SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Ramai Majikan Masih Tidak Laksanakan Gaji Minimum

PM Najib Razak (Kerajaan Malaysia) telah umumkan Perintah Gaji Minimum 2012 yang diwartakan pada 16 Julai 2012. Perintah ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013 bagi majikan yang menggaji enam orang pekerja atau lebih. Tarikh permulaan kuat kuasa ini juga terpakai kepada majikan yang menjalankan aktiviti-aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) tanpa mengira bilangan pekerja yang diambil bekerja... Masalahnya ada INFO PANAS dr ramai pihak MAJIKAN mereka tidak laksanakan perintah ini. Maka itu kpd rakyat Pahang khasnya, sila laporkan maklumat ini utk tindakan selanjutnya... HIDUP RAKYAT! cmk@prihatin2013

Read more »

MPK, Sila Siasat Isu Warga Asing Niaga Pasar Malam!


Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) digesa bertindak segera menangani masalah PENIAGA ASING (Warga Kemboja, Pakistan, Myanmar dll) yg kini semakin berlambak2 di pasar2 malam sekitar bandar ini. Mereka tiada permit dan lesen, malah BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA (syarat utama mohin permit berniaga dlm kawasan Majlsi Tempatan). Ramai peniaga Melayu yg mengadu pada CMK, periuk nasi mereka terjejas. Warga asing menggunakan permiat niaga yg dialibaba oleh peniaga tempatan. MPK perlu rampas permit mereka yg khianat itu. Jika tidak mahu berniagaa pulangkan semula lesen dan beri peluang orang lain. Kenapa harus cari untung dgn menyewakan lesen kepada orang asing. Inilah isu panas yang perlu ditangani segera oleh kerajaan. CMK akan pertahankan hak rakyat tempatan yg tertindas . 

Read more »

Warga Siam Monopoli Perniagaan Restoran Di Kuantan

Hairan dengan sikap Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), dlm syarat memohon GERAI DLM KAWASAN MAJLIS TEMPATAN terbabit .. jelas tertera mestilah WARGANEGARA MALAYSIA, tapi sedarkan MPK kini berpuluh2 GERAI MPK diduduki oleh WARGA ASING terutamanya dr SIAM & BANGLA ... Mana pergi PENGUATKUASA? Mana pergi undang2 yg dipertahankan, bila SAMAN PARKING bukan main lagi suruh rakyat ikut undang2. Nantikan pendedahan panas yg akan CMK buat dlm masa terdekat ini.. HAK RAKYAT dikhianati.. Sbb ada org UNTUNG BESAR... Jika mereka tak mahu berniaga, tarik balik lesen.. kenapa TUTUP MATA.. Bagi orang asing berniaga.. dapat ratus2 ribu .. apa kerajaan dapat? ADA MEREKA BAYAR CUKAI? Siapa yg salah....





Read more »

Nasib Peniaga Kecil Medan Pelancong Perlu Di Bela

Satu persatu kawasan peniaga kecil terutamanya ORANG MEALYU yg hak mereka dirampas oleh kerajaan atas nama pembangunan. Janji membantu, tapi mereka dihalau dulu sebelum lokasibaru disediakan. Bila keluar mereka merempat sana sini cari lokasi baru.. tp semua lokasi yg sepatutnya utk RAKYAT MALAYSIA dah dimonopoli oleh warga asing.. Pernahkan pemimpin Melayu dan rakyat sedar semua ini. Lihat apa yg berlaku kepada para peniaga di Medan Pelancong yg cukup popular bg rakyat Kuantan suatu ketika dulu... Kini hanya tinggal sejarah.. kasihan benar melihat mereka yg teraniaya ini.. Kpd siapa mereka mahu harapkan lagi.. Kenapa ADUN tak bawa isu ini ke Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN TERUNTUM). Kenapa biarkan peniaga Melayu dan peniaga kecil Cina & India terkapar2 merintih di bumi sendiri?.


Read more »

Kerajaan Perlu Bela Nasib Peniaga Melayu Malay Town

Apa sudah jd dgn MALAY TOWN KUANTAN ... perasmian gilang gemilang oleh Exco Pelancongan Pahang, mcm2 janji nak bantu peniaga Melayu ... tp selepas dua tahun lebih... kini Malay Town terus hilang dr peta. Tiada lagi kelibat peniaga Melayu yg dipertahankan... semua "gulung tikar".. Malu melihat Kelantan dan Trengganu bangunkan PASAR SITI KHADIJAH dan PASAR PAYANG.. Kerajaan Negeri Pahang seolah2 tiada idea langsung utk bangunkan sebuah TRANSIT NIAGA utk orang Melayu di bandar ini. Akhirnya mereka terpinggir.. Kenapa pemimpin Melayu tidak tolong??. Mana pergi WAKIL RAKYAT BUKAN MELAYU yg kata nak tolong (DUN TERUNTUM). Maka, fikir2kanlah rakyat Kuantan.. sudah tiba masanya buat perubahan skrg..

Read more »

Kembalikan Pasar Besar Kuantan Itu Kepada Rakyat

Ramai Warga Kuantan terutamanya generasi muda tak tahu, zaman dulu Pasar Besar Kuantan meriah .. bawah peniaga barangan basah dan tingkat atas adalah utk jualan barangan kering termasuk gerai makan minum... Tp, satu keajaiban berlaku bila pihak berkuasa tempatan (Majlis Perbandaran Kuantan) tiba2 menyewakan sebahagiannya kpd pasaraya OCEAN dan kini THE STORE.. Hak peniaga Melayu dinafikan.. Mungkin ada org dlm dpt untung besar atas sewaan itu. Maka, sudah tiba masanya rakyat Kuantan bangkit mempertahankan hak rakyat (PASAR AWAM) dan tidak lagi diniagakan.. Premis kerajaan utk rakyat bukan utk TOKEY PASARAYA yg dah kaya raya.. CMK akan perjuangkan utk kembalikan semua ini kpd rakyat agar dijadikan seperti Pasar Payang (Kuala Terengganu) dan Pasar Siti Khadijah (Kota Bharu).. Kenapa premis utk kemudahan rakyat di SEWAKAN? Siapa yg dpt untung?. Ayuh bersama2 pertahankan hak kita ..



Read more »

Keputusan Untuk Meneruskan Hasrat Bertanding PRU-13 Kini Bergantung Kepada Sokongan Rakyat


Pilihanraya Umum Ke-13 semakin hampir bila-bila masa dari sekarang. Semua pihak khabarnya sudah pun bersedia, tetapi sejauh mana tahap persediaan masih tidak dapat dipastikan. Apa yang jelas ialah parti UMNO sudah pasti mempunyai kelebihan kerana mereka berkuasa di peringkat pusat dan hanya Presiden parti itu saja yang tahu bilakah tarikhnya parlimen akan dibubarkan. Bagi lain-lain parti terutamanya pembangkan mereka terpaksa menunggu dan terus menanti hingga saatnya tiba. Kini, semua parti telah menghantar senarai nama calon-calon untuk dipertandingkan pada PRU-13 itu nanti. Di pihak pembangkang, pengagihan kerusi di Pahang nyata masih dalam perbincangan lagi. Malah ada beberapa kerusi panas kini masih menjadi rebutan antara mereka. Itu belum lagi termasuk pertukaran yang dibuat terhadap kerusi-kerusi yang sedia ada kepada parti terbabit. Apa yang menarik untuk diperkatakan ialah kini nampaknya ada dikalangan mereka yang tersenarai sebagai calon telah mula berkempen ke sana sini seolah-olah berita pemilihan itu sudah diketahui. Padahal ada beberapa nama yang turut tersenarai untuk dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi parti. Perbalahan dan sikap tidak puas hati antara sesama mereka mungkin berlaku jika senario ini gagal dibendung. Apapun, mereka harus membuat percaturan yang bijak jika mahu menang lebih banyak kerusi di Pahang nanti. Ramai juga yang bertanya, apakah CMK akan meneruskan hasrat bertanding pada PRU-13 nanti?. Buat masa ini, keputusan untuk bertanding masih diteruskan dan CMK sudah mencongak beberapa buah kerusi popular untuk berbuat demikian jika perancangan ini diteruskan. Soal bertanding atas tiket parti apa itu tidak menjadi halangan, kerana pada masa ini CMK juga memang ada menerima pelawaan dan tawaran daripada pihak tertentu untuk dipilih mewakili parti masing-masing.


Sokongan rakyat terhadap perjuangan CMK semakin diterima sekarang
Jika dilihat kepada keputusan terkini survey rakyat yang dibuat dalam blog ini DUN Semambu masih menjadi kawasan popular untuk CMK tandingi dengan mendapat 31% undian setakat ini. Sementara itu DUN Pulau Tawar (18%), DUN Teruntum (11%), DUN Chenor (11%), DUN Kemayan (7%) dan DUN Kuala Sentul (4%). Semua kawasan ini adalah sinonim dalam hidup CMK sebenarnya. Jika keputusan survey ini dituruti maka tiga DUN teratas ialah DUN Semambu, DUN Pulau Tawar, DUN Teruntum dan DUN Chenor. Empat kawasan ini punyai kesan mendalam dalam hidup CMK sebenarnya. Ini kerana DUN Semambu merupakan tempat tinggal, mengundi dan bersosial pada masa ini. Manakala DUN Pulau Tawar pula begitu sinonim dengan darah perjuangan pahlawan Melayu Pahang dan kampung asal keluarga CMK (sebelah ayah). Sementara DUN Teruntum pula adalah tempat CMK sering jalankan aktiviti (events) ketika terlibat dengan dunia hiburan (DJ Radio) dan akhir sekali DUN Chenor adalah tempat perjuangan arwah ayahanda CMK dan CMK dibesarkan. Semua kawasan ini adalah menjadi lokasi pilihan untuk CMK tawarkan diri bertanding jika diizinkan. Soalnya, apakah ada ruang untuk CMK meneruskan hasrat ini atau ia mungkin akan berkubur begitu saja. Manusia hanya merancang tetapi segalanya Allah yang akan menentukan.

Read more »

Menyingkap Sejarah Perjuangan Blogger Cucumatkilau!


Dua tahun yang lalu iaitu tanggal 11 Februari 2013, CMK telah membuat satu keputusan drastik iaitu mengundur diri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti yang CMK wakili semasa bertanding di Pilihanraya Umum Ke-12 bagi kerusi DUN Kemayan, Parlimen Bera pada tahun 2008 dulu. Tindakan itu bukanlah kali yang pertama, kerana pada tahun 2004 beberapa hari menjelang Pilihanraya Umum ke-11, CMK dan KeAdiLan bahagian Paya Besar telah keluar dari PKR gara-gara krisis mempertahankan Lokman Nor Adam yang ketika itu dipecat daripada parti selepas kontroversi beliau dengan Ezam Md Noor. Ketika itu nama CMK diwar-warkan menjadi calon Parti Keadilan Nasional (PKN) bagi DUN Lepar. CMK undur diri dan memberi ruang kepada calon PAS bertanding di kerusi itu (Ustaz Rosli Jabar). CMK, Lokman Nor Adam dan kepimpinan PKN Paya Besar telah dibawa mengadap MB Pahang (Dato' Sri Adnan Yaakob) dan kemudian Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) di Pekan ketika itu. Sempat menjamu selera bersarapan pagi (nasi lemak zaman) dengan Najib, Rosmah Mansor serta anak-anaknya selama lebih kurang 45 minit. Kecoh dibuatnya selepas sidang media dan keluar di dada-dada akhbar. Ramai yang menyangka CMK akan bersama UMNO selepas keluar dari PKN. Selang beberapa tahun, CMK masih tetap dengan perjuangan rakyat. Tohmahan mengatakan CMK mendapat habuan bernilai jutaan ringgit selepas keluar PKN meleset. Akhirnya CMK ambil keputusan kembali sertai KeADILan yang dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas itu. CMK ambil keputusan sertai semua PKR (2007) beberapa tahun selepas keluar parti kerana kecewa dengan tindakan Lokman Nor Adam yang tiba-tiba bertindak sertai UMNO mengikut jejak langkah Ezam Md Noor. CMK hairan dengan politik beliau, dia yang beriya-iya berjumpa CMK dan mahu dirinya dibela selepas dipecat dari parti tiba-tiba duduk pula semeja dengan Ezam. Padahal ketika CMK membela beliau, isu utamanya ialah kerana kes Ezam. Dia dedahkan banyak fail Ezam kepada Najib hingga menyebabkan Ezam gagal untuk berlawan dengan Najib di Parlimen Pekan ketika itu. Bila Lokman kembali bersama Ezam, CMK terfikir dia tidak jujur dalam perjuangan. Dia marah bila CMK tidak kembali kepada parti UMNO.



CMK tegaskan, keluar PKN 2004 bukan kerana mahu sertai UMNO tetapi kerana kecewa dengan Ezam Md Noor. Akhirnya, CMK kembali sertai PKR melalui Fuziah Salleh, Ketua Bahagian Kuantan ketika itu. Kemasukan CMK ditentang oleh ramai pimpina PKR termasuk beberapa kepimpinan bahagian terbabit. Namun, segalanya dibuktikan bila CMK tetap meneruskan perjuangan bersama rakyat walau pun penuh kontroversi. Rumah CMK telah digeladah polis pada Disember 2007 akibat beberapa tulisan yang mengancam keselamatan negara katanya. Pintu dipecah dan CMK telah disoal siasat oleh pihak polis di IPD Kuantan. Apapun CMK akhirnya dibebaskan, mujurlah CMK tabah menghadapi segalanya. Berita penangkapan CMK telah disiarkan di dalam banyak blog dan termasuk juga akhbar Suara Keadilan. Ramai yang terkejut dengan apa yang terjadi itu.

Menjadi Calon PKR Pada Pilihanraya Umum Ke-12

Akhirnya pada tahun 2008, CMK ditawarkan untuk bertanding sebagai calon PKR bagi kerusi DUN Kemayan, Parlimen Bera. CMK bersetuju dengan tawaran yang dibuat oleh Pengerusi PKR Pahang ketika itu iaitu Zakaria Abd Hamid. Ramai yang tidak yakin CMK akan teruskan perjuangan biar pun menjadi calon PKR pada PRU-12 itu. Tambahan pula dalam tempoh sehari dua berkempen, begitu ramai "parasit-parasit" yang datang berjumpa CMK untuk menawarkan habuan tertentu supaya menarik diri dari bertanding. Malah, pada malam terakhir (hari ketiga) jumlah tawaran hampir mencecah RM1 juta. Namun, CMK tetap teruskan perjuangan hingga mengecewakan sebahagian daripada mereka yang amat berharap CMK undur diri. Walau bagaimana pun CMK tewas kepada calon BN pada pilihanraya itu. Selepas itu barulah pihak-pihak yang selama ini tidak yakin dengan perjuangan CMK mula ambil perhatian. Cuma CMK agak terkilan kerana selepas PRU-12, langsung tidak dipanggil oleh kepimpinan parti di Bera untuk CMK turun berceramah di kawasan itu. Mungkin mereka terlupa atau terlepas pandang agaknya. Mujurlah PAS Kawasan Bera ada mengundang CMK dalam majlis mereka.

Tahun 2010-2011, Mula Naik Ke Pentas Ceramah

Pada tahun 2010 dan 2011 barulah CMK turun ke pentas ceramah di seluruh negeri Pahang, itu pun atas pentas parti PAS. CMK sempat berceramah dengan beberapa orang kepimpinan PAS termasuk Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan yang lainnya. Malah CMK juga sempat bersama bekas Speaker DUN Perak, V.Sivakumar dan ramai lagi. PAS banyak membuka ruang untuk CMK turun ke pentas ceramah. Ceramah terakhir yang CMK sertai ialah pada penghujung bulan Disember 2011 yang lalu iaitu ketika bersama Profesor Dr.Aziz Bari di Pontian, Johor. CMK tidak kekok untuk berceramah, walau pun sudah lama tidak berbuat demikian. Namun, kemahiran itu tetap ada kerana CMK adalah bekas Juruhebah dan Pengacara semasa di RTM Pahang dulu. Di samping ceramah, PAS juga telah mengundang CMK untuk berbicara soal blog dan media baru di Temerloh. CMK sempat bersama dengan Ustaz Nik Abduh (Timbalan Ketua Pemuda PAS) dan Hishamuddin Rais @ Tukar Tiub dalam program tersebut. Pada Pilihanraya Kecil DUN Kerdau tahun lalu, CMK berada dalam dilema untuk membantu pihak mana berkempen. Namun akhirnya, CMK memilih menjadi team media PAS atas pelawaan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi. Walau bagaimana pun timbul isu panas ketika itu apabila CMK dikatakan akan menyertai UMNO dihadapan Perdan Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu program di sana. Tambahan pula CMK dilihat sering berada di Bilik Gerakan BN ketika itu. Heboh cerita pasal CMK hilang beberapa hari dan akan muncul untuk membuat pengumuman menyertai UMNO beberapa hari sebelum waktu pengundian. Namun akhirnya CMK buktikan masih setia pada perjuangan.




Semasa kes liwat II timbul, CMK telah dikaitkan terlibat dengan blog Pahang Daily Online kononnya menfitnah Saiful Bukhari Azlan dalam isu sakit yang dihidapinya selepas melakukan sumpah laknat. CMK telah ditahan selama 8 jam oleh pihak polis dari Bukit Aman. Selepas di soal siasata akhirnya CMK dibebaskan. Pengalaman itu sungguh mendebarkan dan CMK telah jadikan sebagai pengajaran yang amat berguna sekali. Artikel panas berkaitan Saiful kemudian telah ditarik balik oleh blog terbabit pada awal tahun 2011 yang lalu. Laporan berkiatan kes tersebut telah disiarkan oleh kesemua media arus perdana. CMK sendiri telah ditemubual oleh Sinar Harian dan laporannya telah disiarkan di muka depan akhbar terbabit (Nasional). Apapun, CMK memohon ampun dan maaf kepada semua pihak atas kes yang berlaku ini. Semuanya tidak mematahkan semangat CMK untuk teruskan perjuangan bersama rakyat.

CMK terfikir untuk meninggalkan PKR bukan kerana mendapat tawaran daripada mana-mana pihak sebenarnya. Walau pun tuduhan itu dilontarkan kepada CMK namun ianya tetap tidak menghalang CMK untuk terus setia kepada perjuangan rakyat. Tindakan undur diri daripada PKR terpaksa diambil selepas berlaku krisis dalam pemilihan PKR 2010 (hanya mereka yang tahu sahaja boleh mengingatinya). CMK dituduh berpihak kepada kumpulan tertentu dan memusuhi kumpulan tertentu, sedangkan hakikatnya CMK bersikap neutral dengan sesiapa sahaja. Tuduhan paling berat apabila ada yang mengatakan CMK adalah "kempen manager" calon Timbalan Presiden iaitu Datuk Zaid Ibrahim. Akibat tuduhan melulu dan mengambil kira CMK tidak mahu berbalah dengan sesiapa di dalam parti, maka akhirnya CMK mengambil keputusan meninggalkan PKR. Berita tersebut CMK siarkan di blog, namun tiba-tiba pada 27 November 2011 akhbar Utusan Malaysia telah menyiarkan berita CMK Keluar PKR iaitu beberapa bulan lebih awal daripada keputusan yang sepatutnya CMK buat. Heboh dibuatnya, dan ramai yang menuduh CMK pengkhianat dan sudah dibeli. Ada yang menghubungi CMK bertanyakan berapa banyak wang yang CMK terima. Mereka menuduh berbagai-bagai terhadap CMK, hingga akhirnya CMK terpaksa ambil keputusan untuk saman Utusan Malaysia gara-gara kenyataan tidak benar yang dikeluarkan oleh akhbar terbabit.

Read more »

Hasrat Sertai PRU-13 Di Teruskan Wakili Pro-Rakyat !!


Pilihanraya Umum Ke-13 semakin menjelang tiba. Ramai yang tertanya-tanya kerusi mana CMK akan bertanding jika meneruskan hasrat itu. CMK kini adalah Aktivis Bebas yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik buat masa ini. Masa akan datang, hanya Allah yang akan menentukannya. Namun, ramai juga yang terkejut bila CMK menawarkan diri untuk menjadi calon pada PRU kali ini. Ada yang membangkang dan ramai juga yang menyokong hasrat itu. Namun, mereka sebenarnya tercari-cari di mana tempat paling sesuai untuk CMK bertanding jika ditakdir itu berlaku. Terus terang CMK katakan, jika hasrat ini diteruskan maka CMK akan mencari tempat yang paling sesuai mencipta kemenangan. Namun, jika memikirkannya semula tentang bagaimana CMK boleh menang jika tidak berparti. Sebelum ini hebih diperkatakan CMK akan sertai Parti Islam SeMalaysia (PAS), kemudian UMNO dan terkini Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang dipimpin oleh Datuk Zaid Ibrahim. Semua ini adalah satu situasi yang sungguh mengejutkan sebenarnya. CMK ada hak untuk tawarkan diri kerana sudah dua kali CMK menjadi calon pilihanraya umum. Kali pertama ketika nama CMK diangkat oleh Parti Keadilan Nasional (PKN) untuk bertanding di DUN Lepas, Parlimen Paya Besar pada PRU-11 (2004). Namun hasrat itu terbantut akibat krisis Paya Besar yang menyaksikan pembubaran parti bahagian itu yang dipimpin oleh Wan Jusoh Wan Kolok (Ketua Bahagian). Kemudian pada tahun 2008, CMK sekali lagi bertanding di DUN Kemayan, Parlimen Bera sekali lagi mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR). CMK tinggalkan PKR pada 11 Februari 2001 (11.2.11) untuk menjadi aktivis bebas yang pro kepada rakyat. Pada awalnya, CMK diserang oleh rakan-rakan dalam PKR akibat keputusan itu. Mereka sangka CMK akan melompat ke UMNO bila mendapat habuan tertentu. Namun, akhirnya CMK konsisten dalam perjuangan rakyat dan terus bergerak bebas seperti sekarang ini. Malah, CMK lebih lantang memperjuangkan hak rakyat dalam isu Lynas hingga menyebabkan MB Pahang hampir menyaman CMK gara-gara kenyataan panas yang dikeluarkan. Semua itu adalah bukti, yang CMK sebenarnya masih sayangkan perjuangan rakyat dan tidak sama sekali terpengaruh habuan duniawi yang pernah ditawarkan pihak tertentu.

Maka itu, orang bertanya kenapa perlu CMK bertanding sedangkan CMK boleh bergerak bebas seperti sekarang. Tapi, mereka harus faham yang CMK bukan berhasrat untuk menjadi YB kerana mahu berseronok mahu jadi wakil rakyat. Tapi CMK rasa sudah tiba masanya CMK bersuara di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membela rakyat selepas lebih 13 tahun menulis di internet selama ini. Malah, CMK satu-satunya blogger di Pahang ini yang turut menjadi calon dalam pilihanraya. CMK boleh terus menjadi blogger seperti biasa, namun CMK terpanggil untuk membawa banyak isu rakyat ke DUN. Bagi CMK, DUN Pahang akan lebih panas bila CMK berjaya masuk dan menjejakkan kaki ke dalamnya. Lagi pun pada masa ini CMK tidak bekerja tetap dan bergerak sepenuh masa sebagai Aktivis Bebas. Makanya, CMK rasa eloklah jika CMK lakukan kerja dengan lebih berjadual dan tersusun bagi membela rakyat selepas ini. Malah, CMK telah lama berjuang bersama rakyat sejak 1998 lagi iaitu diawal zaman reformasi. Orang boleh menuduh berbagai-bagai pada CMK, kononnya CMK tidak layak dan sebagainya. Namun mereka harus ingat, bahawa CMK masih terus begini dan setia kepada perjuangan rakyat berbanding dengan lain-lain pemimpin PKR yang baru muncul selepas melihat pembangkang berjaya menafikan undi 2/3 BN di Parlimen selepas PRU-12 lalu. Ke mana mereka sejak 10 tahun yang lalu?. Masing-masing takut untuk berjuang dan mencari peluang jika ditendang dari parti masing-masing. Inilah yang berlaku sebenarnya. Jadi, CMK melihat mereka ini tidak jujur dan hanya mahu kembali kepada rakyat selepas tidak diperlukan lagi oleh UMNO BN. Sekarang mereka mendabik dada kononnya pejuang sejati, walhal mereka menikus pada awal zaman pemecatan Anwar dulu. Sebab itu, CMK terpaksa tawarkan diri untuk membuktikan kepada rakyat siapa yang lebih jujur dalam perjuangan.

Read more »