SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Rahsia Besar Di Sebalik Agenda Tukar MB Selangor Siri I


Susulan kemelut politik Pakatan Rakyat yang kian meruncing di Selangor sekarang maka saya terpanggil untuk membuat satu pendedahan panas kenapa semua ini harus berlaku. Saya tinggakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Pemilihan 2010, gara-gara tidak bersetuju dengan sesetengah pemimpin yang dilihat menggunakan kuasa veto untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.  

Demokrasi dalam parti hancur, apabila amalan politik wang dan fitnah melampau digunakan hingga membawa kepada calon Timbalan Presiden iaitu Datuk Zahid Ibrahim akhirnya tarik diri dan tinggalkan parti. Umum melihat Zaid dibeli oleh UMNO. Tapi, mana mungkin dia boleh dibeli kerana Zaid adaah satu-satu menteri kabinet yang rela undur diri ketika masih pegang jawatannya. Maknya Zaid rela tinggalkan berbagai keistimewaan sebagai menteri gara-gara tidak selari dengan udang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain dari Zaid tidak ramai pemimpin UMNO yang rela tinggakan jawatan semasa berkuasa. Kebanyakan daripada mereka kembali kepada rakyat selepas dipecat, tewas, dipinggirkan atau melihat tiada lagi ruang untuk naik dalam parti. 



Saya adalah salah bekas seorang calon PKR yang keluar parti namun tidak menyertai mana-mana parti politik selepas itu. Pernah cuba memohon sertai PAS, namun akibat masalah teknikal permohonan gagal diproses dan tergantung sehingga ke hari ini. Kini saya lebih reka bergerak secara bebas dalam membela dan membangkitkan isu-isu rakyat di Pahang khasnya dan di Malaysia amnya menerusi NGO yang saya tubuhkan iaitu Angkatan Pembela Rakyat (Angkara).  Antara punca utama saya undur diri dari PKR dulu juga kerana krisis pemilihan yang dilihat banyak penyelewengan dan penipuan. 

Saya tidak sehebat Chegubard yang terus melawan dari dalam, kerana saya merupakan seorang Blogger ketika itu. Maka keputusan diambil untuk berundur walau pun amat sedih kerana saya telah berjuang bersama KeADILan sejak era Reformasi 1998 lagi. Semua tersurat, tuduhan saya khianat tidak timbul kerana saya tidak menyertai UMNO sebaliknya keluar kerana tidak tahan dengan pengkhianatan yang berlaku dalam parti sendiri. Saya masih sayangkan PKR, namun ruang sudah ditutup rapat-rapat oleh kepimpinan parti untuk menghalang saya kembali.



Maka itulah, saya teruskan perjuangan rakyat dalam landasan yang berbeza dari luang kepompon kepartian. Dalam masa yang sama saya masih terus aktif menulis dalam laman sembang sosial termasuk dalam blog peribadi saya (www.cucumatkilau.blogspot.com). Walau pun bergerak bebas, namun hubungan saya dengan pemimpin politik di Pahang tetap akrab seperti biasa baik dari Pakatan Rakyat mahu pun Barisan Nasional. Bagi saya, hidup ini perlu diteruskan walau dalam apa jua cara sekali pun, terutamanya dalam hal ehwal memperjuangkan nasib rakyat marhaen itu sendiri.

Polemik Politik Di Selangor Semakin Membimbangkan

Saya tertarik untuk membicarakan kemelut yang melanda kepimpinan Pakatan Rakyat terutamanya PKR di Negeri Selangor yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Awalnya saya mengambil sikap berdiam diri, namun sampai ke satu tahap saya perlu mendedahkan beberapa perkara yang rakyat tidak tahu, malahan pimpina politik juga tidak tahu. Saya boleh bersuara kerana saya terlibat secara tidak langsung dengan kesemua pihak yang bertelagah ini sebenarnya termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali. 


Saya hadir ke program kempen mereka di Hotel MS Garden, Kuantan (Tan Sri Khalid) dan Hotel Shahzan Inn, Kuantan (Azmin Ali) beberapa hari selepas itu. Tindakan saya ini adalah kerena melihat polimik politik yang berlaku di Selangor sekarang ini sampai ke tahap kritikal dan cukup membimbangkang. Tambahan pula bila melibatkan pula kempimpinan PAS, yang sebenarnya memang sejak dari awal tidak bersetuju dengan usaha untuk menukarkan Menteri Besar Seangor itu sebenarnya. 

Kempen Pemilihan 2014 Serlahkan Kepincangan

Saya dapat melihat dengan jelas kempen kedua-dua belah pihak dalam mempertahankan prinsip perjuangan masing-masing, gara-gara mahu mencapai kemenangan dalam perubatan jawatan Timbalan Presiden PKR yang ketika itu masih awal (minggu pertama). Saya mendengar dengan jelas apa yang diperkatakan oleh Tan Sri Khalid.


Manakala, Azmin tidak hadir pada programmnya dan diwakilkan kepada orang kanan beliau iaatu YB Zuraida Kamaruddin (Calon Ketua Wanita) dan Saudara Zakaria Abd Hamid (Calon MPP). Tan Sri Khalid pula hadir bersama YB Rodziah Ismail (Calon Ketua Wanita). 


Secara kesimpulannya saya dapat melihat dengan jelas sikap dan isu yang dimainkan oleh mereka. Isu pertama ialah persoalan tentang "Kajang Move" yang mana awal-awal lagi saya melihat ia adalah tidak relevan kerana memperjudikan nasib rakyat hanya untuk melempiaskan nafsu politik pihak tertentu. 


Saya terkejut mendengar penjelasan daripada bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh (foto) bahawa sebenarnya perletakkan jawatan beliau sebenarnya memang telah dirancang oleh pimpinan PKR sendiri iaitu Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin. Beliau membuat pengakuan di hadapan khalayak ramai bahawa dua minggu sebelum dia letak jawatan, Zuraida ada berjumpa dengannya agar berbuat demikian. Lee berucap ketika berkempen untuk Azmin di Hotel Shahzan Inn ketika itu. 

Kajang Move: Memang Agenda Tukar MB Sebenarnya

Penjelasan Lee itu bermakna, "Kajang  Move" bukanlah agenda besar untuk merubah Putrajaya tetapi sebaliknya mahu ubah MB Selangor. Namun ia dinafikan oleh ramai pimpinan PKR dalam beberapa sidang media selepas itu. Mereka mendakwa ia tiada kaitan dengan pertukaran Menteri Besar Selangor. 

Namun, akhirnya "Kajang Move" gagal bila Anwar diumumkan tidak dapat bertanding akibat kes mahkamahnya. PKR kemudian menukarkan calon PRK DUN Kajang kepada Presiden parti iaitu Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail. Kak Wan menang dengan majoriti besar dan ini menyebabkan beliau terpaksa menjadi Wakil Rakyat, sedangkan semasa melepaskan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding 2008 dulu beliau mengatakan dia mahu berehat dan tumpukan perhatian kepada anak cucu.  


Malah, Azizah juga turut memaklumkan dia mengambil tugas Anwar ketika dia di penjara dan bila Anwar bebas tugas itu perlu diberikan kepada Anwar semula. Kajang Move dilihat berhadapan dengan liku-liku kegagalan apabila Azizah dan bukan Anwar yang bertanding. Ini menyebabkan kumpulan Azmin serba salah dan kecewa. Tambahan pula Azizah dilihat proksi kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri sebenarnya. Hasrat untuk menghantar Anwar menjadi MB ternyata gagal kerana Azizah.

Kajang Move: Anwar Belakangkan Sekutunya PAS

Saya sempat hadir ke satu program yang melibatkan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Temerloh, YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi di PUTIK, Peramu, Kuantan. Pada majlis itu Ketua Penerangan PKR, Razali Alias bercakap bagi pihak PKR. Razali mempertahankan agenda "Kajang  Move" sedangkan Ustaz Nasharuddin mendedahkan PAS tidak mencapai kata putus untuk isu itu. 

Anwar katanya mengadakan pertemuan dengan beberapa orang pimpinan tertinggi PAS di rumah beliau hanya untuk memaklumkan kerusi DUN Kajang mahu dikosongkan, bagi memberi laluan beliau menjadi MB. Ia tidak dipersetujui sebenarnya oleh pemimpin PAS yang melihat Tan Sri Khalid masih wajar dikekalkan dan hal pertukaran MB tidak perlu wujud dengan "Kajang Move". 

Di media, memang benar pimpinan PKR mengatakan PRK Kajang bukan untuk tukar MB. Masing-masing bersandiwara kepada rakyat. PKR membelakangkan rakan sekutunya PAS, sedangkan PAS meminta tempoh untuk adakan perbincangan sebelum bersetuju atau tidak. Anwar begitu berani dengan tindakannya hingga tidak mendengar pandangan pemimpin PAS. Apapun, PAS tetap turun berkempen untuk calon Pakatan Rakyat walau pun ada yang "boikot" Pilihanraya Kecil DUN Kajang itu sebenarnya. 

Azmin Serang Hendap, Tan Sri Khalid Cepat Bertindak

Kegagalan menghantar Anwar menggantikan Tan Sri Khalid amat mengecewakan kumpulan Azmin Ali. Maka, mereka rancang berbagai helah untuk memastikan MB dimalukan. Tan Sri Khalid mungkin menyedari perkara itu dan akhirnya tidak menyambut kontrak Azmin dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Walau pun beliau nafikan terlibat atas penamatan kontrak Azmin, namun umum mengetahui dia adalah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya dengan PKNS, kerana ia adalah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor sendiri. 

Tindakan Tan Sri Khalid menyebabkan api kemarahan membuak-buak sehinggalah pemilihan PKR 2014 berlangsung. Tan Sri Khalid dengan berani menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Ini menggerunkan Azmin dan beliau terpaksa mencari jalan untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid. Seperti pemilihan 2010, majoriti petugas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) adalah terdiri daripada penyokong Azmin. 


Sebab itu kita tidak hairan dulu apabila berlaku kekecohan pasti di cabang orang Azmin kalah. Ia bagi tujuan pemilihan diadakan semula. Kali ini lebih teruk kerana Azmin perlu menang, jika dia kalah maka  masa depan politiknya akan hancur. Azmin sepatutnya bertanding jawatan Presiden PKR menentang Wan Azizah. Namun, Anwar bermain "magic" dengan mengumumkan untuk bertanding. Semua itu adalah helah supaya Azmin tidak lawan Azizah. Azmin hormati Anwar sebagai ketuanya. Maka, Azmin perlu menang jawatan Timbalan Presiden. Jika tidak, nasib beliau lebih parah.

Pemilihan PKR 2014, Lambang Keadilan Yang Pincang

Dalam episod drama pemilihan ini terlalu banyak adengan memualkan telah disajikan. Banyak pendedahan dibuat dengan bukti kukuh tentang isu rasuah, blackout, tipu undi dan sebagainya dilaporkan di sana sini. Kekecohan beraku di tempat orang Azmin kalah. Trend menggunakan "samseng" dibuat sekali lagi bagi memastikan beliau menang. 

Tan Sri Khalid dilihat menjadi mangsa. Namun beliau beruntung kerana masih ada jawatan "Menteri Besar", menyebabkan dia bertahan. Berbeza dengan Zaid Ibrahim dulu. Dia tidak tahan lagi dengan penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan. Akhirnya Zaid tarik diri. Tapi tidak Tan Sri Khalid, dia terus lawan dan tetap lawan. 

Namun, akhirnya beliau tumbang kepada proksi Azmin S.Manikavasagam bagi jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor pada pemilihan kali ini.  Dalam masa yang sama, banyak cabang terpaksa adakan pemilihan semula akibat masalah dalaman yang dilaporkan di sana sini. JPP lebih teruk daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang selama ini ditodoh bersekongkol dengan BN. 

Rupanya JPP bersekongkol dengan pemimpin tertentu dalam PKR. Menipu ahli sendiri untuk pastikan pemimpin tertentu menang. Pemilihan PKR 2014 menjadi lambang keadilan yang pincang sebenarnya. Kekalahan Khalid dijadikan alasan kenapa beliau harus letakkan jawatan Menteri Besar. Khalid tidak mempunyai jawatan di peringkat negeri, kerana Pengerusi PKR Selangor ialah Azmin Ali.

Serangan Di Perhebatkan, Ramai Ahli Parti Yang Di Gantung

Keadaan mendesak, hingga wujudnya serangan demi serangan terhadap kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim oleh orang-orang Azmin. Dalam masa yang sama aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrim yang banyak mendedahkan kepincangan pemilihan PKR telah dihukum penggantungan keahlian PKR. Azmin terselamat dengan tindakan tersebut kerana tiada siapa lagi berani menyerang beliau selepas itu. 

Ramai yang cuba  bersuaran akhirnya dipecat daripada parti, hingga ada yang mengambil tindakan untuk menyaman pemimpin tertentu gara-gara tidak berpuas hati. Sementara itu, alasan Tan Sri Khalid kalah bertanding Ketua Cabang dijadikan penyebab beliau wajar lepaskan jawatan. Walhal, beliau mendapat sokongan majoriti cabang-cabang di Selangor bagi kerusi Timbalan Presiden PKR itu sendiri sebenarnya. Inilah yang menimbulkan masalah kepada sebahagian besar rakyat dan penyokong yang tidak tahu menahu akal hal sebenar. 

Anwar Panaskan Keadaan, Namakan Wan Azizah Ganti Khalid

Desakan agar Tan Sri Khalid semakin kuat menjelang Bulan Ramadhan. Dalam masa yang sama Anwar masuk campur dan akhirnya menamakan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Walau pun asasnya rakyat melihat ia lebih baik dari melantik Azmin Ali, namun hakikatnya Pakatan Rakyat itu sendiri tidak dapat menerima agenda perubahan "Kajang Move" diteruskan tatkala Tan Sri Khalid berjaya membangunkan Selangor dengan baik sejak memegang jawatan MB dulu. Sama ada cemburu atau iri hati, rakyat melihat isu ini hanyalah hal dalaman PKR semata-mata. 


Namun kita ia telah melibatkan Presiden PAS sendiri, Dato' Seri Hj.Abd Hadi Awang. Malah terbaru, Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat juga terpaksa campurtangan. Kedua-dua pemimpin ini mahu Tan Sri Khalid dikekalkan berdasarkan prestasinya dan tidak terbukti dia khianat kepada parti. Rakyat makin keliru apabila Anwar dalam pertemuan dengan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat daripada DAP dan PAS sebelum itu mendakwa PAS bersetuju untuk tukarkan Tan Sri Khalid.

 Namun, akhirnya perkara itu dinafikan oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa mereka bersetuju untuk membawa perkara itu bagi dibincangkan ke peringkat tertinggi parti. Kini kemelut makin parah dan rakyat melihat barah mula melanda. Ramai penyokong PAS semakin benci dengan PKR. Malah mereka bersedia dalam apa jua keadaan sekali pun jika PAS tinggalkan Pakatan Rakyat. Persoalannya, apakah yang menjadi punca Tan Sri Khalid wajar dijatuhkan atau mahu dijatuhkan dari kerusi Menteri Besar?. Inilah yang menimbulkan kekeliruan kepada rakyat Selangor sekarang. Bagi Mereka Tan Sri Khalid sudah memberi khidmat yang terbaik dan kenapa beliau perlu diturunkan?. 

Kenapa Tiba-Tiba PKR Mahu Buang Tan Sri Khalid Ibrahim

Umum terkejut dengan serangan bertalu-talu  oleh parti sendiri terhadap kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Serangan bertambah parah apabila beliau "tewas mengejut" dalam perubatan jawatan Ketua Cabang. Persoalan yang bermain dikalangan rakyat dan para pemimpin PAS sekarang ialah kenapa Tan Sri Khalid mahu ditukarkan, sedangkan beliau menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik selama memimpin Kerajaan Negeri Selangor. 


Inilah rahsia yang tidak pernah didedahkan oleh mana-mana pemimpin PKR,, hatta Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya. Maka itulah, rakyat peringkat akar umbi hairan dan pelik dengan apa yang berlaku. MB yang bagus dan terbaik mahu digantikan dengan pemimpin lain yang belum tentu prestasinya. Tambahan pula mahu digantikan dengan Wan Azizah yang selama ini dilihat gagal memainkan peranan penting sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya. Bukti hujjah ini, banyak program roadshow ceramah, sidang media atau mesyuarat penting dikendalikan oleh Anwar Ibrahim sendiri. 

Malah, jarang sekali kita melihat Azizah tampil memberi pandangan atau  memperjelaskan sesuatu isu kepada rakyat. Benarlah kata Zaid Ibrahim bahawa Wan Azizah adalah "Presiden yang tiada fungsi" gara-gara dibayangi Anwar. Maka itu, mana mungkin Wan Azizah boleh diangkat jadi MB Selangor dalam keadaan jawatanya dalam parti sendiri pun tidak jelas. Beliau selamat apabila Anwar mengacah bertanding Presiden PKR pada pemilihan parti baru-baru ini. Tujuan Anwar supaya Azmin tak kacau daun. Anwar berjaya dan Azmin akhirnya terpaksa tanding Timbalan Presiden. Anwar kemudian tarik diri. Inilah permainan politik sebenarnya.

Ramai pemimpin PAS dan DAP termasuk ahli akar umbi yang tidak tau kisah sebenar isu ini. Bagi mereka, hak Anwar untuk tukar MB kerana dia Ketua Umum PKR. Namun, dalam masa yang sama mereka lupa Tan Sri Khalid itu dipersetujui jadi MB oleh rakan Pakatan Rakyat PKR iaitu DAP dan PAS. Maka, setiap tindakan perlu mengambil kira semua pihak. Sudahlah "Kajang Move" Anwar belakangkan PAS. Kali ini beliau gunakan pengaruhnya pula untuk paksa PAS dan DAP terima hasrat calonkan Wan Azizah jadi MB. Apa motif Anwar sebenarnya beriya-iya mahu melantik isterinya pula jadi MB Selangor. Sedangkan Tan Sri Khalid adalah pemimpin tersohor yang pernah menang anugerah Tokoh Usahawan satu ketika dulu. Ramai yang pasti terkejut kenapa Tan Sri Khalid mahu diterajang?. 

BACA SELANJUTNYA SIRI II ...

Read more »

Rahsia Besar Di Sebalik Agenda Tukar MB Selangor Siri II


Persoalan besar yang timbul dikalangan rakyat marhaen sekarang ialah kenapa Tan Sri Khalid Ibrahim perlu ditukarkan?. Apakah kewajarannya dan kenapa tidak boleh tunggu sehingga habis penggal?. Ini yang mencurgikan ramai pihak sebenarnya. Mereka tertanya-tanya, kenapa Menteri Besar Selangor yang berkhidmat dengan cemerlang dan terbaik itu mahu ditukarkan?. Paling mengejutkan bila mana Anwar menamakan Wan Azizah pengganti beliau. Sebelum ini heboh diperkatakan Azmin Ali akan menggantikan Khalid. 

Anwar sekali lagi bermain dengan "politica magic" bila mana berjaya menggagalkan cubaan Azmin. Sebelum ini Anwar telah gagalkan cubaan Azmin untuk lawan Azizah bagi kerusi Presiden PKR. Sekali ini, beliau gagakan Azmin dalam cubaan merampas kerusi MB daripada Khalid. Namun, bagi Azmin mungkin itu tidak menjadi halangan kerana beliau boleh terima sesiapa sahaja asalkan bukan Tan Sri Khalid Ibrahim. Persoalannya, kenapa ada pihak bertindak seemikian rupa?.

Sandiwara Kajang Move Ciptaan Anwar Mula Terbongkar

Ketika Pilihanraya Kecil DUN Kajang baru-baru ini Anwar mengumumkan  bahawa dalam PKR tidak ada krisis sebenarnya. Isu antara Khalid dan Azmin adalah isu terpencil. Mereka berdua akhirnya dilihat berada satu pentas yang sama. Rakyat melihat itu hanya sandiwara, namun ia dinafikan. Namun, selepas PRK Kajang ternyata hubungan Azmin dan Khalid amat panas dan menanti belah. Kekuatan Khalid berbeza dengan Zaid biarpun mereka berdua anak "Ibrahim". Zaid tiada jawatan utama lain seperti Khalid. 




Maka itu dia gagal bertahan untuk membendung kemaraan Azmin Ali. Namun, tidak Khalid, dia berjaya berhadapan dengan Azmin secara "anak jantan". Inilah hasilnya, beliau tidak akan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor sewenang-wenangnya tanpa ada alasan kukuh dan gagal mematuhi undang-undang tubuh negeri. Baginya jawatan itu diperkenankan oleh Pakatan Rakyat dan bukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semata-mata. 

Soalnya, siapa yang bersalah dalam hal ini?. Inilah yang rakyat tidak tahu sejak sekian lama. Rakyat disajikan dengan adengan perbalahan yang pasti akan melemahkan sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat terutamanya PKR pada pilihanraya umum akan datang. Maka itu, baca selanjutnya dan saya akan terangkan dengan terperinci kenapa ini berlaku.

Khalid Hebat Di Mata Rakyat, Tetapi Tidak Lagi Kepada PKR

Kehebatan Tan Sri Khalid hanyalah kepada rakyat Selangor sebenarnya. Beliau berjaya melakukan banyak perubahan untuk rakyat dengan menyediakan berbagai kebajikan untuk rakyat Selangor. Namun sebenarnya itu tidak cukup untuk politik. Khalid dilihat memimpin Selangor umpama mengendalikan sebuah "Syarikat".

Umum sedia maklum beliau memangnya tokoh korporat yang terkenal sebelum terjebak ke dunia politik. Namun, dalam politik itu tidak cukup untuk menjamin kekuatannya. Sebagai MB dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Khalid dilihat lupa daratan. Banyak tindakan beliau didapati membelakangkan parti itu sendiri. Terkini, keputusan menandatangani MOU air dengan kerajaan pusat baru-baru ini. 

Khalid bukan sahaja tidak membawa isu itu kepada Pakatan Rakyat, malahan Anwar sendiri sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Tindakan ini dilihat jelas sekali membelakangkan kepentingan parti. Khalid lupa bahawa beliau menjadi Menteri Besar atas kapasiti ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Jika bukan PKR dia tidak mungkin boleh berada di kerusi itu.  Awalnya, memang Khalid disayangi dan disanjung, namun selepas dia membelakangkan Anwar dan PKR sendiri maka dia sudah mencipta bibit-bibit permusuhan dengan kepimpinan parti itu sebenarnya. Inilah yang harus disedari oleh rakyat. Khalid memang hebat di mata rakyat tetapi tidak lagi kepada PKR itu sendiri.

Khalid Di Dakwa Uruskan Negeri Umpama Sebuah Syarikat

Ramai pemimpin PKR termasuk kumpulan Azmin sebenarnya tidak suka Khalid uruskan negeri Selangor umpama sebuah syarikat. Beliau adalah ahli politik sekarang, maka sepatutnya dia perlu faham apa itu politik. Tindakan Khalid yang mengatur perancangan dan pembangunan negeri umpama ketika dia bergelar tokoh korporat mula tidak disenangi oleh orang-orang Azmin, terutamanya mereka yang memerlukan dana untuk membantu rakyat. Bagi mereka "Apa guna ada pokok yang rendang tetapi tidak boleh menumpang teduh". Maknanya, apa guna PKR mempunyai seorang Menteri Besar di negeri kaya seperti Selangor Darul Ehsan, tetapi parti itu sendiri "kering kontang".




 Malah, ramai wakil rakyat yang terpaksa mengharapkan sumbangan daripada pihak lain untuk menguruskan kawasan masing-masing. Mereka kecewa kerana Khalid tidak langsung memberi ruang kepada proksi mereka untuk mendapat sedikit projek di Selangor. Bagi mereka dengan adanya projeklah baru boleh mengisi tabung dana DUN masing-masing. Mereka tidak tahan lagi hanya mengharapkan duit gaji dan elaun wakil rakyat untuk bekerja. Perkara ini tidak berlaku di negeri lain sebenarnya, hatta di Kelantan dan Pulau Pinang yang dipimpin oleh PAS dan DAP. Ada cara wang disalurkan kepada wakil rakyat menerusi projek dan pembangunan yang diadakan di kawasan terbabit. 

Peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor pula bagi mereka hanya cukup untuk seketika sahaja. Mereka perlukan dana untuk menguruskan kehidupan dan rakyat secara lebih efisyen. Senario ini amat berbeza kepada wakil rakyat BN di negeri yang ditadbir oleh UMNO BN. Setiap wakil rakyat pasti ada peluang untuk mencipta ruang projek  menerusi proksi mereka. Sebahagian daripada keuntungan projek itu akan disalurkan kembali kepada wakil rakyat berkenaan. Inilah yang mahu dilakukan oleh sebahagian besar dari kaangan mereka. Sebab itu, Tan Sri Khalid dianggap gagal kerana tidak mahu membantu dalam urusan sebegini.

Khalid Terlalu Berhemah Menguruskan Wang Rakyat

Kehebatan Tan Sri Khalid adalah kerana dia tidak mahu gunakan dana rakyat untuk memperkayakan pemimpin politik terutamanya dari PKR sendiri. Baginya wang rakyat itu ada hak anak yatim dan ibu tunggal. Maka dia kalau boleh mahu bertanggungjawab kepada setiap sen wang yang dibelanjakan. Benar, kata Presiden dan Mursyidul Am PAS bahawa Tan Sri Khalid bertanggungjawab dan tidak khianat kepada rakyat. Namun, sifat ini tidak digemari oleh sesetengah pemimpin PKR. 




Mereka melihat tindakan Khalid menyusahkan diri mereka. Peluang untuk membantu rakan-rakan kontraktor tertutup rapat, kerana Khalid tidak mahu terlibat dengan penyelewengan. Namun dalam masa yang sama mereka juga mendakwa Khalid sebenarnya ada memberi projek kepada proksinya semasa dalam agensi korporat dulu. Khalid berbuat demikian secara senyap dan ia dapat dihidu oleh mereka. Maka itulah mereka tidak mahu Khalid kekal sebagai MB,  kerana sikap Khalid itu mengecewakan mereka. Anwar tidak oleh berbuat apa-apa apabila Azmin menyerang Khalid. 

Ini kerana Anwar lebih percayakan Azmin dari Khalid pada masa ini. Maka itu Anwar rela tukarkan Azmin dengan Wan Azizah jika Khalid dijatuhkan. Khalid perlu ditukar kerana mereka gusar duit berbilion menjadi rizab Kerajaaan Negeri Selangor akan hilang begitu sahaja jika Barisan Nasional (BN) kembali memerintah negeri itu selepas PRU-14. Jalan terbaik ialah tukar Khalid. Sebab itu, Azmin sedaya upaya mencuba dan disokong oleh orang kuatnya. Khalid diserang habis-habisan.

Khalid Tidak Sesuai Jadi Orang Politik Sebenarnya

Bagi para penyokong Azmin Ali, Tan Sri Khalid hanya sesuai berada dalam dunia korporat dan tidak wajar menjadi orang politik. Mereka melihat pada awalnya, memang Khalid berjaya menguruskan negeri Selangor dengan baik. Namun, akibat sikap beliau yang langsung tidak mahu memberi ruang kepada rakan-rakan dalam PKR mendapat apa-apa projek di negeri itu, dia dituduh gagal. Gagal membantu PKR, ramai pemimpin PKR sudah banyak bergolok-gadai untuk meneruskan perjuangan parti. 




Mereka amat harapkan Khalid membantu, setidak-tidaknya memberi apa jua projek kecil-kecilan kepada wakil rakyat PKR agar mereka mempunyai dana yang cukup untuk membantu rakyat. Namun, dek kerana Khalid uruskan Selangor umpama syarikat ternyata beliau berpendapat satu sen pun wang rakyat tidak akan diberi kepada mana-mana pemimpin. Sedangkan dalam masa yang sama tender teruka dibuat dan yang berjaya adalah kontraktor UMNO. Inilah yang menjadi salah satu faktor kemarahan kepada mereka yang menentang Khalid. Sepatutnya Khalid faham dalam politik dia kena bersikap terbuka dan membantu pemimpin parti. 

Mereka mahu berkhidmat dengan baik kepada rakyat. Inilah kelemahan Khalid yang menyebabkan Anwar mahu atau tidak terpaksa menurunkan beliau dengan segera. Jika tunggu sehingga akhir penggal, Anwar mungkin takut Pakatan Rakyat tewas di Selangor dan rizab berbilion ringgit yang disimpan oleh Khalid akhirnya digunakan oleh kerajaan BN andainya mereka menang kelak. Apa jua cara sekali pun Khalid mesti berundur, hatta Wan Azizah dijadikan taruhan.

Siapa Yang Bersalah Sebenarnya Dalam Kemelut Ini?

Segalanya berpunca daripada sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal menangani isu peribadi antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sebenarnya. Jika sejak awal lagi perkara berkaitan isu Menteri Besar ini diselesaikan oleh Anwar maka semua ini tidak akan berlaku. Anwar membiarkan virus itu bertambah parah.. Samalah apa yang berlaku kepada Azmin dan Zaid dulu. 



Anwar dilihat gagal memainkan peranan penting untuk mendamaikan mereka hingga membawa Zaid keluar dari PKR.. Kini terjadi lagi, isu asalnya adalah antara Azmin dan Khalid.. hingga membawa kepada Kajang Move dan kini tukar MB... sedangkan sebelum ini Anwar pernah berjanji untuk menyelesaikan masalah itu.



Di Pahang, pernah berlaku kemelut antara Dato' Fauzi dan Azan Ismail.. Anwar juga gagal menanganinya. Azan kemudian ditendang ke Terengganu ketika  masih bergelar Ahli Parlimen Indera Mahkota... Isu peribadi tak selesai. Inilah yang terjadi antara Khalid dan Azmin... Sepatutnya sebagai Ketua Umum PKR, Anwar perlu membawa Khalid dan Azmin ke meja rundingan empat mata.



Bukannya membiarkan mereka penyokong mereka serang menyerang di media sosial... Lihat apa yang berlaku... Anwar hanya mahu selamatkan keadaan dengan menamakan Wan Azizah untuk tukar Tan Sri Khalid. Itu bukan isunya. Sama juga dengan Kajang Move, Anwar putuskan dulu keputusan sebelum pimpinan PAS yang hadir ke rumahnya membawa isu kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat... Dia dah putuskan untuk arahakan ADUN Kajang letak jawatan.. setuju atau tidak PAS terpaksa terima kenyataan. Inilah yang menyakitkan hati rakan-rakan dalam PAS.



Sekarang, Mat Taib pula tuduh Presiden PAS, Hj.Hadi Awang gopoh sebelum isu MB dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat... Walhal, Anwar dengan berani mendakwa Khalid akan ditukarkan dengan Wan Azizah... Beberapa orang pemimpin PAS termasuk Dato' Tuan Ibrahim Tuan  Man sendiri menafikan mereka sudah sepakat mahu Wan Azizah ganti Khalid.. Bukankah ini bukti Anwar gopoh.. kenapa Mat Taib tak tegur Anwar?. Hj.Hadi ada hak menolak kerana melihat isu pertukaran MB tidak relevan kerana Khalid menjalankan khidmatnya dengan baik dan perlu dikekalkan hingga habis penggal.

Anwar gagal memainkan peranan tiba-tiba mahu Pakatan Rakyat terima Wan Azizah sebagai MB, sedangkan Wan Azizah sebagai Presiden PKR pun gagal berfungsi dengan baik.. semua kerja dibuat oleh Anwar hatta mesyuarat, ceramah, sidang media dan lain-lain lagi.

Mana mungkin Wan Azizah boleh jadi MB jika ini keadaannya. Beliau pasti akan jadi boneka dan Anwar yang jadi MB sebenarnya.. Maknanya di sini Anwar pula yang tamak kuasa mahu jadi MB, Wan Azizah hanyalah bayang-bayang Anwar sahaja sebenarnya.. Maka itu, tidak wajar Rafizi dan Mat Taib menyerang PAS sedangkan wabak penyakit itu adalah dibawa oleh PKR sendiri.

Isu MB: PKR Perlu Bincang Dengan Pimpinan Tertinggi PAS

Isu MB adalah isu besar dan PKR sepatutnya berbincang secara teliti dengan kepimpinan PAS, bukan dengan beberapa kerat pemimpin. Sesiapa pun akan terfikir untuk  keluar dari Pakatan Rakyat jika melihat PKR sudah lari dari matlamat asal penubuhannya. Gemar bergaduh sesama sendiri dan Anwar selaku Ketua Umum parti pula gagal mendamaikan puak-puak yang bergaduh. Mereka ada hak untuk bicara soal ini kerana terlalu kecewa melihat kekecohan isu MB yang ditimbulkan oleh PKR itu sebenarnya.



Tidak perlu sampai diambil sebagai kenyataan rasmi macam yang Rafizi Ramli dakwa. Jika begitu, DAP sebelum ini dengan jelas menolak Hudud... dan sepatutnya PAS juga tidak boleh terima mereka.. namun isu itu diselesaikan secara berhemah.. Tidak perlu Rafizi menuding jari sedemikian rupa atas kapasiti beliau sebagai Pengarah Strategik PKR. Beliau harus melihat kegagalan Anwar menyebabkan virus itu menular akhirnya.

Kenapa Isu Sebenar Kemelut Ini Tidak Di Maklum Kepada PAS

Mana mungkin Anwar mahu memaklumkan isu sebenar yang menjadi punca mereka mahu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim ini kepada PAS. Sudah pasti PAS tidak akan setuju, kerana melihat Khalid adaah seorang Menteri Besar yang bertanggungjawab dan komitmennya terhadap tugas amat jelas sekali. Lantaran itulah bila didiamkan, kekecohan berlaku. 


Inilah yang dikatakan "ditelan mati emak, diluah mati bapak". PKR kini serba tak kena, akhirnya PAS yang dijadikan mangsa. Punca asal ialah pergolakan di dalam PKR, kini terpalit PAS pula. Justeru, rakyat perlu faham apa sebab MB Selangor perlu ditukar. Semuanya kerana Tan Sri Khalid dilihat gagal membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sendiri. Sampai ada pemimpin berkata... "Apa guna ada wakil jadi MB di negeri yang kaya-raya seperti Selangor... sedangkan parti tidak berduit untuk digerakkan". 

Sebab itu dalam kempennya, Khalid berjanji akan membantu parti jika dia dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR. Selagi dia masih Menteri Besar Selangor dan tiada jawatan penting dalam parti, mana mungkin dia boleh melaksanakan tanggungjawab itu.

Kesimpulannya

Sebagai jalan penyelamat, maka PKR tetap perlu tukarkan Tan Sri Khalid dengan segera untuk memerikan harapan baru kepada parti. Dalam hal ini, Azmin sememangnya bertanggungjawab untuk melakukan tugasan itu. Sekiranya Khalid masih MB, maka harapan itu pasti tidak kesampaian. Jika Anwar bertanding di DUN Kajang dulu dan menang, mungkin ia boleh berlaku walau pun Anwar bukan MB. 


Mana mungkin Anwar akan diletakkan sebagai ADUN biasa, sedangkan dia adalah Penasihat Kewangan Negeri Selangor yang bergaji RM1 sebelum ini. Sudah pasti dia akan ditarik sebagai exco kanan terutamanya hal ehwal kewangan. Bila ini berlaku, maka mudahlah Anwar mempengaruhi MB untuk tujuan membantu parti. Namun, ia gagal bila Wan Azizah yang bertanding. Maka itulah, Anwar perlu hantar Wan Azizah seagai MB ganti Khalid. Inilah yang rakyat marhaen tidak faham. Kemelut ini pasti tiada kesudahannya. Apapun, semoga semua pihak bersabar melihat kemelut ini. Andai gagal ditangani dengan baik pasti Pakatan Rakyat akan berpisah jua akhirnya. Apapun, ramai berharap ia tidak berlaku. 

BLOGGER CUCUMATKILAU

Read more »

Isu Masjid Tak Siap Di Sg.Koyan, Teguran Buat YB ADUN Jelai !


Mendengar rintihan para penduduk Felda Gugusan Sungai Koyan berkenaan isu MASJID TAK SIAP maka sy terpanggil untuk menegur Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Pahang (Perumahan dan Perbandaran Negeri) iaitu DATO WAN ROSDY WAN ISMAIL.. supaya CAKNA isu RAKYAT ini.

Sebagai Wakil Rakyat, YB DATO sepatutnya telah mencari ALTERNATIF apabila mengetahui KONTRAKTOR ASAL PROJEK teah menghilangkan diri. Bukankan YB DATO adalah EXCO perumahan dan perbandaran negeri.. Jika ini keadaannya, YB DATO tidak layak menjadi EXCO KERAJAAN NEGERI PAHANG... isu rakyat berkaitan MASJID di kawasan sendiri punYB DATO gagal menanganinya maka bagaimana YB DATO boleh menjaga seluruh negeri Pahang?.



Tambah menyedihkan, YB DATO sebagai EXCO KERAJAAN gagal tunaikan JANJI untuk menyiapkan projek tersebut sedangkan YB DATO punyai kuasa untuk berbuat demikian (atas kapasiti exco), sama ada membuat tender semula atau sebagainya. 




Kenapa ini gagal dilakukan?. Malah, DATUK yang dicari telah menghilangkan diri itu SIAPA?. Mana mungkin sebagai ADUN kawasan ini, YB DATO tak tahu siapa DATUK berkenaan... sedangkan biasanya YB akan kawal projek dalam kawasan masing2 sebenarnya.



Justeru, saya menggesa YB DATO bertindak segera mewujudkan TASK FORCE untuk menyiapkan kaedah baru bagi menyiapkan masjid berkenaan.. bukan sekadar BERJANJI DAN BERJANJI tetapi tidak ditepati.. Yang menjadi mangsa ialah para penduduk kini terpaksa bersolat Tarawih, Raya dan Jumaat di dewan. Apa perasaan anak-anak perantauan yang akan pulang nanti. Bukankah isu ini sungguh memalukan dan tidak wajar berlaku di kawasan yang diwakili oleh Barisan Nasional (BN), melainkan Kerajaan Negeri Pahang itu kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PEMBANGKANG).

Baca artikel berkenaan di http://pahangdaily.blogspot.com/2014/07/tiga-tahun-warga-koyan-solat-tarawih.html

MOHD SHUKRI BIN MOHD RAMLI
aka BLOGGER CUCUMATKILAU
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

Read more »

Isu Duit Banjir: NGO Angkara Akan Bangkit Gerak Suara Rakyat


Banjir besar di Kuantan sudah hampir lapan bulan berlalu. Borang dan dokumen dah macam-macam MANGSA TANDA TANGAN smpai berebut2.. mereka mengharap bantuan untuk meringankan bebanan. Saban hari tunggu dan terus menunggu bagai menunggu BULAN JATUH KE RIBA.. tidak kira mereka orang UMNO, PAS, PKR, DAP atau lain2 parti.
Semuanya adalah RAKYAT YANG PERLU DIDAHULUKAN.. 

Namun, apakan daya JANJI TINGGAL JANJI.. ALASAN DEMI ALASAN terus disajikan. Duit bantuan banjir entah ke mana.. Tak lama lagi musim tengkujuh akan menjelma.. Maknanya BANJIR SETERUSNYA akan melanda.. Soalnya, MANA PERGI DUIT BANJIR?. Ada yg dah meninggal dunia menunggu.. Kutip nama dah berkali-kali.. Tapi tetap tiada apa yang mereka terima...

Maka itu, atas dasar PRIHATIN ISU RAKYAT maka kami akan lancarkan gerakan besar-besaran untuk menuntut JANJI DUIT BANJIR drp pihak kerajaan. Demi Rakyat ia terpaksa dilaksanakan agar kerajaan CAKNA dengan nasib sebahagian besar dr mereka yang kini masih mengharap.

Satu HIMPUNAN RAKYAT akan diadakan sebelum musim tengkujuh tidak lama lagi bagi mendesak kerajaan bertindak segera sebelum banjir berikutnya melanda. Jika tidak pasti duit banjir 2013 akan terus lenyap dan hilang dari ingatan sama seperti munculnya isu MH17 menenggelamkan isu MH370.

Satu Soladirati gabungan NGO rakyat akan digerakkan ke arah itu. Sokongan semua amatlah diharapkan tanpa membezakan fahaman politik kepartian masing-masing. Demi rakyat ayuh kita turun.. Menuntut hak kita. Jika anda sebahagian dari mangsa banjir, sebarkan mesej ini dan ajak seberapa ramai untuk hmpunan akan digerakkan tidak lama lagi.

Jangan biarkan nasib rakyat diperkotak-katikkan... Rakyat wajar didahulukan.. Kerana Perdana Menteri Malaysia adalah orang Pahang. Maka itu, biar rintihan rakyat ini didengari hingga ke Putrajaya. Ayuh.. bangkit, pertahankan hak anda.

MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

Read more »

ANGKARA Kini Semakin Mantap Dengan Wujudnya PUSARA


Malam td (22/7), selepas program Santai@Dyana Sofya.. sempat berdiskusi dan mendengar masalah rakyat dr Taman Inderapura, Kuantan berkenaan isu perlantikan Pengerusi KRT yg dibuat secara sulit dan tidak mendapat sokongan majoriti penduduk dan isu bantuan banjir yg sudah hampir 8 bulan berlalu tp segala yg dijanjikan tak kunjung tiba. 


Mereka ini adalah wakil kpd lebih 500 penyokong tegar UMNO yg akan bersama sy dlm arus perjuangan rakyat tidak lama lagi. 


Selepas itu, sempat pula bergambar kenangan dgn Dyana Sofya sblum beliau pulang ke KL. Dlm masa terdekat akan mengadakan majlis dialog dgn penduduk di taman berkenaan.


NGO Angkatan Pembela Rakyat (ANGKARA) kini semakin mantap selepas wujudnya PUSARA (Pusat Suara Rakyat). Anda ada masalah yg diperkotak-katikkan oleh pemimpin setempat atau jabatan kerajaan di Pahang. Tiada jalan penyelesaiannya.. atau sengaja dipandang remeh oleh pihak atasan, maka jalan terakhir ialah adu masalah ke PUSARA utk diangkat ke atas oleh ANGKARA. Kuatkan suara rakyat kerana anda yg memilih pemimpin, bukan mereka tiba2 naik sendiri utk berkuasa.

MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

Read more »

Maafkan Kiki, Ternyata CDM25 Kini Lebih Popular Dari MH370


Kejadian melibatkan Kiki Kamaruddin, wanita yang mengamuk sakan akibat kereta beliau dilanggar baru-baru ini seharusnya dijadikan ikhtibar oleh semua pihak. Walau pun adengan yang kita saksikan itu agak panas, namun sekurang-kurangnya ia dapat menyedarkan orang lain selepas ini agar lebih berhati-htai dan tidak mudah melenting walau pun dalam situasi yang cukup menekan.

Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Kiki Kamaruddin, dengan begitu cepat dan pantas akhirnya dia sanggup memohon maaf secara terbuka kepada warga emas berbangsa Cina yang beliau herdik Isnin lalu. Malah, tahniah juga kepada Uncle Sim yang sanggup memaafkan Kiki walau pun pasti ramai yang mendesak agar beliau manfailkan saman terhadap wanita terbabit. 



Dalam kes ini, segalanya sudah selesai sebenarnya. Tidak perlu lagi dpanjangkan cerita dengan menyebarkan berbagai keaiban yang melibatkan Kiki Kamaruddin. Beliau juga adalah manusia yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Sedangkan yang empunya diri (Uncle Sim) sudah memaafkan beliau, inikan pula kita yang hanya melihat adengan ini dari kejauhan.

Paling menyedihkan, ada pihak yang telah menjejaki Kiki sehingga ke rumah orang tuannya di Lepar Utara 8 dekat Bandar Jengka yang terletak lebih 100 kilometer dari Kuantan. Tergamak mereka melakukan sedemikian rupa. Malah, mereka merakamkan gambar-gambar kenderaan Kiki CDM25 yang diletakkan di garaj rumah orang tuanya. Tidak cukup disiang hari, ada yang sanggup merakamkan gambar itu dimalam hari pula.

Sebagai wanita, sudah pasti Kiki kini amat tertekan. Nama beliau dan kenderaan beliau CDM25 kini seolah-olah lebih popular dari MH370. CDM 25 berjaya menenggelamkan ingatan kita kepada MH370 yang masih hilang hingga ke hari ini. Apapun, tidak wajar Kiki terus diserang bertalu-talu dalam keadaan kemaafan sudah dipinta dan yang menjadi mangsa juga telah memaafkan beliau.



Maka itu, sebagai sahabat yang juga banyak terlibat dengan kerja kawin saya amatlah berharap agar semua pihak hentikan segera penyebaran gambar-gambar yang boleh menjatuhkan imej Kiki Kamaruddin. Dia sudah menyesal atas apa yang terjadi. Kenapa di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini kita tidak boleh menerima kemaafannya?. Besar sangatkah kesalahan yang telah beliau lakukanya hingga kita membuat kutukan yang begitu melampau terhadap dia. Jiwanya kini pasti amat tertekan dengan apa yang telah berlaku.

Kepada Kiki Kamaruddin, bersabarlah dengan dugaan dan cabaran yang anda hadapi. Sebenarnya ramai lagi yang berlaku lebih kasar dari anda, cuma adengan mereka tidak dirakamkan oleh mana-mana pihak. Cuma, zaman sudah berubah. Dengan kecanggihan teknologi maklumat kini segalanya ditangan. Itulah yang menyebabkan nasib anda tidak baik apabila adengan berkenaan tersebar menerusi internet tanpa anda sedari. Ambillah ikhtibar atas segalanya dan muhasabah diri. Kenapa semua ini harus terjadi kepada anda.

Sebagai anak Felda yang berasal dari Jengka 7 yang jaraknya tidak jauh dengan tempat tinggal orang tua Kiki Kamaruddin, saya amat sedih melihat apa yang berlaku kepada beliau sekarang. Saya juga memohon ampun dan maaf kerana menyebarkan gambar-gambar beliau di laman sembang sosial Facebook, Twitter, WhatsApp dan lain-lain sebelum ini. Pasti dia akan trauma. Apapun, nama Kiki Kamaruddin kini menjadi bualan jutaan manusia di seluruh negara. Ia setidak-tidaknya dapat mempopularkan Kiki sendiri diakhir nanti. Berhati-hati sebelum anda terkena dan terjerat dengan adengan seperti ini pada masa yang akan datang. CMK

Read more »

Wanita Mengamuk, Kiki Kamaruddin Akhirnya Memohon Maaf


Selepas menerima kecaman daripada pengguna media sosial, Kiki Kamaruddin iaitu wanita yang didakwa mengamuk terhadap seorang lelaki warga emas akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka. Permohonan maaf terhadap pesara berumur 67 tahun yang menjadi mangsa makiannya di khalayak ramai serta seluruh rakyat Malaysia itu dimuat naik di lamanFacebook rasmi, Kiki Kerja Kahwin.

"Please spread the words of my sincere apologies to all Malaysian about my actions. (Tolong sebarkan permohonan maaf ikhlas saya ini kepada semua rakyat Malaysia mengenai tindakan saya)," tulis Kiki.



Selain itu Kiki berharap tindakan kasarnya termasuk mengugut warga emas tersebut dengan pengunci stereng tidak dikaitkan dengan syarikat perunding perkahwinan miliknya.

"That's not my intention. That's my personal mistakes and anger. Kerja Kahwin Sdn Bhd had nothing to do with my actions. I'm alone to be blame in this event. (Itu bukan niat saya. Ia adalah kesilapan peribadi dan kemarahan saya. Kerja Kahwin Sdn Bhd tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan tindakan saya. Saya sahaja perlu dipersalahkan dalam hal ini)," katanya. - artikel selanjutnya

Read more »

Isu Langgar Kereta, Hati-Hati Dengan Rakaman Video Amatur !


Isu kes langgar kereta yang berlaku di Kuantan pada petang Isnin lalu sungguh mengejutkan. Kita ia hangat diperkatakan di laman sembang sosial hanya kerana kesilapan wanita yang berkenaan mengeluarkan "padlock" stering dan menghentakkannya di bonet kereta warga emas yang melanggar kereta beliau itu.

Bagi saya isu ini tidak besar mana sangat, sama kes tiga budak pailang yang membuli rakan mereka di Sarawak baru-baru ini. Kesilapannya ialah rakaman video berkenaan yang disebarkan kepada umum. Inilah yang menyebabkan wanita terbabit kini trauma dan diserang bertalu-talu oleh berbagai pihak.


Kerosakan pada bumper kereta wanita terbabit

Mungkin beliau tidak sabar dan mahu bergegas ke lokasi lain selepas menyelesaikan urusan di UTC Pahang. Kereta pula diletakkan di kawasan parkir yang agak sibuk dan sudah semestinya dalam jarak kenderaan begitu hampir, seorang warga emas tidak dapat mengawal kenderaanya dan melanggar kereta beliau. Namun, ia bukanlah pelanggaran yang besar hingga boleh menimbulkan kekecohan. Ia lebih kepada bergesel dan boleh diselesaikan tanpa ada laporan polis. Ramai yang telah mengalami nasib sebegini sebenarnya, namun biasanya kedua-dua pihak akan berdamai dan yang melanggar akan membawa mangsa ke bengkel berdekatan untuk membayar ganti rugi. Tidak perlu ada kekecohan.

Namun, sikap wanita terbabit dilihat agak keterlaluan apabila mengeluarkan padlock stering yang boleh membahayakan uncle itu sebenarnya. Mujurlah dia tidak pukul padlock tu ke tubuh warga emas terbabit. Kesimpulannya, kita harus bertimbang rasa dijalan raya dan tidak perlulah sampai keluarkan perkataan yang berbaur perkauman seperti yang kita dengar dalam video berkenaan. 


Malah, dari maklumat rakan-rakan yang berada di lokasi wanita itu siap mengaku anak menteri dan sebagainya. Itu namanya riak dan takabur. Bukankah elok kalau dia bersabar sebagai orang Islam. Kejadian pula berlaku di bulan Ramadan Al-Mubarak. Pengajarannya, berhati-hati bila nak keluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan. Ini kerana kita takut disekeliling kita ada pihak yang merakamkan adengan berkenaan. Oleh itu, berhati-hatilah dengan rakaman video amatur. Inilah jadinya, benda kecil jadi kecoh satu dunia. 

Read more »

Dalam Masa Terdekat Akan Umum Sertai Semula Parti Politik


Dalam masa terdekat, saya akan umumkan penyertaan semua ke dalam salah sebuah parti politik HEBAT di negara kita. Lama sangat berehat dah tiga tahun.. orang merisik ramai, tapi yang hantar pinangan tu yg nampak serius sebenarnya.  Tak perlu bicara soal parti sangat, mana2 parti ada kelemahan dan kekuatan... 



yang penting perjuangan rakyat tetap dapat diteruskan walau di mana jua kita berada. Salam Perjuangan..

Read more »