SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Projek "Spiritual Tourism" Di Gambang, NGO Angkara Gesa Kerajaan Negeri Pahang Saman Syarikat Pemaju

KUANTAN - NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), hari ini menggesa Kerajaan Negeri Pahang mengambil tindakan tegas dengan menyaman syarikat pemaju Enchants Acress Sdn Bhd yang telah menipu kerajaan berhubung projek pembinaan sebuah pusat pelancongan kerohanian (Spiritual Tourism) pelbagai agama di Gambang dekat sini. Demikian ditegaskan oleh Penyelaras Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata, syarikat terbabit jelas telah memalukan dan menjatuhkan imej Kerajaan Negeri Pahang di mata dunia, apabila sewenangnya mengatakan projek itu mendapat sokongan padu daripada kerajaan. "Saya hairan, kenapa Kerajaan Negeri Pahang awal-awal lagi tidak mengambil tindakan tegas terhadap syarikat terbabit... Kenapa selepas sekian lama mereka mengadakan promosi secara besar-besaran barulah ia disedari?. MB Pahang sendiri, Dato' Sri Adnan Yaakob pernah mengatakan apa yang telah ditimbulkan selama ini, hanyalah merupakan satu langkah penipuan dan beliau juga difahamkan terdapat usaha mengutip duit bagi tujuan itu. Ini bermakna, sudah ramai yang ditipu dengan projek mega itu.. Kerajaan tidak wajar berdiam diri dalam hal ini. Jika benar syarikat terbabit menipu, bawa mereka ke muka keadilan kerana jelas sekali syarikat ini telah memalukan Kerajaan negeri Pahang ini sebenarnya", kata Shukri yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau.


Sementara itu, Adnan dalam satu kenyataan baru-baru ini mengumumkan Kerajaan Negeri Pahang akan membatalkan kelulusan tanah 250 ekar berkenaan kepada syarikat milik Bumiputara iaitu Waras Mekar Sdn Bhd. Pembatalan tersebut ekoran syarikat berkenaan (Waras Mekar Sdn Bhd) tidak juga memulakan projek pembangunan bercampur perumahan dan perkedaian sepertimana dipersetujui, selepas tempoh dua (2) tahun ia diluluskan. Malahan katanya, syarikat terbabit masih tidak menjelaskan bayaran premium tanah seluas 250 ekar yang terletak di Gambang dekat sini, sebanyak RM20 juta sebagaimana syarat-syarat kelulusan. "Saya amat terkejut dengan dakwaan Adnan ini... bagi saya kenapa selepas dua tahun lamanya tidak bayar premium baru kerajaan mahu bertindak. Sepatutnya batalkan terus kelulusan tanah ini sejak awal-awal lagi. Kenapa tidak bertindak dari awal lagi. Jika berlaku kepada orang awam biasa.. sudah pasti kelulusan tanah itu akan ditarik balik serta merta jika tidak bayar premiun dalam tempoh ditetapkan. Malah, tidak mungkin kerajaan langsung tidak tahu menahu cadangan projek berkenaan sedangkan syarikat terbabit telah memuak naik video yang berkenaan dan boleh ditonton oleh orang ramai dari seluruh dunia. Kelewatan bertindak, menyebabkan kerajaan negeri dimalukan dan ditipu oleh syarikat terbabit sebenarnya.. Apakah cukup dengan hanya membatalkan kelulusan tanah berikutan insiden memalukan ini?", tambah beliau lagi.


[Paparan video di atas jelas sekali membuktikan ada alibi untuk mendakwa syarikat berkenaan yang secara jelas dan terang menipu kerajaan negeri. Malah, lebih mengejutkan tidak mungkin Waras Mekar Sdn Bhd boleh semudah itu mengadakan projek usahasama atas kelulusan tanah untuk  pembangunan bercampur perumahan dan perkedaian  kepada projek pembinaan sebuah pusat pelancongan kerohanian (Spiritual Tourism) pelbagai agama. Apakah tidak ada seorang pun pegawai kerajaan daripada Pejabat Tanah Dan Daerah atau Pejabat Pengarah, Tanah Dan Galian Pahang yang memantau kelulusan tanah ini?. Bayangkan dalam tempoh dua tahun perkara ini berlalu tanpa disedari oleh sesiapa (jika merujuk kenyataan Kerajaan Negeri Pahang). Seolah-olah, jika isu ini tidak dihebohkan dan banjir besar tidak berlaku di Pahang maka kerajaan memekakkan telinga sahaja dengan projek ini sama seperti projek berisiko dan impak besar yang diprotes oleh rakyat sebelum ini. Kerajaan Negeri Pahang perlu tubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat siapakah dalang yang menukar status kelulusan tanah berkenaan daripada pembangunan perumahan dan kedai kepada Spiritual Tourism yang langsung tidak diketahui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang dipengerusikan oleh MB Pahang sendiri. Ramai muyskil dengan apa yang berlaku. Akibat tiadanya pemantauan, sebabkan Kerajaan Negeri Pahang dimalukan]. #sumber

Read more »

NGO Gesa, Kerajaan Negeri Tidak "Pilih Bulu" Agihkan Sumbangan RM500 Kepada Mangsa Banjir Di Pahang !!


KUANTAN, 9 Dis - NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) menggesa Kerajaan Negeri Pahang tidak "pilih bulu" dalam pengagihan bantuan RM500 kepada mangsa-mangsa banjir seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Semalam, Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob berkata Kerajaan akan lebih berhati-hati dalam kaedah penentuan mereka yang benar-benar menjadi mangsa banjir serta layak untuk menerima sumbangan tersebut. Kata Adnan, Kerajaan Negeri Pahang akan menggunakan khidmat ketua-ketua kampung dan ketua-ketua masyarakat termasuk parti-parti politik tunjang Kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) untuk pengesahan. Mengulas lanjut mengenai perkata itu, Penyelaras Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli berkata, amatlah tidak wajar bencana banjir dipolitikkan oleh mana-mana pihak baik kerajaan mahu pun pembangkang. "Bagi saya, semua mangsa yang terlibat perlu mendapat hak dan keadilan masing-masing. Tidak kira mereka menyewa atau pun tidak, mereka layak mendapat bantuan RM500 tanpa mengambilkira latar belakang politik masing-masing. Jika perkara ini diserahkan kepada JKKK, KRT, NGO dan Parti Politik yang menjadi tunjang kerajaan, maka sudah pasti birokrasi akan berlaku. JKKK pasti akan pilih hanya penyokong kerajaan (UMNO/BN) untuk dibantu. Ini bakal terjadi dan inilah yang amat menggusarkan saya sekarang. Sepatutnya mana-mana pihak yang tinggal di kawasan yang sudah sah dilanda banjir mereka layak dibantu oleh kerajaan atas dasar kemanusiaan dan darurat. Pihak berkuasa hanya perlu memastikan benarkah mangsa mendiami rumah terbabit pagi mendapat pengesahan. Walau pun mereka menyewa mereka harus diberikan hak, bukan tuan rumah... sebab harta benda yang musnah adalah milik mereka sendiri dan milik tuan rumah", kata Mohd Shukri. 

Situasi di pusat pemindahan banjir dekat SUKPA Bandar Indera Mahkota 
Inilah dia situasi di pusat pemindahan SRJKC Chung Ching, Tanah Putih 

Semalam, Menteri Besar Pahang juga ada berkata kalau seseorang itu benar-benar menjadi mangsa (banjir), disahkan oleh ketua masyarakat di situ walaupun mereka tidak berpindah ke Pusat Pemindahan yang disediakan, namun kerajaan akan tetap memberi sumbangan RM500 itu. "Saya harap, kerajaan kotakan janji itu. Jangan nanti lain pula jadinya. Tanda-tanda ke arah itu berlaku di sana sini sekarang apabila dengan jelas petugas banjir yang telah diamanahkan memilih bulu ketika mengagihkan bantuan yang  sepatutnya diberikan. Wujud unsur hanya tolong orang kita ... orang belah sana jangan tolong ... barangan disorok dan ramai mangsa dinafikan hak.. Malah, ada pula mangsa-mangsa banjir yang dilayan umpama pelarian yang tinggal di kem-kem tahanan... hak mereka dinafikan dan macam-macam masalah yang timbulkan.. Kami (Angkara) sudah kumpulkan banyak bukti tetap sikap double standard ini dan akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat. Oleh itu, saya menyeru pihak yang bertanggungjawa terutamanya AJK Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang diberi amanah melaksanakan kerja-kerja amal ini dapat melakukannya dengan jujur dan ikhlas. Jangan beza-bezakan mangsa banjir dan cuba membalas dendam kerana tidak menyokong kerajaan pada Pilihanraya Umum lalu. Ini bukan masanya untuk mencampur adukkan urusan politik dengan kemanusiaan. Ini masa untuk kita bersatu membantu mangsa yang amat memerlukan", tambahnya lagi.

Keadaan pusat pemindahan yang tidak selesa buat mangsa cari alternatif lain
Antara barangan keperluan dan makanan yang tedapat di pusat pemindahan

Katanya, beliau tidak teragak-agak akan mendedahkan pusat-pusat pemindahan banjir yang mengamalkan perkara ini dalam masa terdekat. "Segala bukti sudah dikumpulkan dan tiba masanya pasti saya dedahkan", tambahnya. Mengulas lanjut tentang bantuan RM500 oleh kerajaan, Shukri menegaskan bukan masalah mangsa tidak mahu mendaftar di pusat-pusat pemindahan banjir sebenarnya tapi mereka tersiksa akibat layanan buruk dan tidak profesional yang diterima menyebabkan ramai yang mencari jalan lain untuk tinggal di rumah saudara mara atau hotel-hotel bajet di bandar ini. "Mereka sudah hadir ke pusat separuhnya, tapi mereka tidak tahan diperlakukan sedemikian rupa.. maka itu mereka pindah ke tempat lain yang lebih sesuai. Mereka tetap mangsa banjir dan alami kemusnahan serta kerugian.. Maka itu, hak mereka sebagai mangsa tidak perlu dinafikan.. hanya kerana tidak berada di pusat pemindahan. Bantuan perlu diberikan.,. Ini bukan masanya untuk pilih bulu.. orang aku bagi orang belah sana tak bagi", tambahnya lagi.

[Banyak desas desus menyatakan kelewatan bantuan banjir dihulurkan kepada penduduk di kawasan Kuantan adalah kerana kekecewaan pihak tertentu terhadap rakyat yang memenangkan parti pembangkang di kawasan terbabit. Umum mengetahui, dua kawasan parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan bandar Kuantan telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum lalu. Kerusi terbabit ialah Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota, mana DUN ialah Semambu, Tanjung Lumpur dan Teruntum. Kesemua kawasan ini adalah kawasan yang paling banyak terjejas akibat banjir yang melanda. Walau pun ada usaha untuk "balas dendam" kerana rakyat tidak menyokong, namun harus diingat yang menjadi mangsa ramai juga terdiri daripada penyokong kerajaan sendiri. Jangan kerana kelemahan ini menyebabkan ramai penyokong kerajaan akhirnya beralih arah menyokong parti pembangkang. Sewajarnya dikala bencana alam seperti ini, semua pihak lupakan dulu hal politik dan membantu semua rakyat tanpa perasaan dendam dan irihati. Jika ini keadaannya, sudah pasti harapan BN untuk merampas kembali kerusi berkenaan dilihat semakin sukar pada pilihanraya umum akan datang pastinya. Justeru, berilah layanan adil kepada semua pihak !]. sumber

Read more »

NGO "Angkatan Pembela Rakyat" Rayu Bantuan Dana Kewangan Untuk "Misi Kemanusiaan" Mangsa Banjir !!


KUANTAN, 9 Dis - NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) meneruskan Misi Bantuan Kemanusiaan kepada mangsa-mangsa banjir di sini. Semalam,  mereka menhulurkan sumbangan berupa makanan, tuala, kain batik, kain pelekat dan pakaian terpakai di sekitar kawasan Perkampungan Sungai Isap. Kawasan terbabit merupakan antara penempatan penduduk yang paling teruk terjejas akibat banjir besar yang melanda pada 3 Disember lalu. Menurut Penyelaras Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) berkata beliau dan beberapa orang petugasnya akan terus menhulurkan sumbangan dan bantuan kepada mangsa banjir walau pun tidak mendapat sokongan daripada pihak yang sepatutnya. "Kami berusaha sendiri mencari dana demi meneruskan misi kebajikan ini. Kami bergerak sebagai entiti bebas yang pro rakyat dan tidak terikat dengan mana-mana fahaman politik kepartian. Kami tidak menggunakan apa-apa lambang parti politik dan menolong sesiapa sahaja tak kira mereka UMNO, PAS, PKR, DAP atau sebagainya. Cara kami berbeza dengan parti-parti politik yang bergerak dengan lambang parti masing-masing untuk menunjukkan kepada rakyat mereka prihatin dengan masalah ini. Bagi kami, memakai baju berlambang parti menyebabkan pasukan sukarelawan lebih menfokuskan kumpulan masing-masing sahaja... Jika pembangkang mereka akan lebihkan bantuan kepada penyokong mereka, begitu juga jika mereka UMNO BN.. hanya akan hulurkan bantuan kepada penyokong BN sahaja... Ini tidak adil untuk rakyat... Kita tidak perlu ada pemisahan dikala darurat seperti ini.. Kita perlu menolong semua orang tanpa perlu tanya mereka ahli parti apa....Sebab itu kami bergerak bebas tanpa apa-apa lambang parti.. ada juga yang tanya.. sumbangan yang diberikan dari parti apa?. Saya jawab, sumbangan ini adalah dari rakyat yang prihatin dan bukan dari mana-mana parti politik seperti disangka", kata Shukri. 


[Pahang Daily Online (PDO) amat berbangga dengan usaha yang dijalankan oleh NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara). Walau pun NGO terbabit belum dilancarkan secara rasmi namun halatujunya nampak jelas untuk membela rakyat tanpa membezakan fahaman politik kepartian masing-masing. Malah, pergerakan mereka juga dilihat lebih pro rakyat yang neutral dan bebas. Apapun, dek kerana dana yang diperolehi masih belum cukup untuk bergerak dengan lebih menyeluruh, maka hanya mangsa-mangsa yang dikenal pasti sahaja yang dibantu terlebih dahulu. Justertu, sekali lagi PDO merayu kepada semua pembaca untuk memberikan bantuan dana seminima RM10 seorang kepada NGO terbabit agar boleh melancarkan lagi pergerakan mereka ini. Salurkan bantuan anda ke akaun Maybank 5560 1105 9285 (CMK Events Management). Info lanjut sila SMS, WhatsApp atau WeChat ke talian hotline 012-3854400. Tahniah atas usaha murni yang dijalankan, semoga Allah jua membalasanya. Sokongan diharapkan]. sumber

Read more »

Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir Di Kuantan, Angkara Rayu Sokongan Pembaca Hulur Sumbangan !!


KUANTAN, 8 Dis - NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) meneruskan "Misi Bantuan Kemanusiaan" dengan menjejaki serta menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar daerah ini semalam. Antara kawasan terbabit ialah Perkampungan Cenderawasih, Bukit Setongkol, Perkampungan Sungai Isap, Taman Guru, Taman Sri Damai Indah dan Taman Inderapura. Menurut penyelaras Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) misi bantuan yang dijalankan adalah secara sukarela dan mereka tidak mendapat bantuan kewangan dari pihak kerajaan. "Kami hulurkan bantuan seadaanya, atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap mangsa-mangsa banjir. Biar pun dana tidak mencukupi tapi kami tetap cuba untuk membantu bagi meringankan bebanan mangsa. Operasi yang kami jalankan ialah menyerahkan terus sumbangan kepada mangsa di rumah masing-masing tanpa melalui mana-mana pihak sama ada kerajaan atau pun parti-parti politik. Kami tidak memilih bulu .. semua mangsa yang dikenalpasti akan ditolong tanpa membezakan fahaman politik kepartian masing-masing. Dikala situasi darurat (banjir) seperti ini, semua pihak perlu dibantu... Tidak perlu pilih pihak-pihak tertentu sahaja...". kata Shukri. 


Sumbangan kepada mangsa banjir dekat Taman Sri Damai Indah
Sumbangan mangsa banjir dekat Cenderawasih dan Taman Inderapura
Bersama mangsa banjir dekat Bukit Setongkol, Abdul Bashir Abd Ghani

Beliau yang juga salah seorang krew Pahang Daily Online (PDO) di sini berkata, pihaknya amat memerlukan sokongan dan bantuan dana daripada mana-mana pihak terutamanya para pembaca blog ini. "Jika seorang pembaca menghulurkan sumbangan miniman RM10 seorang pun sudah cukup untuk membantu mangsa-mangsa yang kami kenalpasti.. Oleh itu, saya menyeru pembaca setia PDO untuk sama-sama menyumbang bagi membantu misi kemanusiaan kami (Angkara). Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank CMK Events Management 5560 1105 9285. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah menghulurkan sumbangan. Semuanya akan digunakan sebaik mungkin untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang amat memerlukan bantuan itu sekarang", tambah Mohd Shukri lagi.


Sebahagian barangan makanan yang siap sedia untuk disumbangkan

[Banyak pihak yang ingin menghulurkan sumbangan tetapi terkadang mereka tidak tahu pihak mana yang berbuat demikian. Oleh itu, dengan adanya NGO dan pihak yang berkenaan diharap ia dapat  memudahkan urusan berkaitan. Oleh itu, Pahang Daily Online (PDO) menyeru para pembaca setia blog ini yang prihatin dan berhati mulia untuk sama-sama membantu NGO terbabit dalam meneruskan Misi Bantuan Kemanusiaan kepada mangsa-mangsa banjir di Kuantan sekarang ini. Andainya seorang pembaca hulurkan kadar minima RM10 seorang, jika ada 100 pembaca yang berbuat demikian maka NGO terbabit sudah ada RM1,000 untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Oleh itu, hulurkanlah sumbangan anda agar dapat sama-sama membantu meringankan bebanan mangsa-mangsa yang terlibat]

Read more »