SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Biar Anwar Berehat Demi Kembalikan Aura Sebuah Perjuangan


Selama lebih 12 tahun membela Datuk Seri Anwar Ibrahim terutamanya dlm kes liwat yg dihadapinya... Kali ini sy berharap agar Anwar kembali ke Penjara Sungai Buloh. Bukan kerana sy benci Anwar, bukan kerana sy tak suka Anwar, bukan kerana sy marah dgn Anwar... Beribu tulisan sy sejak 1998 membela Anwar... tp lihat, akhirnya sy sendiri jd mangsa kerakusan mereka yg pegang kuasa.


Mereka yg menyorok belakang tabir ketika Anwar dipecat dulu kini tampil mengatakan merekalah pejuang sejati, walhal kembali selepas diterajang dek parti. Mereka ambil alih perjuangan selepas melihat PKR kuat. Ketika parti lemah mana mereka semua ini. Pernahkah mereka rasa nikmat REFORMASI?. Sekarang .. biarkan mereka semua ini lalui zaman itu. Barulah mereka sedar pengorbanan orang-orang lama....



Maka, bg saya perjuangan keadilan itu lebih bermakna dan terasa auranya bila Anwar kembali ke dalam.... bila Anwar diluar, terlalu ramai pencacai dan penjilat yg mengampu dan merosakkan minda Anwar hingga banyak keputusan yg dibuat mutakhir ini menyinggung hati dan perasaan rakan seperjuangan.

Biarlah Anwar di dalam utk beliau bermuhasabah dan PKR kembali berubah tidak lagi tersasar dr matlamat perjuangan asal. Soal Anwar salah atau tidak dgn Saiful biarlah HAKIM AKHIRAT yg tentukan, tp berehat itu lebih baik dr terus menjadi mangsa provokasi yang mendatangkan kontroversi itu sebenarnya.

Mohd Shukri Mohd Ramli
CMK@Blogger Cucumatkilau
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

0 Komen Artikel Ini: