SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Sistem Keanggotaan Lemah, Ramai Ahli PKR Yang Keluar Dan Di Pecat Dari Parti Masih Ada Dalam Senarai Daftar Pemilih !!


Apa sudah jadi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kelemahan sistem keanggotaan ahli menyebabkan kekecohan berlaku di sana sini. Bayangkan ahli yang sudah lama keluar parti masih ada dalam senarai dan berdaftar sebagai pengundi yang sah. banyak kes berlaku di Pahang termasuk ada ahli yang secara rasmi keluar PKR dan sertai UMNO dan MIC juga dibenarkan mengundi kerana nama mereka masih ada dalam senarai ahli dan termaktub dalam Buku Daftar Pemilih 2014 yang digunakan untuk pemilihan parti kali ini. Seperti pemilihan sebelum ini, banyak kepincangan terus berlaku biar pun ada sejarah dan parti berjanji ia tidak akan berlaku lagi. Inilah yang berlaku kepada saya semalam, memang benar saya telah umum tarik diri dari PKR pada 11 Februari 2011 iaitu tiga tahun yang lalu. Ketika itu ada laporan mengatakan nama saya telah dibuang dari senarai keahlian. Maka, saya pasrah dan bergerak sebagai aktivis bebas yang pro rakyat sejak 2011 lagi.



Pada 5 Mei 2013 saya bertanding pula sebagai calon bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu. Tindakan tersebut dilakukan kerana saya memang percaya nama saya sudah dikeluarkan daripada keahlian PKR. Saya bertanding di situ kerana memikirkan kerusi itu majoriti pengundi berbangsa Melayu (56.80%), sedangkan kedua-dua parti bertanding mempertaruhkan calon bukan Melayu. Maka, bagi saya menjadi hak dan tanggungjawab agar kerusi itu dikembalikan kepada kaum majoriti di situ. Apapun, saya tewas dan hanya mendapat 860 undi sahaja dalam percubaan terbabit. 


Saya sebenarnya sudah tidak termasuk lagi dalam senarai ahli PKR yang tanding bebas akan dipecat serta merta oleh parti ketika itu. Akhirnya selepas PRU-13 saya bergerak atas landasan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bebas yang Pro-Rakyat iaitu Angkatan Pembela Rakyat (NGO). Berbagai aktiviti membela rakyat telah dijalankan sehingga ke hari ini.


Selepas tiga tahun tidak aktif dengan mana-mana parti politik, maka saya amat selesa bergerak sebagai aktivis bebas yang boleh menegur mana-mana pihak tanpa ada sekatan atau kekangan politik. Hinggalah, pemilihan PKR 2014 dihebohkan. Saya dihubungi oleh rakan-rakan PKR yang mengatakan nama saya masih aktif dan termasuk dalam daftar pemilih. Saya terkejut dan hairan, kenapa nama masih ada sedangkan saya sudah tidak aktif lagi sejak tiga tahun lalu. 

Semakan mendapati saya masih berdaftar sebagai ahli PKR Cabang Kuantan yang dipimpin oleh Fuziah Salleh. Maka semalam, saya hadir untuk membuang undi walau pun tahu pasti ia akan mencetuskan kontroversi sebab saya sudah undur diri dari parti. Saya tiba sekitar jam 2.00 petang di Pejabat Keadilan Kuantan, Jalan Beserah. Kehadiran saya kerana ada jawatan utama yang dipertandingkan iaitu Ketua Cabang antara Fuziah dan Nancy Kong (bekas calon PKR DUN Semambu PRU12). 

Nancy Kong, Calon yang menentang Fuziah jawatan Ketua Cabang Kuantan

Ada pihak menyuruh saya hadir mengundi kerana nama masa ada dan semakan mendapati Buku Daftar Pemilih 2014 yang digunakan adalah SAH. Ini bermakna saya juga sah boleh mengundi, Anehnya, ketika membuat semakan di kaunter pendaftaran tiba-tiba calon Ketua Cabang Kuantan iaitu Fuziah Salleh telah menghalang saya dengan mengeluarkan kenyataan nama saya sudah dipadamkan dari senarai keahlian PKR. Saya minta bukti dan beliau berkata surat dari pusat telah dihantar dua minggu yang lalu. Anehnya, semakan dalam buku pendaftaran tertera nama saya sebagau pengundi yang sah.



Fuziah marah dan berkata nama pada buku terbabit senarai lama dan tidak sah, sedangkan ia digunakan untuk pemilihan 2014. Saya dihalang mengundi dan saya akur serta undur diri dari lokasi terbabit. Sejam kemudian saya datang untuk membuat laporan protes dengan bayaran RM50 kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat(JPP) PKR. 


Hanya kertas kosong diberika dan pegawai berkenaan meminta saya menulis apa yang mahu diprotes dengan lagak sombongnya. Ketika keluar dari pintu, sekali lagi Fuziah menghalang dan menghalau saya. Katanya, itu pejabat beliau dan saya tidak diterima untuk mengundi di situ. Dia dakwa, kalau saya mahu  mengundi sila keluar dan undi dibawah kanopi di depan pejabat terbabit. Macam-macam kenyataan dibuat, akhirnya saya akur dan membawa diri. Saya kemudian menyerahkan surah bantahan kepada Nancy untuk dihantar kepada pegawai Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang berada di situ.

Akhirnya saya diserang bertalu-talu kononnya "Gila Talak", "Meroyan" dan sebagainya oleh rakan-rakan dalam parti yang pernah saya perjuangkan dulu. Alasan mereka saya sudah keluar kenapa mahu mengundi lagi. Tapi mereka lupa, kesilapan berpunca daripada sistem keanggotaan PKR sendiri yang lemah dan amat memalukan. Fuziah pula mengeluar satu surat yang dihantar oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution kepadanya bertarikh 14 April 2014 yang lalu. Surat itu memaklumkan pengeluaran nama saya sebagai ahli PKR kerana bertanding bebas. Ini yang memusykilkan, saya sudah undur diri dari PKR sejak 11 Februari 2011 iaitu tiga tahun yang lalu. Masa bertanding sebagai calon bebas memang saya sudah undur diri dari PKR sebenarnya. Kenapa nama masih ada dan saya dipecat kerana bertanding bebas selepas setahun Pilihanraya Umum Ke-13 berlalu?. Kenapa baru sekarang, ketika pemilihan berjalan?. 

Surat yang dibuat tergesa-gesa bagi menghalang saya mengundi 


Saya difahamkan, Fuziah yang mengarahkan surat itu dihantar segera kepada beliau kerana dia takut saya menentangnya bagi jawatan Ketua Cabang Kuantan pada pemilihan kali ini. Saya tiada niat langsung mahu bertanding apatah lagi aktif semula bersama PKR. Cuma saya hairan kenapa surat itu dikeluarkan sekarang dan hanya dihantar oleh SUA kepada Fuziah dengan salinan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). Nampak sangat Fuziah yang melakukannya tanpa terfikir surat itu sepatutnya diberikan salinan kepada saya jika pun benar saya dipecat dari ahli PKR. Kenapa mahu dipecat sedangkan saya memang sudah keluar sejak 2011. Ini menunjukkan betapa pincangnya sistem keahlian PKR hingga ahli yang sudah mati, dan keluar parti sejak bertahun lalu masih ada dalam senarai.


Maknanya, ini bukan salah saya tetapi kelemahan PKR sendiri. Kenapa saya harus dipersalahkan dan sudah semestinya saya layak mengundi bila nama ada dalam daftar pemilih yang sah. Oleh itu, saya nasihatka rakan-rakan dalam PKR agar membawa usul kepada pusat agar tidak membuat kesilapan seperti ini lagi pada masa yang akan datang. Isu saya ini bagi menyedarkan dan membongkar kelemahan sistem maklumat keanggotaan PKR yang gagal berfungsi dengan baik. Ambil ikhtibar dan perbetulkan keadaan. Jangan menyalahkan saya semata-mata sedangkan parti yang tidak cakna isu seperti ini.


Sekarang baru orang buka mata, kelemahan berlaku. Malah, banyak lagi sebenarnya masalah air yang berlaku pada pemilihan parti semalam. Saya tidak kisah dipecat atau pun sebaliknya. Memang sudah tiga tahun saya undur diri, bukan masalah tanding bebas atau tidak. Cuma cara, Fuziah tidak betul dan melanggar peraturan bila beliau sendiri halau dan halang saya mengundi. Sepatutnya dia maklumkan kepada pegawai Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan pihak terbabit yang menyampaikan kepada saya. Beliau adalah calon dan tidak wajar meenghalau pengundi. Jika pun nama saya tidak layak, mereka boleh batalkan kertas undi saya dan tidak perlu halang sedemikian rupa.

Saya sedang memikirkan untuk memanjangkan perkara ini kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi melihat kes ini dari kontek undang-undang. Jika Fuziah melakukan kesalahan maka beliau wajar didakwa kerana cubaan menghalang. Jika saya mengundi pun, mungkin ia kali terakhir saya berbuat demikian bersama PKR, kerana hati saya kini lebih kepada perjuangan bersama NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara).

Read more »

Memang Buruk Bila Calon Ketua Cabang Halau Pengundi !!


Terkadang lucu bila ada shbt PKR kata sy gila meroyan kat parti tu gara2 nak mengundi. Sebenarnya sikit pun x terkilan, cuma yg meroyan org yg halau pengundi..sy hadir sbb diarahkan hadir kerana nama ada dalam buku daftar pemilih. Sy pun dah tiga tahun x aktif dgn PKR ni. Memang dah lama kata nak undur diri, cuma x hantar surat rasmi jer.

Memang skrg aktif dgn NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) dlm menjaga kebajikan rakyat tanpa membezakan fahaman politik kepartian masing2.

Cuma hairan, bila calon sendiri HALAU sy utk mengundi, bukannya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yg sepatutnya berbuat demikian. Tiga tahun undur diri, x kanlah baru 15 April 2014, parti hantar surat penamatan keanggotaan.

Dah lar tu, surat dihantar direct kepada Ketua Cabang Kuantan dan tiada salinan kepada saya. Manalah tau kena pecat keanggotaan sbb semak nama melalui SMS ada dalam rekod, semak nama dekat kaunter daftar pemilih pun ada. Buku Daftar pula yg sah digunakan utk pemilihan kali ini.

Sy pun x lapor nak bersama pemimpin yang khianat kpd ahli ketika pemilihan, tipu undi, bagi tunjuk ajar smpai ke peti undi, mesyuarat tak cukup korum kata cukup...agenda mesyuarat huru hara entah apa yg dibincangkan. Byk kali dah berlaku, last2 minit mesyuarat direka2 konon ada perbincangan. Walhal, minit buat syarat jer. Kadang hairan dgn sikap pemimpin yg hipokrit mcm nih.

Apapun, pemilihan di cabang Kuantan dah berakhir. Sy pun mmg dah x aktif dgn parti politik PKR ni. Cuma sy satu2 bekas calon PKR yg berehat dan teap prorakyat serta tidak sertai mana2 parti politik pun.

Tak kisahlah dihalau ker, dihalang ker... Mmg dah lali semua tu. Perjuangan rakyat tetap diteruskan walau bukan dilandasan politik sekali pun. Kadang lebih seronok begini drp bergaduh sana sini gara2 politik. Salam Perjuangan.

Read more »

Kelemahan PKR, Ramai Ahli Keluar Parti Boleh Mengundi !


Akibat KELEMAHAN PENGURUSAN KEADILAN, ramai ahli2 yg dah umum keluar PKR masuk UMNO, MIC, MCA dll akhirnya MASIH LAYAK MENGUNDI kerana didaftarkan sebagai PENGUNDI YANG SAH UNTUK PEMILIHAN 2014 ini. 

Ada cabang membiarkan ia berlaku, tp ada cabang mengamuk sakan dan ada cabang yg buat bantahan. Apapun kesalahan dan kelemahan ini ialah dr sistem PKR sendiri bukannya dari ahli terbabit. Jika nama masih ada dalam BUKU DAFTAR PEMILIH YG SAH apakah mereka layak mengundi atau boleh dihalau sesuka hati?.

Siapa yg salah sebenarnya. SISTEM PENTADBIRAN AHLI PUN BANYAK KELEMAHAN mcm mana nak ambil alih SISTEM PENTADBIRAN SEBUAH NEGARA?.

Read more »

Fuziah Halang Mengundi Walau Nama Di Sahkan Berdaftar


Memang lawak Fuziah Salleh ni, sebelum ni dlm mesyuarat PKR Pahang dia bukan main lantang menggesa nama saya dibuang dari PKR sbb dengar sy nak lawan dia Ketua Cabang PKR Kuantan.

Hari ni sy pulak DIHALANG DAN DIHALAU DARI MEMBUANG UNDI di Pejabat PKR Kuantan. Nak bg tau Fuziah, ANDA CALON KETUA CABANG, APA HAK ANDA HALAU PENGUNDI... Sy mmg dah tak aktif bersama politik PKR dah pernah kata nak UNDUR DIRI. Tp bila ada shbt maklum sy masih layak mengundi sebab keahlian masih aktif, maka sy hadir untuk mengundi. Soal sy masih PKR atau tidak bukan Fuziah yg tentukan tapi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

Seburuk2 SPR, mereka tak pernah halang pengundi berdaftar mengundi. Semakan di kaunter nama saya masa ada WUJUD dan LAYAK MENGUNDI. Maka, apa salah sy nak mengundi mungkin buat kali terakhir bersama PKR kot jika Fuziah guna kuasa Veto tendang.

Tp anehh, dia calon dia halau sy. Kot yer pun sy dah keluar PKR...sy bukannya umum sertai mana2 parti. Kot yer sy tanding bebas pun, ramai lagi yg tanding bebas dan masih ada nama dlm parti. Kat cabang Indera Mahkota ada yg dah declare masuk UMNO, MIC dll pun dibenarkan mengundi tadi.

Tp di cabang Kuantan, Fuziah meroyan halau sy. DIA CALON bukan JPP.. Rosak parti kalau simpan orang mcm ni. SIAPA YG SALAH, SY HADIR UTK BUANG UNDI SEBAB NAMA MASA ADA DALAM PARTI.. APA HAK FUZIAH NAK HALANG. Kenapa nama sy masih ada kalau mcm tu. FUZIAH dah langgar peraturan dan sy akan bawa isu ini kepada PENDAFTAR PERTUBUHAN (ROS) untuk tindakan selanjutnya.. 

Read more »

Hadir Ke Majlis Tautan Kasih Bersama Tan Sri Khalid Ibrahim


Malam tadi, sempat hadir ke majlis Tautan Kasih bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Hotel MS Garden Kuantan. Dijemput hadir atas kapasiti media baru ke majlis tersebut oleh sahabat lama dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Nampaknya, kedudukan Azmin Ali dan Saifuddin  Nasution pasti tergugat bila melihat sokongan pemimpin PKR terutamanya dari Pahang dan Terengganu terhadap bekas tokoh korporat itu.

 Apapun, syabas kepada pihak penganjur kerana program berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang provokasi. Paling menarik, semua media arus perdana juga menghantar wakil mereka ke majlis itu tanpa sebarang sekatan. Mereka turut dijamu dengan hidangan yang disediakan. Apa yang menyeronokkan ialah sempat pula bertemu dengan blogger Hanisya Abdul Hamid yang begitu popular dengan blognya www.omakkau.blogspot.com



Read more »

"IP Address" Individu Buat Video Lucah CMK Berjaya Di Kesan


Bagai tidak dijangka, beberapa hari selepas membuat fitnah video lucah terhadap saya tiba-tiba pemilik akaun facebook Xing Woo Jin telah menutup akaun terbabit. Mungkin kerana gusar laporan polis sudah dibuat dan indentiti beliau akan dikenali agaknya. Tambah mengejutkan video yang dibuat itu juga telah didelete dari akaun Youtube. Kenapa perkara ini tiba-tiba berlaku?. Sedangkan sebelum ini beliau beriya-iya benar mengugut saya memasukkan wang sebanyak USD5,000 ke Western Union atas namanya.



Namun, tiba-tiba individu terbabit berubah hati pula. Apa yang menghairankan beliau yang menyamar berasal dari China yang menetap di Seoul Korea, tiba-tiba berada di Filipina. Tapi, sejak dari awal saya jangkakan beliau berada di Malaysia dan tidak jauh dengan diri saya sendiri. Niatnya ialah untuk menjatuhkan imej saya agar orang ramai memandang rendah terhadap apa saja aktiviti saya selepas ini.
Dengan keparakan yang saya ada, hari ini saya berjaya menjejaki IP Address individu terbabit. Ia menandakan, saya semakin dekat untuk mencari pihak yang bertanggungjawab dengan kegiatan tidak bermoral itu. Mungkin sudah ramai yang menjadi mangsa sebenarnya. Kesilapan beliau ialah melakukan perkara yang sama kepada seorang BLOGGER seperti saya. Saya harap beliau memohon maaf segera atau pendedahan panas siapakah beliau akan dibuat dalam masa terdekat ini. Harap Maklum

Read more »

Isu Video Lucah: Sah, Ada Pihak Cuba Perangkap Saya !!


Jika semalam individu yang mengugut saya begitu bersemangat membuat tindakan demikian, namun hari ini tepat jam 10.00 pagi tadi XING WOO JIN langsung tidak menghantar sebarang ISYARAT untuk UGUTAN USD5,000 berkenaan?. Sedangkan mesej terakhir beliau ialah jam 4.49 petang memberi tempoh terakhir kepada saya memasukan wang berkenaan. Maka, apakah motif beliau sebenarnya. 



Justeru, saya syak bahawa kerja ini dilakukan oleh ORANG DALAM dan orang yang rapat dengan saya. Pasti akan dibongkarkan juga siapa yang bertindak demikian untuk dibawa ke muka keadilan. Tindakan saman malu akan dibuat terhadap individu terbabit jika fakta jelas beliau cuba menjatuhkan saya dengan isu sebegini. Harap Maklum

Read more »

Ugutan Sebar Video Lucah Matangkan Perjuangan Rakyat, Demi Keselamatan Harap Agar Sahabat Tidak Sebarkan Sesuka Hati !


Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera, Kepada ahli keluarga, saudara-mara serta sahabat-sahabat facebook yang budiman, kira-kira BEBERAPA MINIT dari sekarang (seperti yang didakwa), video lucah yang kononnya membabitkan diri saya akan disebarkan kepada semua berdasarkan amaran yang telah dibuat oleh pihak yang menggugut saya sekiranya gagal membuat bayaran sebanyak USD5,000 seperti yang diminta jam 10.00 pagi ini.




Video yang berfurasi 1:45 minit itu akan memaparkan muka saya ketika memandu kenderaan kemudian sebahagian gambar "memegang alat sulit" yang kononnya milik saya. Gambar video berkenaan telah disunting dengan begitu teliti oleh pihak yang berkenaan bagi tujuan memalukan serta mematikan karier politik saya. 

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Indera Mahkota petang semalam, dan lewat malam tadi saya telah dipanggil untuk diambil keterangan oleh pihak polis di IPD Kuantan sekitar jam 10.00 malam. Segala maklumat berkaitan telah diberikan dengan jelas kepada pihak polis dan mereka mahu saya bersabar dan tidak membuat apa-apa bayaran kerana modus operandi pihak berkenaan sama dengan apa yang pernah berlaku kepada ramai orang sebelum ini. Cuma, ramai yang mendiamkan diri dan tidak melaporkan kepada pihak polis demi menjaga maruah masing-masing.Malah, kata polis ramai juga yang telah membuat bayaran kepada pihak yang mengugut terbabit secara diam. 



Persoaannya sekarang, bagamainakah gambar berkenaan disunting sebegitu baik oleh pihak terbabit?. Saya sendiri tidak menyangka boleh menjadi mangsa mereka kerana selama ini saya begitu berhati-hati dengan sindiket SCAM atau sebagainya. Namun kali ini mungkin nasib saya tidak baik dalam masa yang begitu singkat saya seolah-olah tidak sedar apa yang berlaku. Apapun, saya menafikan video lelaki memegang alat sulit itu dilakukan oeh saya. Ini kerana ketika kejadian saya memang sedang memandu dan dalam perjalanan untuk mengambil isteri saya dipejabat.



Kejadian dirancang sebaiknya, kerana jadual saya amat ketat pada hari semalam. Sebelah pagi dari jam 8.00 hingga 12.00 saya berada di Komplek Penyayang, Indera Mahkota untuk memantau mangsa banjir mendaftar nama di Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menerima sumbangan dana daripada Kerajaan UAE. 



Sekitar jam 12.15 tengahari saya berada di Restoran Kampung Tengah (Kedai Pauzi) untuk minum teh di situ bersama seorang sahabat Azam Abdul Rahman dan rakannya saudara Bard.


Foto arkib: Wajah sahabat blogger, Azam Abd Rahman

Ketika melihat facebook saya kelihatan seorang individu yang memakai nama  XING JIN yang kononnya dari negara China mahu ADD saya sebagai kenalannya. Sebelum ini dia pernah berbuat demikian tapi ditolak oleh saya. Namun, kali ini dengan begitu pantas saya add beliau. Selepas itu dia terus memuji saya dengan berbagai-bagai komen yang jelas bertuuan untuk membuatkan saya menjadi seronok berkawan dengannya. Saya bertanyakan soal kerjanya, soal pesawat MH370 kerana dia berasal dari China. 



Beliau memaklumkan dia bekerja sambilan sebagai Modeling dan menetap bersama saudaranya di Seoul, Koera Selatan. Dia kemudiannya mempelawa saya melihat gambar modellingnya dan mengajak saya menontonnya di SKYPE. Dia menyuruh saya halakan kamera ke arah muka saya agar dia dapat melihat dengan jelas siapa saya. Kerana ketika itu saya halakan kamera kepada sahabat saya Azam Abd Rahman. Kemudian saya menunjukkan tanda GOOD dengan jari, sambil terus menjamu selera bersama sahabat-sahabat.




Ketika itu saya meminta izin daripada rakan-rakan untuk beredar bagi mengambil isteri saya di pejabat, tambahan pula semalam ialah hari Jumaat dan  jam pula sudah menunjukkan hampir pukul 1.00 petang. Saya memandu kenderaan sambil tangan satu agi memegang iTab untuk melihat video yang beliau janjikan. 



Tiba-tiba dia menipu dengan menayangkan video lucah kepada saya yang memang jelas bukan diri beliau sebenarnya berdasarkan kepada paparan yang dibuat. Saya terkejut dan kemudian bertanya mana video modelling yang dijanjikan?. Video dimatikan dan selang beberapa minit kemudian dia sudah keluarkan amaran berupa ugutan kepada saya.


Paparan facebook isteri saya yang dibuat contoh ugutan

Antara ugutan terbabit dia mahu menyebarkan satu video lucah saya kepada  semua rakan facebook termasuk keluarga dan saudara mara saya. Saya terkejut, ketika itu saya masih dalam perjalanan untuk mengambil isteri saya di pejabatnya dekat Indera Mahkota. Saya bertanya, apa yang beliau mahukan. Dan dia terus menyatakan dia mahu wang sebanyak USD5,000 jika tidak mahu video berkenaan disebarkan. Saya ditontonkan video berkenaan dan sungguh terkejut apabila aksi seorang lelaki memegang alat sulit didalam kereta dipaparkan, dan wajah pada permulaannya ialah muka mirip  saya. Tapi anehnya, video berkenaan terhenti seketika sebelum suntingan dibuat dan bukannya Non Stop. 

Saya terus menelefon isteri saya dan memaklumkan perkara berkenaan. Mujurlah isteri saya memahami dan tidak melatah. Pihak berkenaan memberi tempoh dua jam kepada saya untuk membuat bayaran berkenaan melalui WESTERN UNION melalui nama seorang lelaki FILIPINA. 




Saya hairan dan terkejut, saya mengambil isteri saya dipejabat dan kemudiannya ke masjid untuk solat Jumaat, selepas itu saya terus membuat laporan di Balai Polis Indera Mahkota tentang perkara ini.


Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Indera Mahkota

Sekitar jam 3.30 petang, saya membuat satu sidang media tergempar di Restoran Vista, sebelah BSN Indera Mahkota tentang perkara ini. Saya terjerat dalam situasi yang dirancang dengan baik oleh pihak yang berkenaan. Walau pun pada awalnya saya syak ia dilakukan oleh pihak luar, namun saya agak keliru apabila pihak berkenaan dilihat mempunyai hubungan juga dengan dua orang individu yang saya kenali. Apakah mungkin mereka juga menjadi mangsa sindiket ini agaknya.


Persoalannya apakah ia satu konspirasi politik terhadap saya?. Ada dua aspek yang memungkinkan di sini, pertamanya saya ada membuat kenyataan untuk kembali aktif dalam politik dalam masa terdekat ini. Malah ada juga yang marah bila paparan gambar saya bersama Menteri Besar Pahang tersebar baru-baru ini.Keduanya, saya juga ada mengatakan untuk bertanding jawatan Ketua Cabang PKR  pada pemilihan parti itu tidak lama lagi, berdasarkan kepada status saya masih lagi ahli PKR yang sah.



Kedua-dua spekulasi ini mungkin menyebabkan ada pihak yang curiga dan dengki, serta menyimpan dendam bagi menjatuhkan karier politik saya. Apapun, ia sekadar spekulasi yang menjadi kontroversi. Apapun ini hanya spekulasi semata-mata. Namun, hakikatnya apa yg berlaku kepada saya juga mungkin pernah berlaku kepada orang lain sebelum ini. Ia mungkin melibatkan sendikit antarabangsa yang dilakukan secara licik dan teratur oleh pihak berkenaan. Mereka memeras ugut dan meminta wang daripada individu yang berpengaruh. Modus operandinya, mengajak mangsa seperti saya berbual menggunakan video cam di SKYPE dan kemudian memanipulasi gambar video berkenaan dengan adengan lucah untuk mendapatkan wang sebenarnya. Inilah yang berlaku.
 
Foto dengan MB Pahang ini juga jadi kemarahan pihak tertentu

Saya memaklumkan kepada pihak polis dalam siasatannya malam tadi. Apapun, saya berharap ini bukanlah satu konspirasi jahat daripada rakan politik saya kerana saya kini berkawan dengan semua rakan-rakan daripada parti politik yang berbeza selepas mengundur diri dari PKR pada 11 Februari 2011 yang lalu. Persoalannya, jika tiada kaitan bagaimana dua individu terbabit boleh menjadi follower dan friends kepada XING JIN (indidividu yang mengugut saya) itu?. 

Lebih mengejutkan, menyedari perkara ini telah didedahkan di blog saya XING JIN dengan begitu pantas telah mengubah profail facebook beliau kepada XING WOO JIN



Kenapa dia berbuat demikian?. Malah, ugutan meminta saya membayar wang dalam masa dua jam telah dilanjutkan lagi sejak petang semalam selepas saya merayu. Kemudian dia memberi satu lagi peluang hingga jam 10.00 pagi ini. Maknanya, XING WOO JIN boleh berunding dalam masa yang sama mengugut.



Susulan daripada itu, saya juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Multimedia berkenaan perkara ini. Malah, saya juga telah menghubungi beberapa orang rakan HACKERS hebat seluruh negara untuk HACK akaun facebook beliau bagi membongkar IP ADREESS dan siapa XING JIN atau XING WOO JIN ini sebenarnya.




Memandangkan perkara ini telah dilaporkan kepada pihak polis, makanya saya berharap mana-mana sahabat yang menerima video berkenaan agar berhati-hati dan tidak menyebarkan kepada pihak lain demi keselamatan. Pihak polis memantau perkara ini dan mahu saya membuat satu lagi laporan sekiranya video bekenaan disebarkan selepas saya gagal membuat bayaran USD5,000 seperti yang diminta. 



Oleh itu, saya berharap agar sahabat DELETE video tersebut dan tidak sesekali menyebarkannya kepada rakan-rakan yang lain bagi mengelakkan masalah lebih besar timbul kemudian hari. Saya juga nasihatkan sahabat-sahabat agar berhati-hati menerima kenalan facebook baru daripada individu yang tidak dikenali kerana mungkin mereka adalah musuh kita yang bertujuan untuk menghancurkan masa depan kita sebenarnya. Kini karier politik saya mungkin mahu disekat oleh pihak-pihak tertentu kerana mereka takut kelantangan saya menyuarakan sesuatu isu akan membuka mata rakyat kelak.

Keduanya, jika menggunakan KAMERA pada laptop atau komputer, pastikan tidak menghalakannya pada muka anda jika bercakap dengan individu yang tidak dikenali. Mereka boleh melakukan apa saja asalnya mendapat WANG dan mahu menjatuhkan kita.

Sekian Harap Maklum dan Terima Kasih,

MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
(BLOGGER CUCUMATKILAU)

Read more »

Hairan, Penjenayah Ugutan Sebar Video Lucah Bertukar Profail Facebook Dan Di Kenali Pemimpin Politik Di Kuantan Sendiri !!


Saya cukup terkejut, susulan ugutan USD5,000 yang dibuat oleh individu tidak dikenali tiba-tiba profail facebook beliau daripada XING JIN bertukar kepada XING WOO JIN. Sungguh mengejutkan dalama masa yang sama selepas laporan polis dibuat pihak berkenaan seolah-olah menjadi takut. Ugutan menyuruh saya membayar USD5K sebelum jam 4.00 petang tadi ditunda ke jam 10.00 pagi esok.



Daripada siasatan saya terhadap penjenayah siber ini, ugutan beliau itu adalah bertujuan untuk menjatuh karier masa depan saya terutamanya dalam lapangan politik. 



Jelas dapat dilihat, ada orang Malaysia dari Kuantan yang mungkin mengenali beliau sebenarnya. Kedua-duanya adalah dari parti politik yang berbeza iaitu UMNO dan PKR. Saya amat terkejut dengan penemuan ini. 



Jika penjenayah itu mahu mengertak saya dengan membuat video lucah berkenaan, kenapa mereka ini kenal beliau. Anehnya carian saya terhadap FRIEND LIST kedua-dua individu terbabit tidak terdapat nama XING WOO JIN, kemungkinan besar telah dihilangkan HIDE..... 



Mereka juga sempat menunjukkan mesej yang akan dihantar kepada isteri saya berkenaan video panas ini. Sebelum menyebarkannya kepada saudara-mara dan rakan-rakan dalam facebook yang lainnya. Mereka memang pandai komputer sehingga boleh mengelirukan saya dengan adengan yang cukup mengerikan ini. 



Jika ini keadaannya, sudah pasti mereka juga pandai memanipulasi gambar saya pada video untuk adengan lucah berkenaan sebenarnya. Apapun saya akan lawan insiden ini dengan sabar dan berhati-hati. Insya Alah

Siasatan seterusnya menyusul..

Read more »

Saya Terima Ugutan USD5,000 Untuk Sebar Video Lucah !


Saya dengan ini menafikan bahawa bahagian video lucah yang dipaparkan oleh seorang individu dari Filipinan yang menyamar menggunakan nama Xing Jing pada laman sembang sosial facebook adalah milik saya. Memang benar saya ada berbual melalui Skype dengan beliau yang menyamar sebagai seorang modelling dari negara China yang kononnya tinggal di Seoul, Korea Seatan. Tapi perbualan kami hanya berkaitan isu MH370 dan sebagai kenalan biasa dan tidak lebih dari itu. Tetapi tiba-tiba beliau mengugut untuk menyebarkan video yang memaparkan "alat sulit" saya kepada umum dan menuntut saya membawayr sebanyak USD5,000 kepadanya dalam tempoh dua jam jika tidak mahu video itu disebarkan. 

Susulan dari itu, saya terpaksa membuat laporan polis di Balai Polis Indera Mahkota sebagai langkah keselamatan. 

Di bawah ini dipaparkan ugutan-ugutan beliau terhadap saya yang amat keterlaluan. Saya syak beliau telah menipu ramai lelaki di Malaysia dengan menggunakan gambar profile dan video perempuan  untuk tujuan mengugut. Sebelum ini mungkin sudah ramai yang diugutkan sebenarnya. 










Read more »