SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Kenyataan Bercanggah, Batalkan Hasrat Naik Tarif Elektrik !

Susulan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak bahawa kadar tarif elektrik terpaksa dinaikkan bagi mengelakkan TNB mengalami kerugian dan kakitangannya hilang pekerjaan maka kami amat kecewa dengan hasrat kerajaan itu,

Dikala rakyat sekarang terbeban dengan berbagai masalah ekonomi, tiba-tiba kerajaan membuat satu langkah yang tidak popular seperti ini. Malah, kini ramai rakyat yang keliru dengan kenyataan PM itu kerana TNB dalam satu kenyataan sebelum ini mendakwa mereka untung hampir RM2 bilion, maka atas dasar apa PM dakwa TNB rugi?.

Apakah ia kerana kerajaan mahu menampung semula kerugian memberikan berbagai bantuan kepada rakyat termasuk BR1M, maka itu tarif elektrik mahu dinaikkan?. Harus diingat naik tarif elektrik tidak sama dengan kenaikkan harga ikan, kangkung, ayam di pasar. Naik tarif elektrik akan melibatkan majoriti rakyat tidak kira mereka penyokong pembangkang mahu pun Barisan Nasional.

Justeru, kami menggesa cadangan ini dikaji semula demi mendahulukan rakyat terbanyak yang akan menanggung bebannya. Kerajaan tidak boleh persalahkan rakyat bila mereka tolak BN jika adanya pilihanraya, ini kerana langkah seperti ini akan menyebabkan mereka benci dan sakit hati kepada kerajaan sebenarnya. Hasrat menyelamatkan beberapa kerat kakitangan TNB tetapi memperjudikan nasib majoriti rakyat adalah tidak wajar.

Pernahkah kerajaan fikirkan rakyat ketika kakitangan TNB mendapat bonus tahun berbulan-bulan gaji?. Kenapa sekarang baru kerajaan mahu fikirkan nasib mereka?. Mana lebih Afdal, menjaga majoriti rakyat atau kakitangan TNB?. Oleh itu, tangguhkan hasrat ini, demi rakyat. Malah, kenyataan berbeza antara TNB dan PM jelas sekali mengelirukan dan boleh dipertikaikan. RAKYAT DIDAHULUKAN!

MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO Angkara
(Angkatan Pembela Rakyat)

0 Komen Artikel Ini: