SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan Buat Umat Islam Semua



Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan kepada muslimin dan muslimat serta semua sahabat handai dari seantero dunia yang pernah membaca tulisan Blogger Cucumatkilau sejak 1998 hingga sekarang. Semoga beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini. Amin

Read more »

Tiga Tahun Berehat, Kini Masanya Sudah Tiba Untuk Kembali


Ramai shbt yg terkejut dgn keputusan drastik BLOGGER CUCUMATKILAU utk kembali ke arena politik selepas tiga tahun menyepikan diri selama ini (2011-2014). Solanya jika itulah cara utk membela rakyat dlm meneruskan perjuangan nenek moyang maka ia terpaksalah dilakukan.

Soalnya, parti mana yg paling sesuai disertai skrg. Sy keluar dr PKR dan pernah memohon sertai PAS, namun lebih dua tahun berlalu tiada maklumat status keahlian yg diterima setakat ini. Itu tidak menjadi halangan, kerana segalanya berkemungkinan. Boleh kembali kpd PKR atau bersama PAS atau sebaliknya.

Mahu sertai Parti  KITA dan GERAKAN tidak mungkin. Apa yg ada  jika tidak PAS dan PKR ialah kembali kepada parti keramat UMNO dan parti perpaduan DAP sahaja yg layak skrg. Perbincangan lanjut masih dijalankan, jika ada keputusan yg memuaskan maka pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat ini. Pilihan skrg ialah PAS, UMNO, DAP dan PKR sahaja yg masih dipertimbangkan. Mohon pencerahan dan pandangan dr shbt2 yg budiman. AMIN

Read more »

Himpunan Anti Lynas, 16 Peserta Di Tahan Oleh Pihak Polis


KUANTAN: Polis menahan 16 orang termasuk dua wanita kerana mengadakan demonstrasi di hadapan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng dekat sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata kesemua mereka ditahan pada pukul 4.30 petang tadi bila enggan bersurai selepas diarahkan berbuat demikian oleh polis.




"Kira-kira 400 orang mula berkumpul di hadapan kilang Lynas itu pada pukul 1 tengah hari dan arahan kita agar mereka bersurai tidak dihiraukan.

"Kita bagaimanapun tidak menggunakan sebarang kekerasan ketika menahan mereka mengikut Seksyen 143 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh dan berhimpun secara haram," katanya kepada pemberita di sini.





Menurutnya perhimpunan tersebut bertukar menjadi rusuhan apabila polis memberikan mereka tempoh 10 minit untuk bersurai namun tidak diendahkan.



"Polis juga berbincang secara elok dengan Pengerusi Himpunan Hijau namun dia masih berdegil dan tidak mahu bersurai menyebabkan dia dan 15 orang peserta perhimpunan itu ditahan," katanya.

Beliau berkata kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk siasatan lanjut. - Selanjutnya

Read more »

Jom Bantah, Satu Lagi Pusat Perjudian Mahu Di Bina Di Pahang


Berita Sedih Buat Rakyat Pahang Menjelang Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Ayuh Bangkit, Sama-Sama Kita Bantah... Wahai Pejuang Melayu Islam Di Bumi Tok Gajah... Selepas YTL, Berjaya Group Pulak Buat Hal... Tak Cukup Dengan Kasino Genting... Memang Dah Agak Dah Sejak Sekian Lama, Wujudnya Berjaya Hill Resort Di Bukit Tinggi Akan Adanya Kasino Baru Vincent Tan Boleh Untung.. JOM BANTAH !! Info Lanjut Baca Di Sini http://pahangdaily.blogspot.com/2014/06/tan-sri-vincent-tan-rancang-bina-kasino.html [ SEBARKAN ]

Read more »

Seminggu Mandi Sungai Gara-Gara Tiada Air Di Jengka Enam



Sungguh terharu mendengar rintihan sahabat-sahabat yang sedang balik bercuti ke kampung halaman di kawasan Jengka 6 skrg. Mesej 

"Salam CMK. Mohon siasat apa hal dgn masalah ketiadaan air di jengka ni. Aku dah balik seminggu....seminggu xde air..hari2 duk mandi kuala sentul. Kesian peneroka yg buat kenduri cuti ni. Raya dah dekat..masalah ni dah lebih 10 thn tak setel2".

Memang tidak wajar diterima pada zaman moden ini. PAIP yg sudah dikorporatkan sejak setahun yg lalu tapi perkhidmatan masih ditakuk lama, tiada perubahan. Isu air Feda terus menjadi-jadi, kini ramai trauma untuk pulang ke kampung halaman menjelang Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi. Isu yang sudah berlarutan sejak 30-40 tahun lalu kini masih menghantui sebahagian besar warga Jengka. 

Cuma bezanya, mereka tidak dibenarkan menghebahkan isu ini lagi kepada pihak media bagi menjaga imej kerajaan. PAIP tetap tidak berubah walau pun dunia sudah berubah... Sampai bila warga Felda Jengka harus begini. Justeru NGO Angkatan Pembela Rakyatl (ANGKARA) dengan kerjasama NGO Kelab Warisan Anak Felda (KELANA) akan bergabung untuk memainkan isu ini agar ia membuka mata semua pihak untuk lakukan sesuatu. Ramai peneroka sudah meninggal dunia sejak sekian lama, tapi isu air masih gagal diselesaikan. Aapakah wajar di zaman moden ini, mereka terpaksa MANDI SUNGAI lagi gara-gara ketiadaan air, bukan sehari tetapi seminggu...

Edisi siasat seterusnya menyusul. A N G K A R A + K E L A N A

Read more »

Tahniah Pahang Syabas Felda, Kalah Menang Adat Pertandingan


MENANG KALAH ADAT PERTANDINGAN, APA YG PENTING SKIL PEMAINAN FELDA UNITED MMG TERBAIKLAH. CUMA NASIB TIDAK MENYEBELAHI KITA. APAPUN, CUBA LAGI DILAIN KESEMPATAN. PERJUANGAN FELDA TIADA KESUDAHAN. 



INI HANYA SATU PERMULAAN. TAHNIAH BUAT PAHANG, SYABAS BUAT FELDA UNITED. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA....



Bersama para penyokong FELDA UNITED FC, dlm perjalanan konvoi ke Stadium Shah Alam. Terpaksa ikut LEBUHRAYA UTARA SELATAN (PLUS) sbb LEBUHRAYA PANTAI TIMUR (LPT) telah dikuasai oleh penyokong Skuad Tok Gajah.... HIDUP FELDA, FELDA JUARA... Kami Warisan Anak Felda tetap bersamamu....

Read more »

Kelab "Warisan Anak Felda Di Perantauan" Bakal Di Lancarkan


Anda Adalah Dipelawa Sertai KELAB WARISAN ANAK FELDA (KELANA) Yang Bakal Di Tubuhkan Untuk Menjadi Wadah Perjuangan Kita Yang Sudah Lama Terputus Hubungan Dengan Aktiviti Di Felda Tempat Kita Membesar Sejak Sekian Lama. Komuniti Untuk Kita Berkongsi Segala Kenangan Manis Dan Memori Ketika Berada Di Tanah Rancangan Felda. 

Kelab Ini Wujud Bagi Mengembalikan Semula Jati Diri Anak Cucu Kita Nanti Agar Tidak Lupa Aasal Usul Mereka Dan Senantiasa Ingat Bahawa Mereka Adalah "Warisan Anak Peneroka Felda". Berbagai Aktiviti Kebajikan Dan Sosial Akan Di Rancang Untuk Memberi Peluang Kepada Anak-Anak Felda Di Perantauan Dapat Menyumbangkan Jasa Dan Tenaga Mereka Kepada Warga Felda Biar Pun Di Mana Anda Berada Sekarang, Dan Siapa Anda Sekarang.

Asalkan Anda Dulu Pernah Menoreh Getah, Cop Kelapa Sawit Dan Bergelumang Dengan Nyamuk, Pacat Dan Sebagainya. Maka Anda Layak Menyertai Kelab Ini. Jangan Biarkan Anak Cucu Anda Lupa Asal Usul Nenek Moyang Mereka. Felda Tetap Di Hati, "Di Mana Bumi Di Pijak, Di Situ Langit Di Junjung"

Jika Berminat Sila Sertai Kami di https://www.facebook.com/pages/Kelab-Warisan-Anak-Felda/653914291352612?sk=info Untuk Tindakan Selanjutnya 

Read more »