SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Lagi Maut Akibat Lori Tanah, JPJ Dan SPAD Di Gesa Bertindak


Pihak berkuasa terutamanya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di gesa bertindak segera terhadap kebanjiran lori tanah (Bauksit) yang semakin bermaharajalela di Kuantan mutakhir ini. Terdapat dakwaan, lori-lori berkenaan jelas sekali beroperasi tanpa permit yang sah dan melanggar peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan.


Persoalannya, hingga ke saat ini operasi mereka masih dibenarkan hingga mengganggu keselamatan orang awam. Terbaru, seorang penunggang motosikal maut akibat terlanggar tayar lori yang tercabut dan bergolek di atas jalan berhampiran Taman Dato' Rashid di jalan pintasan Kuantan-Kemaman beberapa hari lalu. Bukti ini jelas menunjukkan bahawa lori-lori berkenaan tidak diselenggarakan dengan betul. Malah lebih teruk lagi dengan kotor dan pencemaran yang berlaku akibat kerja-kerja berkenaan. 



Laluan jalan menghala ke Gebeng dari arah Indera Mahkota dan Jabor melalui Sungai Ular juga kotor dan berlumpur teruk pada masa ini. Tinjauan kami mendapati, kerja-kerja tanah yang dilakukan tanpa pantauan dan secara berleluasa adalah punca senario ini berlaku. 



Di mana penguatkuasaan, kenapa semuanya mendiamkan diri tanpa bertindak?. Inilah yang memusykilkan rakyat Kuantan sebenarnya. Justeru, diharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera untuk mengatasi perkara ini. Kita tidak mahu lebih banyak mangsa terkorban akibat kecuaian berkenaan. ~ CMK@ANGKARA

0 Komen Artikel Ini: