SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Peminat Kecewa Tiket Bola Pahang Lawan JDT Habis Awal


Kesian betul tgok shbt2 yg tak dapat beli tiket bola Pahang vs JDT esok.... marah betul kat PBNP katanya x telus dan adil kpd para penyokong. 


Senario biasa tiap kali ada game penting di Stadium Darul Makmur. Sampai bila isu tiket ni nak berkesudahan?

Read more »

Penduduk Kecewa Penghadang Jalan Halang Buat "Pusingan U"


Meninjau isu rakyat di Indera Mahkota. Para penduduk IM1, IM2, Perumahan MBSB, Taman Kota Ria dan sekitarnya hairan dan kecewa dgn tindkn MPK letak batu penghadang berhampiran lampu isyarat simpang ke Komplek Tun Razak. Menyebab kesesakan luar biasa pd waktu puncak...

Sebelum ini mereka nak ke bandar boleh buat pusingan di situ selepas jln di simpang sebelumnya ditutup. Lebih hairan, jln motor bawah pokok pun diletakkan batu penghadang. Perkara ini akan dibawa kepada pihak yang berwajid untuk dipertimbangkan dengan sewajarnya. A N G K A R A

Read more »

Radio Internet CMK FM Perlukan Ramai Juruhebah Sambilan


Tawaran sebagai Juruhebah Sambilan di CMK RADIO kini dibuka untuk anda. Info siaran klik www.cmkradio.blogspot.com [ Sila whatsapp voice DJ anda ke 0123854400 / email ke cmkradio@yahoo.com ] utk tindakan selanjutnya. CMK RADIO "Ceria Mantap Kreatif", Suara Generasi Baru

Read more »

Presiden FAM: Tahniah Kepada YAM Tengku Mahkota Pahang


NGO Angkatan Pembela Rakyat (ANGKARA) mengucapkan tahniah kepada Yang Teramat Mulia, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Hj.Ahmad Shah yang ditabalkan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Pada pemilihan badan induk itu hari ini, Tengku Abdullah menewaskan pencabar terhebatnya iaitu Tengku Mahkota Johor (TMJ), Sultan Ismail Idris Sultan Ibrahim pada pertandingan satu lawan satu selepas penyandang, Sultan Pahang, Sultan Hj.Ahmad Shah menarik diri. Tengku Mahkota Pahang menang dengan undi sebanyak 27 dan Tengku Mahkota Johor mendapat 12 undi sahaja selepas pengiraan kali kedua. Pada pusingan pertama kiraan undi ialah 25/14. 


Kemenangan Tengku Mahkota Pahang itu sebagai satu pengkihtirafan kepada keluarga DiRaja Pahang untuk terus menerajui FAM untuk musim 2014/2018. Bagi saya, sikap Tengku Abdullah yang tidak melatah dengan kempen-kempen TMJ nampaknya memberi kelebihan kepada baginda. Tengku Mahkota Pahang tidak perlukan publisiti dan janji-janji tinggi melangit untuk meyakinkan beliau dipilih sebagai pemenang. Semoga kemenangan ini akan menaikkan lagi imej dan mutu sukan bolasepak negara di mata dunia hendaknya"

Saya juga tidak menolak tanggapan bahawa FAM wajar memberi ruang kepada TMJ untuk bersama-sama memajukan bolasepak negara agar ia kembali digeruni di peringakat antarabangsa. Agenda TMP dan TMJ jika digabungkan, sudah pasti akan memberikan impak yang besar terhadap pembangunan bolasepak negara di masa akan datang pastinya... TMJ masih muda, maka ruang yang terbaik diberikan oleh perwakilan untuk melantik Tengku Mahkota Pahang amatlah wajar sebenarnya.

Read more »

Wajarkah Keluar PKR Kerana JPP Tipu, Di Tuduh Pengkhianat


Ketika sy UNDUR DIRI DARI PKR gara2 PEMILIHAN PKR 2010...yang begitu TERUK, PENUH DENGAN PENIPUAN DAN PENYELEWENGAN ... malah dengan jelas sy dedahkan banyak kepincangan yang berlaku termasuk aduan yg tidak disiasat oleh JPP (Jawatankuasa Pemilihan Parti) ..MAKA SY DITUDUH PENGKHIANAT... Sy juga dengan berani menyatakan nama Chegubard sebagai salah seorang pemimpin yg perjuangkan isu2 berkenaan... 


Ingatkan perkata sebegini sudah selesai.. RUPANYA KALI INI (Pemilihan 2014) lebih teruk dari 2010... Cuma bezanya, dulu ZAID IBRAHIM bawa diri, tapi kali ini TAN SRI KHALID IBRAHIM dan SAIFUDDIN NASUTION terus bertahan. Justeru, kpd shbt2 dlm PKR teruskan membongkar semua ini demi  KEADILAN yg diperjuangkan. Sy akan terus membantu dari LUAR.. buat Chegubard dan rakan2, jangan sesekali UNDUR DIRI DARI PKR.. terus LAWAN dan TETAP LAWAN...Biarlah Sejarah membuktikan segalanya.. http://www.youtube.com/watch?v=UzTfyXqJYLI

Read more »

TNB Untung Kata Rugi, Kesilapan Kedua Najib Selepas MH370




Selepas tersilap kata MH370 berakhir di Lautan Hindi, inilah satu lg DOSA BESAR dan kesilapan PM dlm menangani isu rakyat... Sama mcm kes Mat Said, penasihat jd punahsihat.. Inilah jadinya TNB yg untung bilion ringgit tib2 PM kata rugi dan perlu diselamatkan. 


Jika MAS rugi, rakyat faham dan nampak sebab terpaksa bersaing dgn AIRASIA. Tp cuba bg FAKTA TNB ni beesaing dgn sykt apa di Malaysia?. Maka, munasabah ke PM dakwa sykt yg tak ada persaingan dlm perniagaan mereka RUGI?. 




Oleh itu, kembalikan kepercayaan rakyat. Jgn biarkan rakyat terus diperkotak-katikkan oleh pihak yg menangguk di air yg keruh. Batalkan hasrat naikkan caj tarif elektrik. Rakyat didahulukan.

Read more »

Kenyataan Bercanggah, Batalkan Hasrat Naik Tarif Elektrik !

Susulan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak bahawa kadar tarif elektrik terpaksa dinaikkan bagi mengelakkan TNB mengalami kerugian dan kakitangannya hilang pekerjaan maka kami amat kecewa dengan hasrat kerajaan itu,

Dikala rakyat sekarang terbeban dengan berbagai masalah ekonomi, tiba-tiba kerajaan membuat satu langkah yang tidak popular seperti ini. Malah, kini ramai rakyat yang keliru dengan kenyataan PM itu kerana TNB dalam satu kenyataan sebelum ini mendakwa mereka untung hampir RM2 bilion, maka atas dasar apa PM dakwa TNB rugi?.

Apakah ia kerana kerajaan mahu menampung semula kerugian memberikan berbagai bantuan kepada rakyat termasuk BR1M, maka itu tarif elektrik mahu dinaikkan?. Harus diingat naik tarif elektrik tidak sama dengan kenaikkan harga ikan, kangkung, ayam di pasar. Naik tarif elektrik akan melibatkan majoriti rakyat tidak kira mereka penyokong pembangkang mahu pun Barisan Nasional.

Justeru, kami menggesa cadangan ini dikaji semula demi mendahulukan rakyat terbanyak yang akan menanggung bebannya. Kerajaan tidak boleh persalahkan rakyat bila mereka tolak BN jika adanya pilihanraya, ini kerana langkah seperti ini akan menyebabkan mereka benci dan sakit hati kepada kerajaan sebenarnya. Hasrat menyelamatkan beberapa kerat kakitangan TNB tetapi memperjudikan nasib majoriti rakyat adalah tidak wajar.

Pernahkah kerajaan fikirkan rakyat ketika kakitangan TNB mendapat bonus tahun berbulan-bulan gaji?. Kenapa sekarang baru kerajaan mahu fikirkan nasib mereka?. Mana lebih Afdal, menjaga majoriti rakyat atau kakitangan TNB?. Oleh itu, tangguhkan hasrat ini, demi rakyat. Malah, kenyataan berbeza antara TNB dan PM jelas sekali mengelirukan dan boleh dipertikaikan. RAKYAT DIDAHULUKAN!

MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO Angkara
(Angkatan Pembela Rakyat)

Read more »

Mat Said Jual Maruah Bila Dakwa PAS Tawarkan Dia Jadi MB


LAWAK, MAT SAID SELAMATKAN DIRI DENGAN DAKWAAN DAPAT OFFER KALAU MASUK PAS DIA BOLEH LAGI JD MB JIKA PAKATAN RAKYAT BENTUK KERAJAAN DI TERENGGANU BARU2 INI...

Pelik, PAS dlm sidang medianya dgn jelas mengatakan TERENGGANU TAK AKAN JADI SEPERTI PERAK semasa krisis baru2 ini, Malah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu dgn jelas mengatakan TIDAK AKAN MELAMAR ADUN YG KELUAR UMNO TERMASUK MAT SAID... Persoalannya, kenapa Mat Said GUNA AYAT KONONNYA DIA DITAWAR JD MB KALAU MASUK PAS DAN BENTUK KERAJAAN BARU..

Ramai pulak shbt2 dr UMNO percaya CAKAP MAT SAID ni... Sbgao AKTIVIS BEBAS ni CMK nak bg tau..ORG MCM MAT SAID NI DAH TAK BOLEH PAKAI CAKAP DIA... So, jgn mudah percaya dia dpt OFFER dr PAS. DIA MASUK BALIK UMNO SBB PAS TAK LAYAN DIA LAH TU,.... Sbb takut nanti jd Ibrahim Ali. Nak masuk UMNO semula x boleh, nak masuk PAS lagilah sudah.

Akhirnya Mat Said cakap benda yg nak menyelamatkan dirinya. Walhal Mat Said langsung tak dipandang oleh PAS. So jgn terpedaya dgn politik murahan Mat Said itu.

Read more »

Sempat Terjah Ke Rumah Mat Said Di Teluk Kalong Semalam


Edisi terjah ke rumah mantan MB Terengganu, Mat Said di Teluk Kalong ptg tadi mendapati kerja2 majlis kawin anak perempuan beliau sedang dilakukan secara besar2an. Hasrat utk bertemu dgn Mat Said gagal, beliau ada urusan diluar. Apapun, situasi di kediaman Mat Said terkawal hanya kelihatan pekerja2 JKR sedang buat kerja persiapan. Majlis akan diadakn pd 17 Mei 2014 (Sabtu) ini...apapun semoga berbahagia..hendaknya Mat Said



Kompius, adakah PM sudah TERKONO dgn Mat Said?. Dia bg alasan ketika keluar UMNO, PM zalim tak boleh tunggu anak dia nak kawin 17 Mei 2014 ini. Maka, semua org ingat PM zalim x boleh tunggu Mat Said buat kenduri kawin anak dia.


Walhal, edisi terjah NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) di kediaman beliau kat Teluk Kalong, Kemaman ptg td mendapati majlis tersebut hanyala MAJLIS KESYUKURAN PERKAHWINAN. Majlis kahwin sebenarnya sudah berlangsung di K.Terengganu. Majlis 17 Mei hanya utk rakyat di kawasan beliau. Maknanya bukanlah acara GRAND majlis perkahwinan yg semua sangka. Pandai Mat Said PELAWOK.BIJOK BIJOK..... keguaner?

Read more »

Tragedi 13 Mei Berlaku Ketika UMNO Sambut Ulang Tahun Ke-68, Krisis Politik Di Perak Bakal Melanda Negeri Terengganu !!


Ramai yang terkejut dengan keputusan bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said bertindak keluar dari parti keramat UMNO disaat seluruh negara tertumpu kepada majlis angkat sumpah perlantikan Menteri Besar Terengganu yang baru iaitu Datuk Ahmad Razif Abd Rahman malam tadi. Apa tidaknya, Mat Said yang dilihat tidak muncul ketika majlis angkat sumpah Ahmad Razif dihadapan Sultan Mizan Zainal Abdidin di Istana Syarqiyyah, Chendering tiba-tiba umum keluar UMNO. Turut bersama beliau ialah ADUN Ajil, Ghazali Taib.

Tindakan Mat Said dan Ghazali ini memberi tamparan yang cukup hebat kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Dikala UMNO sedang menyambut perayaan ulangtahunnya yang ke-68 semalam, tiba-tiba "Tragedi 13 Mei" melanda negeri Terengganu. Kedudukan kerusi DUN kini sama iaitu 15-15 akibat tindakan Mat Said menjadi ADUN Bebas. Malah, seandainya mereka berdua bertindak serupa seperti dua ADUN PKR yang lompat parti dan menjadi ADUN Bebas di Perak dulu iaitu Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi.



Jika dulu, Menteri Besar Perak, Ir.Nizar Jamaluddin digulingkan dan Dr.Zambry Kadir diangkat menjadi Menteri Besar yang baru dalam satu krisis politik yang paling dasyat di Malaysia kini apakah ia mungkin berlaku pula di Terengganu?. Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Nizar dijatuhkan dengan taktik "lompat parti" dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP. Kini, di Terengganu tragedi yang sama mungkin berlaku bila dua ADUN BN tiba-tiba mengisytiharkan diri mereka ADUN Bebas. Sesuatu yang menakutkan buat PM Najib Tun Razak sebenarnya. Di Perak dulu, Najib adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak yang dikatakan terlibat dengan konspirasi itu. Kini, Najib juga yang memperkenankan pertukaran MB Mat Said kepada Ahmad Razif. 



Tindakan ini akhirnya memakan diri, bila Mat Said begitu bijak mengambil peluang keemasan untuk mengajar pihak yang menganiaya dirinya. Sesuatu yang memang sudah dijangka, Mat Said pasti akan bersama Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini. Jika ini berlaku maka Ahmad Razif mungkin akan bergelar Menteri Besar yang paling pendek memegang jawatan tersebut di Malaysia sejak sekian lama. 



Jika dulu, rakyat Perak merasai keperitan kuasa kerajaan negeri bertukar daripada Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional. Kini, ia seolah-olah berbalik kepada UMNO pabila Kerajaan Negeri Terengganu pula kemungkinan besar akan bertukar dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Apapun, kesilapan pertukaran Menteri Besar ini harus dijadikan ikhtibar kepada pemimpin UMNO. Dikala rakyat mahu melihat perubahan jawatan peringkat kabinet tiba-tiba MB Terengganu ditukarkan. Kini, "nasi sudah menjadi bubur" dan apakah Mat Said akan berundur dengan tawaran lumayan atau meneruskan hasratnya. Sama-sama kita nantikan episod seterusnya adengan panas ini. 

Read more »

Pemilihan Kotor, PKR Tidak Layak Bersama Tuntutan Bersih


Lapan tuntutan BERSIH eloklah dibatalkan, sbb pemilihan PKR iaitu parti tunjang pemimpin utama Pakatan Rakyat jelas sekali KOTOR, malah lebih teruk dr apa yg diperjuangkan. Ini namanya CAKAP TAK SERUPA BIKIN... Ada hati nak pilihanraya bersih, baru urus pemilihan parti sendiri HANCUR. Ni kalau Pakatan Rakyat pulak memerintah dan PKR jd tunjangnya, maka lebih teruk perjalanan PILIHANRAYA UMUM akan berlaku. Sama2 ahli parti sendiri kecoh, kalau parti lawan rasanya lagilah parah. Ada hikmah juga Pakatan Rakyat masih gagal ambil alih Kerajaan Pusat sebenarnya...

Read more »

Pemilihan PKR, Konsep "Satu Ahli Satu Undi" Ternyata Gagal !


KONSEP SATU AHLI SATU UNDI TAK RELEVAN UTK DIPRAKTIKKAN Jika badan yg mengendalikan pilihanraya parti itu adalah ahli parti sendiri yg cenderung kpd pemimpin tertentu. Sepatutnya PKR gunakan badan bebas yg bukan ahli parti sebagai Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP). Jika tidak kembalilah kpd asal mcm UMNO, PAS dll parti buat iaitu PERWAKILAN yg memilih pucuk pimpinan tertinggi parti.

Jika amalan skrg terus diamalkan, HANCUR !! Sbb pemimpin berkenaan akan susun org dia majoiriti jd pegawai JPP utk pastikan kemenangan mereka. Itulah yg terjadi sekarang, PKR huru-hara... kecoh sana sini.. Malu kat org2 muda..... Yg akan jd pengundi pd Pilihanraya Umum kan datang..

Read more »

NGO Angkara Taja Tiket Bola Percuma Pahang Vs Selangor !


Jom LIKES PAGES https://www.facebook.com/pages/Angkatan-Pembela-Rakyat/535130676583657 Untuk Berpeluang Menang Tiket Bola Percuma Pahang VS Selangor Malam Ini. Tiket boleh dituntut dr Krew Angkatan Pembela Rakyat di Stadium Darul Makmur Jam 7.00 Malam Ini. [share]

Read more »

PKR "Cakap Tak Serupa Bikin", JPP Lebih Teruk Dari SPR


Akhirnya terbukti Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR lebih teruk MAIN KOTOR dr Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yg dicanangkan selama ini. Jika SPR dikatakan berbuat demikian antara parti kerajaan vs pembangkang (Normal)...Tp JPP PKR lebih dasyat apabila MAIN KOTOR sesama Ahli PKR. Buktinya 17 Cabang diarahkan buat pemilihan semula. Tp, sebenarnya bnyak lagi cabang yg JPP pejam mata melihat penipuan.

Makanya lepas ni, tak usahlah shbt2 PKR dok kutuk sangat SPR. Sebab PKR lagi teruk sebenarnya... Apa nak jadi dengan PAKATAN RAKYAT kalau mcm nih. Kalau sesama sendiri main tipu, maka sesama PR apatah lg. BLACKOUT 505, heboh satu dunia.. Last2 pemilihan PKR sendiri BLACKOUT genap setahun lepas BLACKOUT 505 tu, trjadi dua kali pulak tuu BLACKOUT. Rosak PKR macam ni bila org baru kerat org lama..Pejuang asal Keadilan dipinggirkan dan dicantas, orang baru masih kuat ajaran lama.. Main duit, main tipu undi dll.

Harap PKR muhasabah diri jika benar mahu bawa perubahan dan keadilan utk rakyat. Perbetulkan dulu parti sendiri yer,,, Tolong jangan TIPU RAKYAT yg tidak berdosa.

"Yang Betul Kami Sokong, Yang Tak Betul Kami Tegah"

Read more »

Dua Sebab Utama MB Pahang Dan Terengganu Di Kekalkan !


Orang dok heboh MB Pahang (Adnan Yaakob) dan MB Terengganu (Mat Said) akan ditukarkan dgn calon MB baru dlm masa terdekat ini. Memang panas berita ini, tp bg sy semua itu takkan jadi kenyataan sebabnya apa kata :-

MB Mat Said:
"Mu tukor aku Najib, x per... Aku rela ajok gu aku sokong Pembangkang...kita tgok sapa lebih power. Keguaner".

(DUN di Terengganu skrg 17 (BN) - 15 (PR), kalau dua org sokong PR keluar BN.... Jeng greng BN di Terengganu)

MB Adnan Yaakob:
"Awok jangan cari pasal Najib... Awok tukor koi.. Makanya PRU14 awok tak merasalah tanding di Parlimen Pekan... Goner gamok?".

(Adnan amat disukai Sultan Pahang dan Najib pula Ahli Parlimen Pekan. Jika tuanku tak berkenan pertukaran Adnan makanya mahu Najib bertanding di parlimen dlm Kuala Lumpur?).

Inilah DUA PENGHALANG UTAMA kenapa dua2 MB ini pasti akan dikekalkan sehingga PRU akan datang. Maka kempunanlah mana2 pemimpin yg mahu ambik alih jawapan penting itu sebenarnya.

[Sekadar gurauan, mungkin juga kenyataan]

Read more »

Pendedahan Terbuka Isu CMK Di Halau Di Hari Pengundian


Masih ramai yang tidak tahu dan salah faham mengenai kehadiran sy ke Pemilihan PKR Cabang Kuantan baru-baru ini. Terutamanya ketika sy dihalau semasa mahu mendaftar nama untuk membuang undi. Seronoknya sy dihalau oleh calon yg bertanding dan didiamkan oleh Pegawai Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yg bertugas. Surat bantahan telah dihantar kpd JPP, tp tidak dpt dipastikan apakah siasatan sudah dijalankan dan ia telus dan adil untuk semua atau seperti pemilihan 2010 yang lalu agaknya




 Pegawai JPP (gambar foto paper Cina) hanya menunjukkan keratan Utusan Malaysia bertarikh 27 Nov 2011 ttg laporan sy keluar dr PKR. Walhal berita itu adalah FITNAH dan sy telah menfailkan tindakan saman terhadap Utusan atas artikel berkenaan.

Sy mengundur diri secara rasmi dr PKR pada 11 Februari 3011 (11.2.11). Sidang media telah dibuat dan sy dimaklumkan oleh PKR Pahang bahawa surat pemecatan akan dihantar segera. Namun selepas tiga tahun, jangankan surat pemecatan dr PKR Pusat, malah surat dari cabang pun tidak diterima.

NAMA MASIH TERSENARAI SEBAGAI AHLI PKR YANG SAH

Maka pada awal bulan April 2014, sy dihubungi oleh shbt PKR yg bertanya adakah sy masih layak mengundi. Sy maklum sudah bersara, dia tanya ada dapat surat rasmi atau tidak dari parti?. Jika tiada maka dia akan semak nama dengan menggunakan SMS kad pengenalan saya 710525065197. Sungguh mengejutkan nama sy masih ada dalam PKR selepas tiga tahun berehat. Maknanya sy masih AHLI YANG SAH SERTA LAYAK MENGUNDI.. Malah, semakan nama pada Buku Daftar Pemilih yang sah juga mendapati nama saya masih ada. Ini bermakna sy masih layak mengundi berdasarkan undang dan perlembagaan parti. Malah mengikut undang2 ROS, juga ada menyatakan mana2 ahli layak mengundi jika nama mereka berdaftar secara sah dalam buku daftar pemilih.




Lantaran itu sy hadir semasa pemilihan PKR Cabang Kuantan, dgn niat untuk membuang undi (mungkin buat kali terakhir), tetapi hasrat itu telah dihalang oleh individu yg juga calon Ketua Cabang Kuantan dan bukannya Pegawai JPP yg berkenaan. Alasan diberikan, sy sudah keluar dari PKR dan beliau kemudian mengatakan cabang Kuantan sudah terima surat rasmi bahawa sy sudah dipecat dari PKR bertarikh 14 April 2014. Alasannya sy bertanding sebagai calon bebas pada PRU13, di DUN Semambu.

SURAT PEMECATAN TAK RELEVAN

Persoalannya, kenapa surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution itu MASIH PANAS dan dikeluarkan ketika kerancakan pemilihan PKR?. Kenapa surat itu tiada salinan kepada saya dan pejabat PKR Pahang sendiri. Surat tersebut hanya dihantar kpd Ketua Cabang Kuantan dan salinan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). Surat yang dibuat secara tergesa2, itu jelas sekali untuk menutup kelemahan, sedangkan faktanya nama saya termaktub secara sah dalam Buku Daftar Pemilih 2014 yg dipamerkan.





Malah sy turut mempertikaikan dalam surat tersebut mengatakan sy dipecat kerana bertanding bebas, sedangkan ketika sy menyertai PRU13 memang sy sudah undur diri dari parti dan bergerak sebagai aktivis bebas pro rakyat bersama NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara). Kenapa surat tidak dihantar tiga tahun lalu (2011). Kenapa tergesa2 ketika pemilihan PKR berjalan?. Sepatutnya keputusan pemecatan dan surat tersebut terbatal sebab dibuat tanpa melalui prosedur yang dibenarkan (sebelum nama digazetkan dalam buku daftar pemilih 2014)

Bersambung/-

Read more »

Pemilihan PKR: Ahli Sah Masuk MIC/UMNO Pun Boleh Undi !


Oleh kerana ramai shbt2 PKR menghentam dan mengutuk saya kerana tindakan mahu hadir untuk membuang undi ke pemilihan PKR 2014 baru2 ini, sedangkan jelas nama saya termaktub dalam Buku Daftar Pemilih PKR.. maka disini saya nak bertanya kenapa PKR benarkan bekas Timbalan Ketua Cabang PKR Indera Mahkota iaitu saudara Ramesh Kristal dibenarkan mengundi, sedangkan beliau dengan jelas telah umum keluar PKR dan menyertai MIC,,, berita berkenaan disiarkan dalam banyak media.... Kenapa Ketua Cabang Indera Mahkota tidak menghalau beliau seperti Fuziah menghalau saya? Sedangkan saya berehat dari PKR dan tidak sertai mana2 parti politik selepas itu dan hanya bergerak bebas bersama NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara).



Apakah PKR ada dua undang2 yg berbeza?. Kenapa DOUBLE STANDARD? apa komen shbt2... Malah ada bukti bekas Ketua Wanita Indera Mahkota yang sudah masuk UMNO juga mengundi di cabang tersebu? Harap Saifuddin Nasution memantau perkara ini dengan profesional.. Di mana keadilan yg mahu diperjuangankan?

Read more »

Exco Pahang Buat Promosi Percuma NGO Angkara Di Facebook


Nampaknya NGO Angkatan Pembela Rakyat semakin diberi perhatian oleh semua pihak... Siap ada Exco Kerajaan Negeri Pahang tolong promosi lg kat wall facebook dia... Tkasihlah yer termasuk juga yg buat komen... walau pun pedas dan panas kita terima sebagai lumrah perjuangan. Tak tegur salah ditegur salah, semua jadi serba salah... habis tu nak biarkan jer pemimpin yg gagal menunaikan tanggungjawab kepada rakyat?. Angkara tidak bernaung dibawah mana2 parti politik, kita bergerak bebas pro-rakyat. Dengan promosi percuma, maka semakin lantang Angkara akan terus bersuara di alam maya.. terima kasih semua..

Yang sedap tu siap kata Angkara diwujudkan sebab meroyan nak jadi wakil rakyat hehehehe.... padahal Angkara adalah NGO Pro Rakyat... Apapun perjuangan Angkara untuk memantau isu2 rakyat akan tetap diteruskan di Bumi Pahang Darul Makmur yang tercinta ini. AMIN

Maka dengan ini Pages Angkara secara rasminya dilancarkan, berbagai isu rakyat akan dipaparkan disini untuk penilaian dan perhatian semua... sila LIKEhttps://www.facebook.com/pages/Angkatan-Pembela-Rakyat/535130676583657

Read more »

Hiburan: Penganjur Midtown Esplanade Kuantan Langgar Peraturan, Pihak Berkuasa Di Minta Segera Bertindak !!


Penganjuran Mid Town Esplanade oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), berjaya meningkatkan sumber ekonomi usahawan terutamanya orang Melayu. Aktiviti yang dijalankan setiap hari Jumaat hingga Ahad itu telah berjaya menarik perhatian para pelancong dari dalam dan luar negara.

Namun, mutakhir ini banyak rungutan daripada orang ramai terhadap aktiviti tersebut telah dilaporkan. Antaranya ialah aktiviti hiburan (karaoke) yang melanggar syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Perbandaran Kuantan).

Pihak penganjur dipercayai telah membiarkan aktiviti hiburan sehingga melewati tempoh yang dibenarkan. Malah pemantauan pihak kami mendapati aktiviti tersebut berlarutan sehingga ke jam 1.15  pagi tadi (2 Mei 2014). Tindakan ini jelas bercanggah dengan syarat permit hiburan yang menghadkan semua aktiviti dihentikan menjelang jam 12.00 tengah malam.



Lebih mengejutkan perkara itu seolah-olah ditutup sebelah mata oleh pihak berkuasa, sedangkan lokasi acara terbabit ditepi jalan utama memasuki bandar Kuantan.

Malah, tambah mendukacitakan acara hiburan itu diadakan berhadapan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Tinjauan kami dari tingkat 3-8 hospital terbabit, bunyi muzik jelas kedengaran dengan kuat sekali. Ia memang mengganggu "privacy" para pesakit di hospital berkenaan sebenarnya.



Tambah menyedihkan, lokasi tersebut juga terletak berhampiran sebuah tanah perkuburan Islam (lama) di kawasan itu.

Kami juga mengecam pihak penganjur yang meneruskan aktiviti hiburan walau pun malam tadi ialah malam Jumaat (2 Mei), bertembung pula dengan acara berunsur Islamik yang sedang diadakan di perkarangan Masjid Sultan Hj.Ahmad Shah sekarang ini. Soalnya, kenapa pihak penganjur tidak cakna perkara ini dan membiarkan aktiviti tersebut diadakan pada malam Jumaat yang penuh dengan keberkatan ini.

Justeru, kami tidak teragak-agak akan membuat laporan polis jika aktiviti tersebut masih diteruskan. Isu ini juga akan dibawa kepada pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) untuk diambil tindakan sewajarnya.

Semoga semua pihak dapat menghormati privacy orang lain (pesakit), jangan hanya berseronok dengan hiburan hingga terlupa tanggungjawab sosial yang lainnya. Kami menggesa pihak berkuasa segera memantau perkara ini demi menjaga keharmonian semua pihak. 

Tambahan pula acara hiburan itu diadakan secara terbuka dikawasan terbabit. Apa guna kita ada peraturan jika syarat yang tidak dipatuhi ditutup sebelah mata.

"Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturhaim"

MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
(ANGKARA)


Read more »