SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Panas: NGO Angkara Harap Kerajaan Segera Hulurkan Sumbangan Banjir "RM750" Seperti Yang Di Janjikan !

KUANTAN - NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hairan dengan sikap dolak dalih Kerajaan Negeri Pahang dalam isu sumbangan banjir. Penyelarasnya, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) berkata ramai mangsa banjir besar yang melanda daerah ini awal lalu menghubungi kami dan tertanya-tanya, bilakah agaknya sumbangan banjir yang dijanjikan oleh kerajaan akan turun. Mereka hairan, kerajaan memberi berbagai alasan berkaitan perkara itu. Umum mengetahui Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri  Najib Tun Razak dalam satu majlis di Temerloh beberapa hari selepas banjir melanda, telah berjanji akan memberi sumbangan darurat sebanyak RM500 kepada semua mangsa yang terlibat. Selepas itu, Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob pula berjanji untuk memberi bantuan tambahan Kerajaan Negeri sebanyak RM250 lagi. Ini bermakna seorang mangsa akan mendapat RM750 sebenarnya. Namun selepas sekian lama menunggu, nampaknya bantuan yang diharapkan tidak kunjung tiba, sedangkan musim persekolahan penggal pertama sudah bermula. Sedangkan majoriti mangsa banjir mengalami kerugian yang besar akibat musibah yang melanda. Kini sudah hampir dua bulan banjir itu berlalu, ramai yang mengeluh mana perginya wang banjir yang dijanjikan oleh kerajaan itu. Beliau juga berkata, kerajaan seolah-olah cuba bersikap "double standard" dalam urusan pengagihan kepada mangsa banjir. "PM sanggup turun ke Kemaman dan berikan sumbangan banjir yang besar hampir RM7,500 kepada setiap mangsa.... namun di Kuantan negeri beliau sendiri hingga kini masih menunggu", kata Shukri. Beliau juga hairan, begitu mudah Menteri Besar Pahang mengatakan Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bersetuju menyumbangkan RM32.5 juta (AS$10 juta) kepada Pahang bagi membantu kerajaan negeri menangani kesan daripada bencana banjir yang melanda awal Disember lalu. Sedangkan umum ketahui Presiden UEA mahu hulurkan sumbangan kepada mangsa banjir ketika banjir  melanda, maka sudah pasti untuk keperluan mereka. Kini lain pula jadinya.


"Soalnya, kenapa sumbangan itu pula jadi untuk memulahkan kesan banjir atau prasarana yang berkaitan?. Bukankah itu tugas Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri untuk menyediakan dana terbabit... Bukankah kerajaan sudah menyediakan bantuan segera untuk tujuan berkenaan. Kenapa wang sumbangan untuk mangsa dikatatakan untuk prasarana. Jika begitu, sudah pasti wang berkenaan tidak akan sampai kepada kami walau satu sen pun.. atas alasan untuk membangunakn semula prasarana.... Maknanya, kerajaan negeri gunakan wang yang sepatutnya diagihkan kepada rakyat bagu tujuan memulihkan kesan banjir.. bukan kepada mangsa-mangsa berkenaan", tambah beliau lagi. Sementara itu, beliau juga hairan bila agaknya wang sumbangan pusat serta negeri  RM750 itu akan turun. 


"Banyak alasan dibuat kononnya mangsa banjir yang tidak banjir mengaku kena banjir dan sebagainya... Bukankah satu dunia dah tau kawasan seperti Cenderwasih dan Perkampungan Sungai Isap, majoriti memang kena banjir yang teruk.. maka apa lagi yang mahu disiasat oleh kerajaan.. Adakah mereka mahu memilih bulu baru mahu hulurkan sumbangan terseut?. Adakah mahu pilih penyokong kerajaan atau orang UMNO BN sahaja baru nak disumbangkan.. Bagi mereka yang tidak menyokong kerajaan pasti tidak dapat sumbangan. MB tidak perlu berdolak dalih dalam hal ini.. Wang yang telah diamanahkan sepatutnya diagihkan kepada rakyat dengan telus dan adil.. jika tidak beliau terpaksa jawab di akhirat kelak.. Mangsa banjir mereka mahu pilih bulu baru nak bagi sumbangan.. inikah kerajaan yang prihatin kepada rakyat.. Mereka berdendam sebenarnya sebab Kuantan dan Indera Mahkota majoritinya menyokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum yang lalu", katanya lagi. Beliau turut menggesa, kerajaan tidak membuat kesalahan kedua yang boleh mengecewakan hati rakyat. "Jika berjanji untuk beri sumbangan ... maka berilah... tidak perlu berdolak dalih dengan berbagai alasan. Jika sumbangan UEA itu dibuat untuk kesan banjir.. pasti yang dapat nanti ialah proksi-proksi dan kroni-kroni yang akan mendapat kontrak atas kerja-kerja yang akan dilakukan. Bukankah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sendiri sudah menjalankan kerja-kerja berkaitan. Kenapa wang tersebut perlu digunakan untuk itu lagi. Seeloknya ia diberikan kepada rakyat, kerana mereka kini amat memerlukan dikala harga barangan naik dan kos ekonomi yang terus meningkat... Nak bagi bagilah, jangan bagi alasan seolah-olah wang itu kini untuk mereka", kata Shukri lagi. PDO

Read more »