangkala cashier terbabit sibuk dengan pelanggan-pelanggan lain termasuk yang membeli makan ringan di dalamnya. Anda tidak perlu beratur di kaunter seperti dulu lagi. Malah anda tidak perlu terkejar-kejar untuk memilih pam yang berdekatan dengan kaunter. Kad ini amat sesuai kepada mereka yang sering mengisi minyak di waktu puncak atau pun ketika stesen minyak di kawasan masing-masing sibuk dengan pelanggan. Jika dulu, anda terpaksa menunggu giliran di pam minyak, kemudian ke kaunter bagi me mbuat bayaran. Kini, segalanya berubah. Gift Card memudahkan urusan anda. Malah anda juga boleh "Top-Up" kad anda di mana-mana stesen minyak petronas di seluruh negara. Top-Up paling minima kad ini hanyalah RM10 sahaja.

Adakah anda pernahkan lalui kesesakan di pam minyak seperti ini?
Jika Ya, maka anda layak untuk menggunakan Gift Card Petronas

Kad minyak ini amat sesuai untuk mereka yang berada di bandar-bandar besar atau di kawasan yang stesennya memang senantiasa sibuk dengan kesesakan seperti di Lembah Kelang, Johor Bahru, Ipoh, Seremban, Georgtown, Melaka, Kuantan, Kota Bharu, Alor Setar, Kuala Terengganu, Arau, Kuching, Kota Kinabalu dan sebagainya.

Kelebihan Menggunakan Gift Card Petronas

Permohonan kad adalah terbuka untuk semua golongan tanpa mengira umur. Malah ia tidak memerlukan slip gaji seperti memohon kad kredit. Ia umpama "Debit Card" untuk kemudahan memudahkan urusan harian anda. Amat sesuai untuk mereka yang muflis atau blacklist dan tidak layak memohon "Credit Card", kerana ia mencerminkan gaya, mutu dan keunggulan. Juga amat sesuai kepada para mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi yang menggunakan motorsikal, kerana had isian minyak adalah tidak ditetapkan. Ibubapa boleh top-up kad minyak terbabit dan boleh digunakan hanya untuk mengisi minyak. Ia bermakna anda tidak memberikan wang tunai kepada anak anda bagi kegunaan minyaknya yang takut disalahgunakan. Kad ini juga amat baik digunakan kepada anda yang berniaga atau sering berurusan dalam destinasi yang jauh. Tukarkan belanja minyak anda kepada wang tunai mulai sekarang. Ini kerana disamping menggunakan kad tersebut anda juga berpeluang mendapat rebate bulanan daripada syarikat yang menguruskan perkhidmatan ini. Disamping itu, bagi anda yang berwawasan, berketerampilan dan berkeyakinan untuk menarik seberapa ramai ahli keluarga, rakan-rakan, sahabat handai atau orang ramai menjadi pengguna kad minyak ini anda juga bakal menerima komisyen dan ganjaran yang cukup lumayan setiap hari, minggu dan bulanan. Oleh itu berdaftar segera sebagai Ahli VIP Gift Card Petronas sekarang. Bayangkan jika ramai pengguna berdaftar melalui anda, maka akhirnya anda bakal menggunakan kad minyak tersebut secara percuma apabila komisyen dimasukkan terus ke dalam kad terbabit. Anda akhirnya bakal mengguna minyak secara percuma!.


Hanya gunakan Gift Card Petronas di pam minyak untuk membuat isian

Pendaftaran Ahli VIP Di Buka Sekarang


Promosi pendaftaran sebagai Ahli VIP Gift Card kini di buka dan anda bakal menerima Gift Card Petronas yang sudah mempunyai kredit minyak sebanyak RM50 di dalamnya. Anda juga ditawarkan satu kad Shooping "Gold Card" secara percuma yang mana di dalamnya sudah mempunyai kredit juga sebanyak RM50. Kad shooping ini boleh digunakan di mana-mana 22 buah rangkaian pasaraya Giant di seluruh negara. Malah anda juga boleh menempah voucer makanan segera seperti Ayamas, Pizza, KFC, Marrybrown dan voucer Padini serta Kamdar kiranya anda berminat. Semua voucer tersebut boleh ditebus menerusi "Dream Mall" yang disediakan di dalam akaun anda selepas pendaftaran. Satu kad kesihatan "Healty Card" juga akan diberikan secara percuma kepada anda selepas pendaftaran. Oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan ini. Marilah bersama kami menjadi pengguna bijak program terhebat "Shopping Voucer Rewards" yang sedang hangat di pasaran. pada masa ini Anda masih boleh menggunakan Kad Mesra Petronas untuk mendapat mata ganjaran selepas menggunakan kad ini. Gift Card Petronas ini hanyalah sebagai pengganti wang tunai anda sahaja.

Gift Card Petronas Tidak Dikenakan Caj RM50

Anda yang berdaftar sebagai Ahli VIP Gift Card ini tidak dikenakan caj tahunan RM50 seperti yang diwajibkan kepada pengguna kad kredit sekarang. Memandangkan ramai rakyat Malaysia yang menggunakan kad kredit hanya untuk memudahkan urusan membeli minyak, maka adalah amat sesuai anda memiliki kad ini sekarang. Cepat, jangan berlengah lagi. Kad ini sungguh menarik dan berkualiti. Anda yang sudah mempunyai kad ini boleh menggunakannya seperti gunakan kad kredit biasa selama ini. Cuma anda perlu top up jika tiada wang dalam kad anda, atau anda mengajak seberapa ramai rakyat Malaysia menjadi pengguna kad ini untuk menerima ganjaran lumayan hingga mencecah empat angka setiap hari, minggu dan bulan. Tawaran hebat juga untuk semua usahawan siber yang berminat, terutamanya leader-leader MLM yang sedang mencari peluang untuk menjana pendapatan sekarang. Roadshow program hebat ini akan diadakan di sebelah utara mulai 22 Jan 2010. Sila buat tempahan awal untuk menikmati ganjaran dan faedah menarik yang ditawarkan.

[Kepada anda yang berminat untuk menjadi Ahli VIP Gift Card kami di seluruh negara, sila buat bayaran segera ke akaun Maybank 1560 9399 3135 (Noor Hazlinda), kemudian sila taipkan SMS [Nama_Alamat_IC_Tarikh Bank In] dan hantarkan ke talian 013-862 4400. Sebarang maklumat lanjut tentang program ini sila hubungi talian 012-385 4400. Kelebihan kepada anda yang tinggal di kawasan atau sering menggunakan minyak Petronas (Diesel atau Petrol). Yuran Pendaftaran Ahli Eksekutif RM250 (Semenanjung Malaysia) dan RM260 (Sabah & Sarawak). Anda tidak rugi kerana dengan setiap pendaftaran anda akan mendapat refund semula di dalam kad minyak RM50 dan kad Shopping RM50. Ini bermakna modal sebenar hanyalah RM150-RM160 sahaja. Jadilah yang terawal, untuk nikmati ganjaran lumayan !!]

Read more »

Selamat Datang Buat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kehadiran Yang Pasti Menyemarakkan Semangat Perjuangan Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur

Datuk Seri Anwar Ibrahim khabarnya akan datang ke Kuantan tanggal 17 Januari ini. Disamping membuat ucaptama di Majlis Penutupan Konvensyen PKR Pahang pada hari itu, beliau dijangka mengadakan cerama perdana di Pejabat Perhubungan PKR Pahang dekat jalan Beserah Kuantan. Jika tiada aral melintang Cucu akan hadir di majlis berkenaan, itupun jika mendapat undangan khas daripada pihak penganjur. Maklumlah, Cucu kini tidak mempunyai apa-apa jawatan lagi dalam PKR dan hanya menjadi permerhati bebas politik di negeri Pahang. Ramai yang bertanya kenapakah Cucu tidak mahu aktif berpolitik dalam parti, tambahan pula Cucu pernah menjadi calon atas tiket PKR dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Namun, terus terang Cucu ingin maklumkan sememangnya Cucu sudah ditakdirkan hidup begini. Berparti menyebabkan Cucu akan bermusuh dengan pihak-pihak tertentu, dek kerana Cucu gemar memberi pandangan dan teguran. Cucu dibenci oleh semua pihak kerana kelantangan mengeluarkan hujjah tatkala ada apa jua program yang dijalankan oleh parti. Maka itu adalah lebih elok Cucu berada diluar, kerana ia lebih mudah untuk menegur dan melihat apa yang berlaku di dalam. Jika berada di dalam, maka Cucu terpaksa menerima apa jua ketentuan dan takdir biarpun bukan dengan keihlasan hati sendiri. Untuk makluman, Cucu sebenarnya nama Cucu masih lagi aktif dalam UMNO. Entah siapa yang membayar yuran tahunan, Cucu sendiri pun tiidak mengetahuinya. Sedangkan sudah lebih 10 tahun Cucu berada diluar dari UMNO itu sendiri. Namun begitu pada masa ini persabahatan dan hubungan dengan rakan-rakan dalam UMNO masih rapat seperti biasa. Malah, Cucu juga pernah mengadakan beberapa pertemuan dengan pemimpin UMNO sendiri untuk membincangakan beberapa isu semasa politik tanahair. Memang Cucu pernah dipelawa untuk kembali kepada UMNO. Entahlah, hati ini terasa berat untuk menerima tawaran tersebut kerana Cucu melihat sendiri UMNO memang sudah ditolak oleh rakyat sebenarnya. Hanya pucuk pimpinan dan pemimpin atasan sahaja yang masih merasakan UMNO itu masih relevan, walhal sebaliknya ia sudah tidak bertakhta lagi dihati rakyat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Maka itulah, perjuangan membela rakyat yang masih bersemadi dalam hati sanubari Cucu akan diteruskan biarpun Cucu tidak berparti. Bagi Cucu, jika Pakatan Rakyat menawarkan ruang untuk Cucu bertanding lagi dalam pilihanraya umum akan datang, Insya Allah Cucu akan pertimbangkan. Namun, melihat kepada senario politik semasa hari ini sudah pasti perkara itu adlaah amat mustahil kerana kini ramai pemimpin mereka sendiri yang sudah menunjukkan minat dan mula membuat percaturan untuk bertanding. Apakah dek kerana gelombang Tsunami politik 2008 dulu, maka pemimpin terbabit ingin mencuba. Manalah tahu jika menang, maka ada harapan untuk bergelar YB (Yang Berhormat). Ramai rakan-rakan yang terkejut kerana nama Cucu tercalon atas tiket PKR di Kerusi DUN Kemayan, Parlimen Bera dulu. Namun, segalanya itu adalah takdir semata-mata dan Cucu tidak pernah langsung mengimpikan semua itu. Bagi Cucu perjuangan itu lebih enak jika dapat berada dalam Dewan Undangan Negeri Pahang itu sendiri. Namun, apa boleh buat Cucu tertewas ditangan Fadhil Osman calon BN yang merupakan kroni rapat Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (Anak Saudara). Kini Cucu lebih selesa bergerak bebas tanpa kekangan daripada mana-mana pihak. Ramai yang bertanya kenapa Cucu langsung tidak menjengok kawasan Cucu di Kemanyan, kononnya lepas habis pilihanraya Cucu terus menghilangkan diri. Terus terang Cucu ingin maklumkan, bahawa Cucu tidak pernah mendapat jemputan daripada PKR Cabang Bera selepas pilihanraya umum yang lalu. Baik majlis ceramah, jamuan raya atau pun lain-lain program yang diadakan. Cuma sesekali Cucu hadir ke Bera atas jemputan parti PAS,. Terkadang sedih juga melihat nama Cucu dilupakan oleh kepimpinan PKR di sana. Imej parti PKR itu yang pasti tercemar di mata rakyat sebenarnya dek kerana senario ini.

Kemungkinan besar dalam masa terdekat ini Cucu akan menerbitkan beberapa buah buku hasil tulisan Cucu semenjak 11 tahun bergiat dalam bidang "blogger" ini. Masa yang agak lama Cucu curahkan untuk memberi pendapat dan pandangan tentang politik tanahair terutamanya di bumi Pahang. Namun, masih ada pihak yang tidak menggunakan kelebihan ini sepenuhnya. Bebebrapa kali Cucu menawarkan untuk mengadakan Bengkel Blogger dan lain-lain kepakaran yang Cucu ada, namun sehingga ke hari ini ia nampak lesu. Malah, hanya parti PAS sahaja yang sesekali mengundang Cucu memberikan ceramah dan taklimat pasal blogger. Bagi parti lain nampaknya masih belum membuat tindakan. Cucu sedia berkerjasama dengan semua pihak untuk menyampaikan ilmu ini hatta jemputan daripada pihak kerajaan sendiri. Namun, mungkin mereka agak takut dengan nama Cucumatkilau lantaran itu Cucu tidak langsung diberi ruang untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang Cucu ada selama ini. Entahlah sampai bila senario ini akan berlarutan. Sedangkan semua pihak tahu bahawa Blog memainkan peranan yang cukup penting dalam merubah iklim politik negara ketika pilihanraya umum ke-12 lalu. Namun di Pahang hanya parti PAS sahaja yang dilihat agak "advanced" dalam dunia ICT ini sebenarnya. Bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR), UMNO dan DAP masih agak ketinggalan jauh kebelakang. Syabas dan tahniah diucapkan kepada PAS Pahang atas iniseatif ini. Ternyata PAS bukan sahaja maju di zahirnya, malah juga di alam maya. Tidakk hairanlah setiap kali musim pilihanraya petugas PAS yang lebih banyak digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk membuat kerja-kerja berkaitan. Sepatutnya parti dalam Pakatan Rakyat yang lain perlu bertungkus lumus membantu dan bersama-sama membina kejayaan. Namun ini tidak berlaku, PAS terus ke depan di luaran dan mereka juga ke depan di alam siber itu sendiri dari parti Pakatan yang lain.

Ramai dikalangan parti politik lain di Pahang yang masuh ketinggalan dalam dunia ICT. Malah jelas dapat dilihat tidak banyak blog pemimpin, bahagian dan cawangan yang dihasilkan. Sedangkan rakyat perlukan maklumat yang cepat dan tepat setiap masa. Hasilnya, media arus perdana dijadikan bahan serta sumber rujukan. Maka, kita tidak hairanlah rakyat terus menyokong UMNO dan BN di Pahang, biarpun gelombang Tsunami Politik melanda 2008 dulu. Apakah ia harus dibiarkan begitu sahaja. Bagi UMNO, mereka masih jauh ketinggalan biarpun mempunyai banyak kemudahan dan kewangan untuk melakukannya. Samada mereka sedar atau tidak, hakikatnya UMNO Pahang masih jahil tentang ICT. Biarpun mempunyai Exco ICT dikalangan orang muda yang berwibawa, namun dek kerana kelemahan tindakan dan banyak omongan kosong semata-mata akhirnya ia tidak terlaksana. Oleh itu, parti dalam Pakatan Rakyat harus berkerja keras mulai sekarang jika mahu UMNO BN pahang ditewaskan dalam pilihanraya umum akan datang. ICT haruslah dijadikan pemangkin ke arah itu. Pastikan rakyat mendapat sumber maklumat yang lebih terkini sepanjang masa. Apapun, kehadiran Anwar ke Pahang paqda 17 Januari ini diharap dapat memberi harapan baru kepada rakyat Pahang. Selamat berkonvensyen buat semua perwakilan PKR Pahang. Salam perjuangan !!

Read more »

Kenangan Silam: Gemencheh, Kembali Terkenal Selepas 28 Tahun Peristiwa Pembunuhan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Taha !!

Satu ketika dulu sewaktu Cucu berumur berada dalam darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Jengka 7, Pahang, masih Cucu ingat kejadian menyayatkan hati dimana Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Taha Talib telah dibunuh oleh Datuk Mokhtar Hashim yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan ahli Parlimen Tampin, Negeri Sembilan. Pembunuhan itu dilakukan di Kampung Seri Asahan, Gemencheh pada jam 1.30 pagi, 14 April 1982. Datuk Mokhtar Hashim telah ditangkap di rumahnya di rumahnya di Jalan 16/6, Petaling Jaya jam 1.30 pagi. Orang lain yang terlibat termasuklah Rahmat Satiman (46 tahun - ketua kampung), Nordin Johan (33 tahun - peniaga), Aziz Abdullah (65 tahun, kerja sendiri, PJK) dan Aziz Tumpuk. Selepas perbicaraan selama 75 hari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hakim Hashim Yeop Sani menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (biasanya 20 tahun) kepada Datuk Mokhtar Hashim. Susulan kejadian tersebut Cucu dan keluarga amat takut untuk balik ke kampung arwah bonda Cucu (Kamsiah Jamil) yang terletak di Kg.Sungai Jernih dan Kg. Sungai Salah. Kini tanah tumpah bonda Cucu telah diambil oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk dibina empangan menyalurkan air ke Melaka. Sejak dari hari itu, Cucu jarang-jarang lagi balik ke Gemencheh.

Cucu masih ingat selepas Datuk Taha Dibunuh, anggota polis senantiasa mundar mandir di sana sini. Penduduk kampung dilarang bercakap soal pembunuhan tersebut. Siapa yang melanggar arahan pasti akan ditangkap. Polis Cawangan Khas menyamar sebagai penoreh getah, petani dan sebagainya. Nama Gemencheh harum seantero dunia gara-gara pembunuhan ngeri tersebut. Mujurlah ketika itu kemudahan internet masih belum ada seperti hari ini. Jika tidak, sudah pasti banyak informasi terkini kejadian tersebut dapat diketahui dengan cepat dan pantas. Rakyat hanya bergantung kepada akhbar arus perdana yang ada ketika itu iaitu Utusan Malaysia dan Berita Harian. Apa yang dilaporkan di dada akhbar terpaksa diterima, biarpun terkadang ia agak menyeleweng daripada fakta sebenar kes. Cucu amat sinonim dengan bumi Gemencheh, biarpun berasal dari Kg.Pulau Tawar Jerantut Pahang di sebelah arwah ayahanda (Jamaluddin Md Yunus). Bumi Gemencheh sering kami sekeluarga kunjungi, malah keturunan sebelah bonda Cucu daru Suku Biduanda dalam Adat Pepatih juga mempunyai kaitan saudara dengan seorang pengamal perubatan terkenal di Malaysia iaitu Tabib Abd Hadi. Kami juga mempunyai tanah ada di Kg.Sungai Rokan bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Sg.Rokan, namun telah terjual secara paksa ketika arwah bonda menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1999 yang lalu. Gemencheh juga tidaklah seperti pekan-pekan lain yang lebih maju di Negeri Sembilan. Ia hanyalah sebuah pekan kecil yang sekadar dapat menampung aktiviti masyarakat setempat ketika itu. Pendekkata saban bulan Cucu akan mengikut keluarga balik ke Gemencheh.

Perjalanan ketika itu dari kediaman Cucu di Felda Jengka 7, Maran Pahang melalui Temerloh, Triang dan terus ke Bahau hingga tiba di Gemencheh. Pendek kata laluan terbabit sudah menjadi mainan bagi Cucu seisi keluarga. Kenangan berada di Gemencheh masih tetap dalam ingatan, biarpun kini hanya tinggal saudara mara sahaja yang berada di sana (Cucu dari keturunan Puan Chawan). Namun, selepas sekian lama menyepi tiba-tiba inggu lalu negara digemparkan dengan berita empat beranak ditemui mati, termasuk seorang tanpa kepala, dalam insiden pembunuhan kejam di dua buah rumah berasingan yang terletak berdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh. Mereka yang menjadi mangsa ialah Sofiah Katas, 80 tahun, Atan Daud, 90, (suami Sofiah) yang juga bekas Imam Masjid Kampung berkenaan dan Ismail Awang, 76, serta anaknya Siti Khadijah Ismail, 22. Pembunuhan ngeri ini kembali mengingatkan Cucu tentang kejadian yang sama 28 tahun yang lalu. Kini berulang kembali, nama Gemencheh kembali dikenali seantero dunia. Persoalannya, kenapakah kejadian ini berlaku lagu di satu kawasan perkampungan kecil yang penuh dengan adat istiadat pepatih itu. Malah, rakyat Negeri Sembilan bukanlah dikenali sebagai orang yang ganas dan samseng sebenarnya. Namun mengapa ia terus berlaku dan berlaku.

[Gemencheh kembali harum dan segar dalam ingatan Cucu. Insya Allah, jika tiada aral melintang Cucu akan melawat Gemencheh untuk mengimbau kembali kenangan silam ketika waktu kecil dulu. Salam perjuangan buat seluruh sahabat yang berada di Gemencheh dari anak arwah Kamsiah Bt Jamil, Cucu Puan Chawan Bt Sinjak dari Kg. Sungai Jernih].

Read more »

Kontroversi: Isu Khalimah Allah, Kenapa Majalah Herald Di Hebohkan Tetapi Pada Logo Rasmi Polis Sekian Lama Didiamkan Oleh Puak-Puak UMNO !!

Sumber Pahang Daily Online

Khalimah Allah dikecohkan selepas mahkamah membenarkan penggunaannya kepada majalah mingguan khatolik Herald (foto) baru-baru ini. Namun, selepas beberapa ketika Mahkamah Rayuan akhirnya menangguhkan keputusan tersebut. Anehnya, biarpun ia ditangguhkan tetapi masih ada rakyat Malaysia terutamanya NGO yang cukup rapat dengan UMNO BN melatah dan bagai tak keruan dengan isu ini. Mereka tiba-tiba mengadakan demonstrasi di Masjid Negara Jumaat lalu dan mendesak agar orang Kristian tidak menghina umat Islam dengan isu ini. Kerakusan puak-puak ini mengadakan demonstrasi telah menarik perhatian para jemaah yang ingin bersolat Jumaat di situ. Atas nama Islam, dan melaung-luang agar Islam tidak dihina tetapi ramai dikalangan mereka langsung tidak menghormati Islam itu sendiri. Mereka hadir hanya untuk berdemo dan bukannya mengerjakan solat Jumaat yang menjadi kewajipan lebih utama bagi seorang lelaki Islam. Apakah ini namanya memperjuangkan Islam?. Niat mempertahankan Islam itu memang amat dihargai dan murni, namun keperibadian yang ditunjukkan oleh peserta demo itu amatlah memualkan. Malah, ada sumber yang menyatakan ramai juga anggota polis beragama Islam yang berkawal di situ langsung tidak mengendahkan solat Jumaat yang sepatutnya mereka laksanakan. Apalah gunanya memperjuangkan nama Islam, sedangkan dalam diri mereka langsung tidak menunjukkan ciri-ciri Islam itu sendiri. Inilah yang amat menghairankan kita sebenarnya. Justeru itulah kita tidak hairan NGO-NGO yang berdemo tempohari adalah kumpulan orang Melayu Islam yang hanya sekadar namanya sahaja.

Persoalannya sekarang kenapakah mereka beriya-iya benar untuk berdemo tentang isu ini. Walhal Mahkamah Rayuan sudah memutuskan bahawa kes ditangguhkan sehari sebelum itu?. Tambah mengejutkan pula PM Najib Razak sendiri mengumumkan bahawa kerajaan tidak ada kuasa untuk menahan suara rakyat yang memberontak tentang isu ini. Apakah kerana NGO yang terlibat dikatakan begitu sininom dengan UMNO? Lantaran itu kerajaan langsung tidak berkuasa menghentikan perhimpunan haram tersebut. Namun, apabila ia dilakukan oleh parti atau NGO yang dilihat cenderung kepada pembangkang maka kerajaan mengerahkan pihak polis untuk mengganas dan menyerang mereka yang terbabit. Disepak, diterajang, disembur gas pemedih mata dan water canon, dihambat dan dikejar malah diperlakukan seperti haiwan. Inilah realiti sebenarnya undang-undang polis yang ada di Malaysia. Memang cukup "double standard" dan cukup mengecewakan rakyat sebenarnya. Malah jika diamati betul-betul, isu "khalimah Allah" yang dimainkan sekarang ini juga jelas tidak sewajarnya dihebah-hebahkan sangat oleh pihak media arus perdana. Soalnya kenapa mereka begitu rakus memainkan isu ini hingga menyebabkan ada pihak-pihak yang dikatakan sanggup membakar gereja akibat kes ini. Kerajaan cuba menutup isu semasa dan mainkan isu panas ini. Akhirnya mereka sendiri yang bakal terjerat sebenarnya. Malah jika dikatakan tentang khalimah Allah itu sendiri maka apa bezanya dengan penggunaan khalimah Allah pada logo polis itu sendiri?

Khalimah Allah Pada Logo Polis Juga Hina Islam
Cuba lihat khalimah Allah pada logo rasmi Polis DiRaja Malaysia ini
Logo rasmi polis yang tertulis perkataan "Allah" dan "Muhammad" yang telah digunakan sejak sekian lama itu jelas sekali boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat. Apatah lagi "khalimah Allah" itu juga digunakan oleh anggota polis yang bukan beragama Islam. Bayangkan mereka membawa logo Allah tersebut ke gereja, tandas atau ke tempat-tempat maksiat ketika menjalankan tugas. Bukankah ini juga boleh dikira sebagai menghina Islam. Malah, pihak polis juga boleh dikatakan menghina kerana dengan logo "Allah" pada "cap" yang mereka pakai dan diletakkan di atas kepala itu, terkadang mereka bertindak zalim dan ganas kepada umat Islam yang lain. Ini juga boleh dikatakan menghina Islam sebenarnya. Oleh itu, kita memohon supaya pihak yang berkenaan mengeluarkan fatwa tentang penggunaan "khalimah Allah" pada logo oleh anggota polis yang bukan beragama Islam ini. Jika benar mereka berjuang kerana mempertahankan Islam, mereka harus memastikan perkara ini tidak berlaku. Namun, ia sudah berlaku sejak lama dulu. Kenapa kerajaan UMNO BN dan NGO yang terbabit tidak mempertikaikan perkara ini. Kenapa pula bila timbulnya isu khalimah Allah pada majalah Herald itu mereka bukan main lagi melatah. Walhal, kes itu sudah ditangguhkan. Kita juga mohon menteri yang menjaga agama iaitu Jamil Khir Baharom agar mengeluarkan kenyataan atas isu "logo polis" ini. Biarpun ia sudah lama berlaku, namun tidak ramai umat Islam menyedari dan menganggapnya perkara remeh temeh. Namun, sedarkah kita bahawa nama Allah itu telah dijaja ke sana sini, malah terkadang diletakkan di atas bangku, kerusi atau yang lebih rendah dari itu. Justeru itu, kita menantikan NGO terbabit untuk mengadakan demonstrasi bagi melarang penggunaan nama "Allah" pada logo pasukan polis jika mereka benar-benar tidak mahu Islam itu dihina. Jika tidak, maka ternyata isu ini hanyalah isu politik yang sengaja dimainkan bagi menunjukkan kononnya UMNO itu adalah "Juara Rakyat" dalam menangani kes seperti ini.

[Sekarang, barulah kita sedar bahawa mereka sebenarnya bermain dengan bayang-bayang sendiri perihal isu khalimah Allah ini sebenarnya. Malah, apa yang lebih menghairankan kita ialah mereka beriya-iya benar mempertahankan penggunaan khalimah Allah ini. Sebaliknya, puak-puak mereka tidak pun mempertahankan hukum Allah ditegakkan di muka bumi ini. Malah mereka pula yang menghalang perlaksanaan hukum hudud di Kelantan dulu. Hingga ke hari ini, undang-undang sekular British masih terus dipertahankan. Dalam kes Anwar misalnya, mereka tidak pula mempertahankan agar kes itu dibicarakan mengikut undang-undang syariah, sedangkan ia berkait rapat dengan hal ehwal Islam itu sendiri. Inilah dia bukti bahawa puak-puak ini hanya menggunakan agama "Islam Hadhari" semata-mata. Sebaliknya mereka lupa menggunakan agama itu secara keseluruhannya. Hanya ambil apa yang patut dan buat apa yang sepatutnya demi kepentingan politik mereka itu sejak sekian lamanya].

Read more »

Eksklusif: Isu Perkauman Dan Agama, Satu Lagi Strategi Puak-Puak UMNO Yang Akhirnya Pasti Bakal Menjerat Diri Mereka Sendiri Sebenarnya !!

Sumber Pahang Daily Online

Kebakaran gereja yang semakin menjadi-jadi di negara kita sekarang ini haruslah ditangani dengan betul oleh pihak kerajaan. Jika tidak sudah pasti satu kejadian yang lebih mengejutkan pasti akan berlaku selepas ini. Terkadang kita merasa amat terkejut melihat senario yang berlaku ini sebenarnya. Seolah-olah, sudah ada rakyat Malaysia yang berani untuk melakukan tindakan nekad seperti itu. Walhal, rakyat kita cukup dikenali dengan satu bangsa yang amat berdisplin selama ini. Soalnya kenapa ini berlaku?. Umum telah mengetahui bahawa antara punca utama kejadian tersebut ialah dek kerana kemarahan beberapa kerat individu atas tindakan mahkamah yang membenarkan majalah Herald The Chatolic Weekly untuk menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya. Terdapat keraguan dalam keputusan kes ini apabila hakim dan peguam yang terlibat itu bukan beragama Islam. Maka ada yang menganggap, kerajaan sengaja membiarkan kes ini berkahir seperti itu untuk mencipta "isu panas" ini. Maka dalam masa yang sama pejuang-pejuang UMNO disuruh bangkit membela Islam kononnya. Mereka pun mulalah memukul canang bahawa parti pembangkang tidak peka dengan isu berkenaan dan langsung tidak membuat bantahan besar-besaran terhadap isu ini. Media arus perdana memainkan peranan untuk memesongkan minda rakyat, seolah-olah memang benar pemimpin pembangkang tidak mahu mempertahankan Islam. Inilah yang dimahukan mereka sebenarnya. Dalam masa yang sama mereka mahu rakyat melihat UMNO membela agama, sedangkan umum mengetahui negara ini tidak mengamalkan Islam berlandaskan syariat Islam yang sebenarnya. Islam di Malaysia hanyalah hadir dalam diri "hadhari" ketika waktu tertentu sahaja. Sebaliknya, diwaktu yang lain merekalah yang telah banyak menghina serta menjatuhkan maruah agama Islam itu sendiri sebenarnya.

Demonstrasi Khalimah Allah Didalangi UMNO

Apa yang pasti, puak-puak UMNO sebenarnya yang kini gigih memainkan isu perkauman ini sebenarnya. Mereka sengaja mahu mengaburi mata rakyat kononnya golongan ini adalah "Juara Rakyat" dalam mendepani isu-isu perkauman seperti ini. Walhal sebaliknya mereka yang bertindak mereka cipta skrip-skrip terbabit bagi mengalih pandangan rakyat terhadap isu utama seperti kenaikan harga gula, isu kehilangan enjin pesawat pejuang F-5E, isu rompakan wang PKFZ di Selangor, isu video pengakuan Balasubramaniam tentang penglibatan Najib, Rosmah serta yang lainnya dalam kes pembunuhan Altantunya, isu laporan bedah siasat kedua Teoh Beng Hock yang membuktikan beliau mati dibunuh oleh pakar patalogi Thailand serta lain-lain isu panas yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Semua ini kini seolah-olah dilupakan, apabila media arus perdana asyik memainkan isu "perkauman" susulan tindakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan nama Allah oleh akhbar mingguan Herald itu baru-baru ini. Banyak kemusykilan yang timbul dan sedang bermain difikiran rakyat sekarang ini. Ramai yang merasakan isu ini memang sengaja dimainkan oleh puak-puak UMNO dibawah arahan Najib Razak itu sebenarnya. Memandangkan rakyat Malaysia dilihat begitu senang untuk diperbodohkan oleh pemimpin UMNO yang memang sudah "ketandusan idea" itu, makanya isu-isu perkauman dan agaman seperti ini terus dimainkan oleh mereka.


Demo Khalimah Allah, muka peserta sebijik macam muka puak UMNO
Biarpun Mahkamah Rayuan telah menangguhkan keputusan kes tersebut, namun anehnya selepas itu Najib mengumumkan bahawa kerajaan tidak ada kuasa untuk menghalang rakyat membuat demontrasi bagi memprotes tindakan mahkamah itu. Hasilnya, beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti PEKIDA (Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah), PEWARIS, PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) dan lain-lain lagi telah mengadakan perhimpunan di Masjid Negara selepas solat Jumaat semalam. Bukan sahaja di Masjid Negara, malah beberapa buah masjid negeri yang lain turut diadakan demonstrasi tersebut. Kononnya NGO terbabit ingin berjuang mempertahankan Islam. Walhal, merekalah selama ini yang menggunakan Islam untuk kepentingan politik semata-mata. Tambahan pula, hanya puak-puak UMNO sahaja yang melenting dengan isu "khalimah Allah" ini sebenarnya. Sedangkan umat Islam yang lain di negara ini masih hidup aman, makmur dan selesa tanpa sebarang kontroversi. Oleh itu, kita tidak hairan bilamana ramai yang mengatakan UMNO adalah dalang disebalik demontrasi yang diadakan di Masjid Negara itu. Maka itu juga, kita dapat melihat pihak polis tidak melakukan keganasan terhadap mereka, jika dibandingkan dengan demontrasi yang diadakan oleh penyokong Pakatan Rakyat selama ini.

SMS Palsu Juga Mungkin Didalangi Puak UMNO


Kita juga dikejutkan dengan isu SMS yang dikatakan disebarkan oleh pihak-pihak tertentu yang mengajak orang ramai (Melayu Islam) untuk meneruskan protes terhadap isu ini. Dalam SMS yang diedarkan itu menyuruh penganut agama Kristian Katolik agar mengalihkan semua dia membilang tasbih (Khatolik) dan artikel agama di dalam kereta masing-masing kononnya ada pihak yang akan memecahkan mana-mana kenderaan yang mempunyai artikel tersebut di kawasan Bangsar. Terdapat juga laporan yang mengatakan empat buah kenderaan telah dipecahkan di kawasan itu. SMS berbahasa Inggeris itu dikatakan turut diterima oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Anehnya, dalam sidang media yang dilakukan Musa hanya memberi amaran sahaja kepada mereka yang menyebarkan SMS tersebut dan mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan apa yang disebarkan. Menurut beliau SMS yang mengajak orang ramai (Islam) meneruskan protes itu adalah palsu semata-mata. Persoalannya kini, kenapakan polis gagal menjejaki penghantar SMS itu dengan cepat dan pantas, sedangkan mereka boleh melakukannya.

Amatlah tidak logik Musa Hassan juga menerima SMS, soalnya
siapakah yang mempunyai nombor peribadi beliau itu agaknya

Sedangkan, antara hasrat kerajaan mewajibkan pelanggan telefon kad prabayar mendaftar dengan syarikat telekomunikasi (Celcom, Maxis, Digi, UMobile, Redtone) untuk melanggan talian mereka dulu ialah supaya memudahkan kerajaan menjejaki mereka-mereka yang menghantar SMS palsu dan berbaur hasuatan. Maka, kenapa sekarang ini pihak polis tidak berhubung dengan syarikat telemokumunikasi terbabit untuk mendapatkan maklumat siapakah pengirim sebenar SMS tersebut. Amatlah mudah untuk menjejaki puncanya apabila ia dilakukan betul-betul dan serius. Namun, dalam hal ini ia seperti dibuat-buat oleh pihak-pihak tertentu. Tambah mengejutkan, mana mungkin Ketua Polis Negara sendiri boleh menerima SMS itu?. Siapakah yang mempunyai nombor telefon Musa Hassan agaknya, jika tidak puak-puak UMNO sendiri?. Mana mungkin rakyat biasa boleh menghantar SMS seperti itu kepada Ketua Polis Negara. Bukankah mereka sendiri tahu akibatnya, jika perbuatan ini disiasat oleh pihak polis. Kenapa ia berlaku? Kerana pengirim SMS mungkin mempunyai nombor Ketua Polis Negara itu sebenarnya. Siapakah mereka, sudah pastilah mereka terdiri dari sahabat yang terdekat dengan Musa Hassan sendiri. Jika pun bukan sahabat, kenapa mereka menyebarkan SMS itu kepada Musa Hassan. Apakah mereka tidak takut dengan undang-undang agaknya? Atau memang benar isu ini adalah permainan puak-puak UMNO bagi mengaburi minda rakyat sebenarnya?. Namun rakyat tidak harus terus tertipu hendaknya. Mungkin banyak lagi isu panas akan menyusul selepas ini. Sama-samalah kita melihat "Juara Rakyat" ini memperbodohkan rakyat Malaysia dengan aksi lawak ini.

Siapa Lagi Yang Lakukannya Jika Bukan UMNO

Kita dapat melihat dengan jelas bahawa UMNO bercita-cita menjadi "Juara Rakyat". Oleh itu mereka terpaksa mencipta isu dan mahu rakyat melupakan isu-isu sebenarnya. Dalam isu khalimah Allah, mereka sebenarnya boleh menentukan hakim bicara yang beragama Islam seperti yang berlaku dalam kes-kes sebelum ini antaranya kes Anwar dan kes Nizar di Perak. Namun, kenapa mereka tidak lakukan lebih awal lagi. Sebab mereka mahukan keputusan yang dibuat itu menimbulkan kemarahan rakyat. Maka selepas keputusan dibuat oleh hakim, rakyat marah dan UMNO ke depan untuk menyatakan protes dan bantahan terhadap keputusan mahkamah tersebut. Akhirnya mereka berjaya mengaburi mata rakyat kononnya mereka pembela Islam. Pemimpin pembangkang yang beragama Islam terutamanya dari PAS dan PKR diperli kerana tidak bersama menyatakan bantahan dan berdiam diri dengan isu ini. Mereka mahu melihat UMNO Juara Rakyat dalam isu-isu sensitif ini sebenarnya. Sudah semestinya pemimpin pembangkang enggan terlibat dalam isu ciptaan UMNO ini. Mereka kemudian melakukan demontrasi selepas solat Jumaat, sedangkan Mahkamah Rayuan sudah membuat keputusan penangguhan kes tersebut. Mereka lupa, pada hari yang sama pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari PAS dan PKR sibuk mengadakan perarakan untuk menghantar memorandum kepada Duta Besar Mesir atas sikap kerajaan negara itu yang menghalang misi bantuan kemanusiaan "Viva Palestin" ke Gaza Palestine baru-baru ini.

Umat Islam di Palestin inilah yang sebenarnya perlu dibela oleh UMNO
Itulah isu yang lebih besar perlu ditangani oleh umat Islam sebenarnya, bukannya isu Khalimah Allah ciptaan UMNO. Dalam masa yang sama juga kita dikejutkan dengan isu gereja dibakar dan sebagainya. Mengikut logik akal, siapakah yang kemaruk dengan isu "khalimah Allah" ini?. Bukankah puak-puak UMNO dan NGO yang menyokong mereka. Maka itu, apakah kita mahu menuduh penyokong Pakatan Rakyat yang melakukannya, sedangkan mereka langsung tidak tidak terpalit dengan isu ini sebenarnya. Maka itulah, adalah tidak menjadi kemusykilan untuk kita mengatakan bahawa puak-puak UMNO sebenarnya yang terlibat dengan segala insiden ini. Apakah pihak polis akan melakukan penyiasatan yang adil dan telus agaknya, terutamanya dalam kes bakar gereja?. Apakah orang PAS sanggup melakukan perbuatan itu agaknya?. Betullah kata Mat Sabu, bahawa hanya mereka yang merasa diri dilindungi sahaja akan tergamak dan sanggup melakukan perbuatan yang terkutuk ini. Siapakah sekarang ini yang sering dilindungi oleh kerajaan Malaysia jika bukan puak-puak UMNO. Mereka bebas lakukan apa sahaja termasuk merompak wang rakyat kerana tahu mahkamah akan berpihak kepada mereka. Oleh itu rakyat diminta bersabar dengan kerenah ini dan teruskan kehidupan seperti biasa tanpa terpengaruh dengan tindakan mereka itu hendaknya.

[Justeru itu, seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, kedamaian, kesejahteraan dan kemakmuran diseru agar tidak terpengaruh dengan permainan jahat dan taktik kotor kerajaan UMNO dan BN ini hendaknya. Biarkan mereka terus "gila meroyan" dengan tindakan-tindakan yang jelas menggambarkan kepada rakyat betapa "terdesak"nya puak-puak UMNO ingin menjadi "Juara Rakyat" itu sebenarnya. Tambah menghairankan kita sekarang, tiba-tiba pula Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak melancarkan program Juara Rakyat. Kononnya bagi menunjukkan UMNO membela rakyat sejak dulu, kini dan selamanya. Walhal, rakyat telah banyak bersabar dengan kerenah pemimpin UMNO yang "cakap tak serupa bikin" ini. Mereka sebenarnya sudah terlalu takut untuk kehilangan kuasa menjelang pilihanraya umum ke-13 akan datang. Maka itulah berbagai tindakan "tidak masuk akal" terpaksa dilakukan bagi membuktikan yang mereka adalah pembela rakyat].

Read more »

Eksklusif: Gula Naik, Ternyata Kerajaan UMNO BN Pimpinan Najib Razak Telah Gagal Buktikan Idea Konsep 1Malaysia Bahawa "Rakyat Didahulukan"

Sumber Pahang Daily Online

Kerajaan UMNO dan BN nampaknya ternyata gagal mengotakan apa yang telah mereka canangkan selama ini. Laungan keramat "rakyat didahulukan" hanyalah omongan kosong yang bertujuan untuk mengelirukan rakyat sebenarnya. Bukti jelas menunjukkan Perdana Menteri Najib Razak telah menghancurkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang dipimpinnya. Apa tidaknya, dalam keadaan masalah ekonomi yang masih belum pulih sepenuhnya dan rakyat masih dibebani dengan berbagai tekanan kehidupan tiba-tiba kerajaan menaikkan harga gula di pasaran. Apakah ini caranya rakyat didahulukan?. Kerajaan UMNO ternyata takut dengan desakan pengeluar dan pemborong gula sebenarnya. Masih kita ingat, desas desus kenaikan gula ini bermula apabila terdapat kekurangan yang begitu mendadak di pasaran. Di sana-sini masalah kekurangan gula berlaku. Malah, rakyat terpaksa membeli gula dengan kadar paling minima. Dalam masa yang sama, pihak berkuasa menemui lambakan gula yang disorok oleh pihak-pihak tertentu yang bertujuan untuk mengambil kesempatan menaikkan kadar harga sesuka hati mereka apabila keadaan sudah terdesak. Rakyat sudah boleh menjangka bahawa kerajaan pasti akan akur dengan desakan pihak pengeluar selepas itu. Kini terbukti, sangkaan itu tidak meleset sama sekali. Tanggal 1 Januari 2010 akhirnya rakyat dihadiahkan dengan berita kenaikan harga gula. Kerajaan semalam mengumumkan harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak yang diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dome.

Alasan Subsidi Senjata Utama Bebankan Rakyat

Alasan yang diberikan juga sungguh tidak munasabah iaitu kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80 sen sekilogram. Inilah alasan yang sering diberikan kepada rakyat tatkala kerajaan menaikkan harga barangan. Istilah "subdisi" dijadikan senjata utama untuk "menghalalkan cara" yang mempunyai makna yang terselindung itu sebenarnya. Akhirnya rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dan berada di paras kemiskinan terpaksa menanggung derita akibat kenaikan tersebut. Anehnya, kerajaan melarang pula mana-mana pihak menaikkan harga barangan makanan yang lain selepas itu. Malah mereka berusaha pula untuk mengambil tindakan tegas jika perkara ini berlaku. Inilah yang dikatakan kerajaan tidak bertanggungjawab. Mereka bebas melakukanya sesuka hati, tetapi dalam masa yang sama melarang pihak lain berbuat demikian. Senario ini juga hampir sama dengan kenaikan harga minyak. Kerajaan menaikkan harga tetapi dalam masa yang sama melarang syarikat pengangkutan awam dan para peniaga menaikkan harga bahan api dan makanan di pasaran. Akhirnya rakyat juga yang terus tertipu dan teraniaya. Kita juga agak hairan, mana hilangnya Menteri yang berkenaan, iaitu Datuk Ismail Sabri Yaakob tatkala perkara kenaikan harga gula ini diumumkan semalam. Apakah beliau takut untuk berhadapan dengan rakyat ketika perkara ini diwar-warkan?. Sebelum ini, beliau sudah beberapa kali ditekan oleh rakyat di kawasannya sendiri gara-gara bekalan gula yang tidak mencukupi. Kini beliau tergamak menghilangkan diri gara-gara tindakan terbaru kerajaan ini pula.

Puak-Puak UMNO Juga Amat Kecewa Gula Naik

Kenaikan harga gula semalam bukan sahaja amat mendukacitakan sebahagian besar rakyat marhaen, malah ia turut mengecewakan puak-puak UMNO sendiri. Malah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia juga turut membantah kenaikan harga gula yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu. Setiausahanya, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dalam satu kenyataan media menegaskan perkara ini tidak patut berlaku walaupun kenaikan sekadar 20 sen ia tetap memberi impak negatif serta kesengsaraan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana. "Di saat dunia menjangkakan ekonomi akan beransur pulih, rakyat dikejutkan dengan kenaikan mendadak ini," katanya. Menurutnya, Pemuda Umno berharap kenaikan harga gula dapat dibatalkan atau ditangguhkan demi menghayati konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan. Dengan kenyataan ini, maka terbuktilah kepada kita bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan UMNO dan BN itu rupanya turut dibantah oleh puak-puak mereka sendiri sebenarnya. Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan memang tidak peka dengan kehendak rakyat. Apakah kerajaan seperti ini harus dikekalkan?. Maka, marilah kita bersama-sama mengembeling tenaga untuk melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang. Kerajaan yang adil kerajaan yang disokong tetapi kerajaan yang menyeleweng dan mementingkan diri sendiri wajar ditentang habis-habisan. Jika puak-puak UMNO sendiri pun menentang perbuatan ini, apatah lagi rakyat yang inginkan perubahan itu sebenarnya.

Benarkah Kini Felda Mengawal Pasaran Gula?

Terdapat maklumat daripada pemborong gula tempatan yang mengatakan kenaikan harga gula dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa oleh kerajaan kerana desakan kuat daripada pihak Felda. Menurut sumber, kini pasaran gula bukan lagi dimonopoli oleh jutawan gula "Robert Kuok", tetapi telah diambil alih sebahagiannya oleh pihak Felda. Umum mengetahui bahawa PM Najib Razak adalah orang yang bertanggungjawab terhadap agensi kerajaan itu. Maka, kenapakah kenaikan gula ini boleh berlaku kiranya ia dikawal oleh Perdana Menteri itu sendiri. Ini bermakna, terdapat beberapa kerat individu di dalam Felda yang cuba untuk memperkayakan diri mereka dengan kenaikan harga ini sebenarnya. Kiranya benar maklumat ini sahih, maka rakyat harus mendesak supaya pihak kerajaan kembali menurunkan harga gula dan tidak sewenang-wenangnya membenarkan mereka diperkotak-katikkan sesuka hati oleh beberapa kerat individu yang akan mengaut keuntungan atas kenaikan harga yang diumumkan ini.

[Walau apapun yang terjadi, rakyat tetap menolak kenaikan harga gula malah barangan lain. Mereka juga mendesak supaya kerajaan tidak sewenang-wenang menggunakan istilah subsidi untuk menipu dan mengelirukan rakyat. Mereka kini bukan lagi seperti lima puluh tahun yang lalu, begitu senang untuk diperbodohkan oleh kerajaan. Rakyat sudah celik mata dan boleh mendapatkan maklumat yang cepat dan terkini daripada lain-lain sumber. Oleh itu, kerajaan wajar memberi perhatian sepenuhnya kepada rakyat. Jangan sekadar melaungkan konon untuk menjaga kebajikan mereka, sedangkan kebajikan golongan koprporat yang lebih dititik beratkan. Marilah kita bersama melakukan perubahan demi kesejahteraan rakyat marhaen dan kepentingan generasi akan datang].

Read more »