SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Syabas UMNO BN Atas Kemenangan Calon Mereka Di Dalam Pilihan Raya Kecil DUN Tenang Semalam


Keputusan rasmi bagi Pilihan Raya Kecil DUN Tenang hari ini menyaksikan Barisan Nasional (BN) terus mengekalkan kerusi DUN tersebut apabila calonnya Mohd Azhar Ibrahim menang menewaskan calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman dari PAS dengan majoriti sebanyak 3,707 undi. Azhar berjaya mendapat 6,699 undi sementara Normala hanya mendapat 2,992 undi. Peratus keluar mengundi pula ialah 65.02 peratus iaitu seramai 9,593 pengundi berdaftar yang menunaikan tanggungjawab masing-masing. Calon BN itu juga telah menang undi Pos. Daripada 119 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Azahar memperolehi 115 manakala Normala hanya memperoleh tiga undi. Satu kertas undi pos telah ditolak. Keputusan undi pos itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil, Md Asri Amir di di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. Apapun, CMK ucapkan syabas dan tahniah kepada calon BN atas kemenangan tersebut. Semofa kememangan ini akan memnguatkan lagi keazaman serta semangat mereka untuk berjuang membela rakyat di kawasan DUN Tenang. Kepada clon PAS yang tewas iaitu Puan Normala Sudirman, semoga dapat menerima kekalahan dengan hati yang tenang. Apa yang penting perjuangan membela rakyat dan mendaulahkan Islam perlu diteruskan. Harapan CMK agar beliau akan terus dikekalkan sebagai calon PAS bagi kawasan terbabit dalam PRU-13 akan datang. Masih kita ingat kekalahan Tan Sri Khalid Ibrahim semasa PRK Ijok dulu, semua nampak yang BN terlalu hebat di situ. Namun akhirnya beliau menang pula dalam PRU-12 selepas itu. Mungkin, ini juga akan berlaku kepada Puan Normala agaknya, Apa yang sangsi ialah langkah SPR terus mengadakan pilihanraya biar pun situasi tidak mengizinkan apabila bencana alam banjir melanda DUN Tenang semalam. Tindakan tersebut menyebabkan ramai pengundi gagal menunaikan tanggungjawab mereka semalam. Semua ini mengundang kontroversi sebenarnya. Apapun teruskanlah perjuangan!

Read more »

Pakatan Rakyat Perlu Perkemaskan Jentera Parti Jika Mahu Realisasikan Hasrat Menawan Pahang

Menutup tirai bulan Januari 2011 ini, CMK memenuhi undangan ceramah bersama Pakatan Rakyat di Pahang. Terbaru (28 Jan) di Felda Jengka 7 , DUN Chenor dalam parlimen Maran bersama Usta Suhaimi Saiad (Ketua Pemuda PAS Pahang) dan sebelum itu (23 Jan) di DUN Dong, Parlimen Raub bersama Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang dan Naib Presiden PAS Pusat). Walau pun kini CMK dilihat telah terbuang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat kenyataan panas kononnya akan keluar dari parti itu, namun perjuangan membela rakyat terus dijalankan biar pun dalam rentak yang berbeza. CMMK akui, ada sahabat-sahabat dalam PKR yang mahu CMK kembali untuk memantapkan parti itu. Namun, jauh di sudut hati CMK sebenarnya sudah merasa terlalu lama masa dihabiskan untuk berjuang dalam parti itu. Apa yang dapat ialah satu situasi politik yang tidak menentu sebenarnya. Malah, PKR Pahang terutamanya dilihat masih tercari-cari rentak perjuangan dalam keadaan Pilihan Raya Umum Ke-13 sudah hampir tiba. Parti itu juga masih gagal membentuk satu gerakan yang kuat untuk menjatuhkan kerajaan UMNO BN di Pahang sebenarnya. Apa yang ada banyak aktiviti dan program yang dijalankan secara bersama atau menumpang program-program yang dianjurkan PAS.


Antara peneroka Jengka 7 yang berani kedepan untuk dengar ceramah
Inilah yang amat tidak wajar sebenarnya. Sepatutnya PKR sudah merangka banyak aktiviti ceramah umum terutamanya memaksimumkan penggunakan pentas ceramah di Pejabat Perhubungan Negeri PKR Pahang di Jalan Beserah. Namun, apa yang berlaku janji-janji untuk membawa penceramah terkenal setiap bulan atau dua bulan sekali seperti yang diwar-warkan selama ini hanyalah tinggal angan-angan. Jelas dapat dilihat pentas yang indah dan gagah dalam kawasan sendiri itu hanya digunakan untuk ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata. Selepas itu ianya lengang dan tiada aktiviti ceramah besar diadakan disitu. Mahu disalah kepada Dato' Fauzi Abd Rahman selaku Pengerusi PKR Pahang tidak mungkin, kerana kerja-kerja itu sepatutnya diatur oleh satu jawatankuasa khas yang dibentuk oleh Majlis Pimpinan Negeri. Akhirnya CMK selesa bersama di pentas PAS biar pun banyak tohmahan yang dilemparkan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Bagi CMK, ruang yang ada perlu digunakan sebaik mungkin untuk menyedarkan rakyat supaya menolak UMNO BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. PKR sepatutnya sudah matang untuk mencatur politik, dan bukan sahaja bergantung kepada PAS. Apakah pilihanraya umum kali ini, mereka masih mahu berharap dan bergantung kepada jentera PAS seperti dulu. Paling menakutkan, PKR Pahang dilihat masih gagal melahirkan pencerah-penceramah muda untuk membantu Pakatan Rakyat dalam apa jua program ceramah yang diatur di seluruh negeri Pahang. Ke mana hilangnya taring anak muda keadilan yang sepatutnya di manfaatkan untuk memastikan kemenangan itu agaknya?.

Jika di pihak PAS ramai yang kenal dengan kelibat Ustaz Suhaimi Saad selaku Ketua Pemudanya. Beliau yang naik ke pentas ceramah hampir saban hari dengan menggunakan kemudahan ICT untuk memberi maklumat berguna kepada rakyat. Tetapi, mana perginya Ketua AMK Pahang?. Ramai yang tertanya-tanya siapakah Ketua AMK Pahang yang sebenarnya. Kenapa kelibatnya tidak langsung membantu perjuangan Pakatan Rakyat di Pahang. Malah, ada yang langsung tidak kenal siapakah gerangannya. Inilah yang menimbulkan tanda tanya sejak dulu lagi. Maka itu, harapan kita selepas ini Pemuda Pakatan Rakyat dari PAS, PKR dan DAP dapat bekerja sama berganding bahu untuk mengiatkan usaha menawan Pahang dalam PRU-13 nanti. Usahlah berkhayal dengan sejarah silam jika mahukan kemenangan. Perjuangan bukaan sekadar perlaksanaan dengan kata-kata tetapi tindakan yang paling diutamakan. CMK bukanlah mahu mempertikaikan mereka yang sedang berjuang, tetapi rakyat mahu melihat perjuangan itu direalisasikan. Apa guna mempunyai jawatan tetapi sekadar gah pada namanya sahaja. Terimalah hakikat ini biarpun pahit untuk ditelan.


Ustaz Yusof Syawal (Ketua PAS Cawangan Jengka 7) dan Pak Daud
Abas Jengka 6 ( Wakil PKR Cabang Maran) turut hadir (27 Jan)

Rombakan dan perubahan besar yang berlaku dalam PKR Pahang baru-baru ini diharap akan memantapkan perjuangan parti itu. Mereka yang dilantik dan dikekalkan harus sedar akan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Maka itulah, gerak kerja yang lebih bersepadu perlu dirancang dengan baik dan teliti agar natijah asal perjuangan dapat diteruskan. Rakyat Pahang memang mahukan perubahan besar kali ini. Pahang juga adalah negeri besar yang sudah pastilah memerlukan perbelanjaan besar untuk menggerakkan segala macam aktiviti. Maka itu, perbanyakkanlah aktiviti termasuk penambahan pengundi berdaftar agar mereka terlibat sama dalam memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum akan datang hendaknya. CMK doakan agar perjuangan tersebut dapat diteruskan dengan jayanya. Jangan biarkan kesempatan dan kekurangan yang ada itu menyebabkan musuh mudah untuk mengambil peluang mereka. Pakatan Rakyat ada strategi, tetapi UMNO BN juga punyai perancangan yang rapi untuk memastikan kuasa yang ada ditangan mereka terus dikekalkan sebenarnya. Buat perubahan dan jangan sekadar mengharap kepada pihak-pihak tertentu semata-mata. Bersama-samalah meneruskan perjuangan untuk membela rakyat secara keseluruhannnya.

Read more »

CMK Di Undang Menjadi Pembentang Kertas Kerja Di 'Himpunan Media Baru' Peringkat Kebangsaan

Pada 15 Januari yang lalu, CMK telah diundang menjadi pembentang kertas kerja untuk program Himpunan Media Baru Peringkat Kebangsaan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat dan Negeri Pahang. Program diadakan di Hotel Green Park Temerloh itu telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Naib Presiden PAS Pusat iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Sementara itu majlis penutupan pula telah dilakukan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat iaitu Ustaz Nasaruddin Hassan At-Tantawi. CMK telah menjadi pembentang kertas kerja pertama dengan tajuk Peranan Media Baru Dalam Menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13. Manakala itu, Ustaz Nik Abduh (anak kepada Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat) pula menjadi pembentang kertas kerja kedua. Beliau mengupas tajuk Peranan Media Baru Dalam Konteks Islam. Program telah disertai oleh hampir 100 peserta yang kebanyakannya adalah pemuda PAS dari seluruh negeri Pahang sendiri. Ini kerana dalam masa yang sama terdapat juga program berasingan di Kemaman Trengganu dan sebelah malamnya perjumpaan blogger dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat diadakan di Kuala Lumpur.





Apapun, program yang berakhir pada jam 3.00 petang itu telah berjaya membuka minda para peserta tentang peranan mereka untuk memperkasakan media baru dalam memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. CMK ucapkan ribuan terima kasih kepada Pemuda PAS Pahang atas kesudian mengundang dan memberi peluang CMK untuk berkongsi maklumat dan bertukar fikiran pengalaman menggunakan media baru. Majlis telah dipengerusikan oleh Ustaz Fadhli Ibrahim (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang).

Read more »

Ceramah Di Putra Balok, Masa Terhad Sebabkan Banyak Isu Panas Tidak Dapat Diulas Sebaiknya



Biar pun masa agak terhad untuk CMK bongkarkan semua isu yang terdapat pada power point presentation semasa ceramah di Putra Balok, 11 Januari lalu namun sekurang-kurangnya ia berjaya membuka minda rakyat terhadap beberapa isu sebenarnya. Disamping mengulas isu nasional termasuk 1Malaysia, PTPTN, kes Rais Yatim dan sebagainya, CMK juga berjaya menperjelaskan serba sedikit pendedahan tentang penyelewengan yang berlaku terhadap Kerajaan Negeri Pahang. Pembongkaran tentang berbagai isu termasuk kes curi balak, curi pasir dan isu premium yang tidak munasabah bagi penerokaan lombong emas dan bijih besi di negeri Pahang. Semuanya itu menyebabkan negeri ini berada dalam keadaan muflis dan senantiasa membentangkan bajet defisit kepada rakyat. Walhal hakikatnya, proksi dan kroni terus kaya raya merompak hasil mahsul kerajaan dengan berselindung disebalik anak-anak syarikat kerajaan itu sendiri. Tambah menyakitkan hati rakyat terdapat projek-projek yang diluluskan sesuka hati kepada kaum kerabat MB Pahang sendiri. Mungkin ada yang kecewa dengan ceramah CMK baru-baru ini yang agak laju dan seolah-olah mengejar masa. CMK memohon maaf atas perkara itu, memandangkan masa yang diberikan sekitar 30 minit hinggan 40 minit sahaja. Ia tidak memadai untuk mendedahkan semua isu tersebut.


Sempat bergambar dengan Naib Presiden PAS, YB Salehuddin Ayub


Bersama YB Salehuddin, Wk Cheong (PKR) dan seorang sahabat PAS
Apapun, CMK berjanji akan membuat pendedahan di ceramah yang akan datang kiranya diundang lagi. Turut berceramah pada malam tersebut ialah Naib Presiden PAS, YB Salehuddin Ayub dan ADUN Beserah, YB Tuan Syed Mohamad Tuan Lonik. Ceramah di pengerusikan oleh Ustaz Suhaimi Saad selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang. Sambutan agak menggalakkan pada malam itu sebenanya. Apapun, CMK akan terus membongkarkan lebih banyak pendedahan tentang penyelewengan yang berlaku di negeri Pahang ini pada masa akan datang. Rakyat perlu membuat perubahan untuk kehidupan yang lebih adil dan selesa. Takbirr !

Read more »

Al-Fatihah, Blogger Pembela Negara Yang Gambi Meninggal Dunia Di Hospital Tg.Ampuan Afzan ..

Dunia media baru Pahang semalam kehilangan seorang pejuang siber pro-UMNO iaitu Blogger Yang Gambi nama sebenarnya Abdul Aziz Baharom. Beliau dipercayai menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.10 malam di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan akibat jangkitan kuman paru-paru. Beliau yang merupakan seorang blogger penyokong kuat Blogger Pembela Negara (BPN) pergi ke rahmatullah ketika berusia 56 tahun dan jenazahnya telah dikebumikan di kampung halaman beliau di Felda Keratong 2. Sebagai makluman Yang Gambi adalah blogger yang banyak membela kerajaan terutamanya dalam isu-isu yang membabitkan felda selama ini. Namun, ketika perjuangan beliau itu ada juga keluhan dan perasaan terkilan yang beliau ajukan akibat sikap Kerajaan Negeri Pahang pimpinan UMNO BN yang memandang sepi masalah kebajikan mereka selama ini. Perjuangan mereka seolah-olah langsung tidak dihargai, banyak janji-janji untuk membela mereka hanya sekadar omongan kosong belaka. Malah, beliau juga banyak terlibat dalam agenda perubahan di bumi Pahang sebenarnya.



Kekuatan semangat untuk beliau menulis menyebabkan dia sanggup membuat posting empat hari sebelum menghembuskan nafasa terakhirnya. Posting beliau yang bertajuk "Karpal Singh peguam dan juga saksi Anwar meliwat". CMK merasa, UMNO Pahang kehilangan seorang penulis siber yang cukup digeruni oleh kawan dan lawan. Malah, CMK secara peribadi menghormati arwah Yang Gambi, malah blognya juga dilinkkan di laman blog CMK ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman hendaknya. Amin.

Read more »

Jadi Pembentang Kertas Kerja Himpunan Media Baru Peringkat Kebangsaan Di Hotel Green Park

CMK ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Pusat dibawah pimpinan Ustaz Nasharuddin Hassan atas kesudian mengundang CMK sebagai salah seorang pembentang kertas kerja dalam seminar Himpunan Media Baru Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di Hotel Green Park Temerloh pada 15 Januari ini. Dalam sejarah lebih 11 tahun berkecimpung dalam dunia blogger inilah kali pertama CMK diberi penghormatan untuk menyampaikan kertas kerja dalam seminar seperti ini. Memang sudah lama bercita-cita untuk berkongsi idea dan maklumat tentang media baru sebenarnya, namun tidak kesampaian. CMK berkali-kali mencari peluang yang manakah paling sesuai untuk menyuarakan pandangan tentang kepentingan blog dalam memastikan kemenangan dalam Pilihanraya Umum akan datang. Namun ruang yang ada tidak dapat digunakan sepenuhnya. Maka itulah, kepercayaan yang diberikan oleh Dewan Pemuda PAS ini dianggap sebagai satu peluang terbaik untuk CMK berkongsi maklumat dan pandangan tentang perkara ini. CMK diberika tajuk "Blogger Dan Isu Semasa" dalam program itu nanti. Apapun, CMK ucapkan syabas kepada Dewan Pemuda PAS Pahang atas daya usaha mengadakan program seperti ini. Ia mungkin akan menjadi pemangkin kepada kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti hendaknya.

Read more »

Sibuk Memenuhi Undangan Ceramah Umum PAS, Terkini Bersama Salehuddin Ayub Di Putra Balok

Nampaknya mutakhir ini semakin banyak tawaran ceramah yang telah CMK terima terutamanya daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS). Terkini, CMK akan berceramah sepentas dengan seorang lagi Naib Presiden PAS iaitu YB Salehuddin Ayub di Putra Balok pada 11 Januari ini. Setakat ini CMK telah bersama dengan tiga Naib Presiden PAS iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berceramah di Felda Bukit Kuantan dan terbaru YB Dato' Hj.Mahfuz Omar di Kompleks Iman Ass-Shafie (KIAS) Kg.Temin Jerantut pada 26 Disember lalu. Apa yang menarik ketika di Madrasah Al-Husna, Pekan pada 25 Disember lalu bilamana CMK dapat berceramah sepentas dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah iaitu YB V.Sivakumar. Sambutan sungguh menggalakan, tambahan pula CMK menggunakan teknik baru menggunakan slide projector sama seperti yang dilakukan oleh Ustaz Yusof Embong (Timbalan YDP PAS Pahang) dan Ustaz Suhaimi Saat (Ketua Pemuda PAS Pahang) sebelum ini. Apa yang menarik, ia sungguh berkesan terutamanya apabila membuat persembahan bergambar. Di samping orang ramai mendengar apa yang diperkatakan mereka juga boleh melihat sendiri gambar-gambar yang berkaitan. Ia memberi kesan yang cukup mendalam di hati masing-masing. Malah, CMK turut mendapat jemputan untuk berceramah semula di kawasan Pekan iaitu di Felda Chini 2 pada 4 Feb bersama Chegubard (Badrul Hisam Shahrin). Ada juga jemputan lain di Gancong yang akan CMK tetapkan tarikhnya kemudian. Di Jerantut, CMK turut akan menyampaikan ceramah di Pulau Tawar tidak lama lagi. Sunguh teruja kerana berceramah di kampung asal dan tempat lahirnya pahlawan Mat Kilau dan Tok Gajah. Apapun, semoga perjuangan lebih bertenaga lagi selepas ini hendaknya.

Read more »

Selamat Tahun Baru, Salam Perjuangan Semua !!

Pertamanya, CMK mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada seluruh rakyat terutamanya mereka yang mengenali atau yang menyokong CMK selama ini. Ternyata, lembayung 2010 telah CMK tinggalkan dengan berbagai episod suka duka dan pahit manis. Semuanya itu memantangkan lahi hasrat murni dan semangat untuk meneruskan perjuangan nenek moyang Mat Kilau dan Tok Gajah. Tahun 2010, cukup manis buat CMK kerana buat pertama kali dalam sejarah apa yang diperjuangkan oleh CMK telah disiarkan dalam hampir kesemua media arus perdana termasuk juga TV. Malah, cerita CMK membela tanah rizab surau yang diceroboh dekat Indera Mahkota Kuantan itu disiarkan secara eksklusif selama dua hari berturut-turut dalam siaran Buletin Utama TV3. Bayangkan, CMK yang dikenali cukup lantang mengkritik dasar-dasar kerajaan UMNO BN akhirnya diberi ruang sebegitu rupa. Malah, RTM turut membuart siaran isu yang sama hingga akhirnya kes tersebut berjaya selesai dengan jayanya. Satu pengorbanan terhadap perjuangan untuk rakyat. Banyak lagi isu-isu rakyat terutamanya di negeri Pahang telah diperjuangkan. CMK juga banyak terlibat membela rakyat dalam isu-isu semasa selepas itu. Banyak laporan polis dan sidang media yang telah dibuat berhubung perkara berkenaan. Anehnya, banyak laporan yang dibuat bagaikan sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Setakat hari ini, CMK langsung tidak nampak yang mana satukah siasatan telah dilakukan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Apapun, CMK harapkan tahun 2011 ini akan memberi sinar baru dalam kehidupan akan datang. Perjuangan akan diteruskan dalam apa jua keadaan sekali pun. Salam

Read more »