SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Blogger WZWH Gesa Hentikan Kemelut MB Dengan Utusan


Susulan krisis dalaman antara media arus perdana Utusan Malaysia dengan Menteri Besar Pahang yang terus berlarutan hingga ke hari ini, berikutan pendedahan panas isu kebanjiran PATI di Cameron Hihglands maka banyak pihak yang melihat isu ini perlu dihentikan segera demi kesinambungan politik UMNO BN di negeri Pahang khasnya dan Malaysia amnya. Belum pernah terjadi dalam sejarah, ketua kerajaan negeri UMNO BN berbalah ke tahap ini dengan media arus perdana yang dimiliki oleh partinya sendiri.

Inilah senario yang berlaku di Pahang sekarang. Sedar atau tidak ternyata ia mengundang lebih banyak keburukan daripada kebaikan sebenarnya. Jika perbalahan itu antara ketua kerajaan UMNO BN dengan media pembangkang, mungkin ia tidak menjadi isu besar. 

Apapun, CMK amat tertarik dengan pandangan sahabat blogger Wan Zamzuri Wan Hasenan (WZWH) dalam blognya menerusi posting yang bertajuk "Hentikan Segera Polemik Utusan Malaysia VS MB Pahang!". Antara lain beliau menyebut, tidak ada gunanya polemik Utusan Malaysia VS MB Pahang berterusan. "



Kita sebenarnya akhirnya membazir resource, tenaga dan masa kerana berperang salah target yang membuatkan kita semua jadi bodoh. Kita sepatutnya mengembeling usaha untuk menguatkan parti dan kerajaan kita. Utusan Malaysia adalah suara kerajaan dan UMNO. MB Pahang adalah MB sebuah negeri kerajaan. Utusan Malaysia perlu hentikan kritikan secara terbuka terhadap DSD Adnan Yaakob MB Pahang. Dan Pejabat MB Pahang dan blogger media baru tidak perlu berbalas jawab lagi segala polemik. Inilah masanya kita perbetulkan apa yang berlaku di Cameron Highlands", kata kenyataannya.

Ada dua perkara yang beliau mahu kerajaan buat sebagai penyelesaian terhadap isu Cameron Highlands:

Pertama: Cameron Highlands High Tech Agropark

Kedua: One Stop Agency Managing Foreign Workers

Satu Corporation perlu diestablish tujuan Cameron Highlands High Tech Agropark bagi mengoptimunkan pengeluaran dan produktiviti sayuran dan bunga secara berteknologi tinggi. Ambil semua tanah-tanah kerajaan. Projek ini memerlukan modal RM3 bilion.

Pusat One Stop Agency bagi mengurus pekerja asing terutamanya ini bagi menangani masalah PATI. Industri sayuran dan bunga Cameron Highlands memang memerlukan labour yang ramai.

Selain dari cadangan Putrajaya dan berbagai Kementerian yang mahu membaik pulih kondisi sungai dan tanah di Cameron Highlands.

Katanya, adalah diharap cadangan-cadangan ini boleh menyelesaikan kemelut isu Cameron Highlands. Kerajaan juga perlu mendapat kembali keyakinan yang tinggi dari penduduk Cameron Highlands . "Cukuplah...hentikan segera polemik Utusan Malaysia VS MB Pahang. Tidak ke mana dan mudarat kita dapat akhirnya", kata beliau.


Kenyataan beliau ini ada kewajarannya, namun anehnya hari ini blog PahangKu pula memanaskan kemelut ini dengan kenyataan menggesa MB membawa kes dengan Utusan Malaysia ini ke mahkamah. Ia sesuatu yang cukup mengejutkan dan pasti tidak akan ada kesudahannya kelak. Apapun, kita tunggu dan lihat episod seterusnya. ~ CMKNEWS

0 Komen Artikel Ini: