SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Beri Nasihat Baik Pun, Blogger UMNO Suruh MB Saman CMK


Sungguh teruja dan cukup terkejut, apabila dimaklumkan bahawa blog PahangKu menggesa MB Pahang menyaman blog Cucu Mat Kilau gara-gara turut memberikan komen pedas tentang isu Utusan Malaysia vs Adnan Yaakob itu. Kenyataan daripada editor blog terbabit yang berbunyi "Harap Menteri Besar Pahang jangan kecualikan juga blog-blog pro pembangkang yang turut menyebar fitnah termasuk blog Pahang Daily Online dan blog Cucu Mat Kilau untuk disaman supaya dapat dijadikan pengajaran", jelas sekali menunjukkan mereka cuba mengalih pandangan daripada menyerang Utusan Malaysia kepada menyerang saya.



Mungkin juga saya akan dijadikan "kambing hitam" dalam isu ini kerana tidak munasabah untuk Menteri Besar Pahang menyaman akhbar milik partinya sendiri. Paling menghampakan, biar pun beberapa kali saya nafikan yang saya terlibat dengan mana-mana parti politik selepas meninggalkan Keadilan pada 11 Februari 2011 yang lalu, namun bagi sesetengah pihak terutamanya dikalangan penyokong UMNO BN masih tetap menganggap saya sebagai musuh mereka. Inilah yang amat memusykilkan, hingga menegur dan memberi nasihat kepada MB supaya manarik balik dakwaan terhadap Utusan Malaysia itu dianggap sesuatu yang tidak baik untuk mereka.



Dalam artikel saya terbabit dengan jelas saya menyebut "Utusan Malaysia adalah media arus perdana yang banyak membantu UMNO Barisan Nasional setiap kali pilihanraya. Makanya, tidak wajar MB menghina mereka sedemikian rupa. Malahan UMNO juga memiliki saham terbesar dalam Utusan sebenarnya". Makanya, niat saya supaya MB Pahang dan Utusan Malaysia mencari jalan perdamaian daripada bertelagah sesama sendiri yang akan memberi untuk kepada pembangkang kelak.



Namun, jika itu pun dianggap tidak bagus untuk mereka maka saya pasrah dan bersedia menghadapi apa saja dugaan yang mendatang. Sudah terlalu lama saya tidak berkecimpung dalam bidang politik sejak 2011. Namun, jika takdirnya begitu maka saya akan membuat keputusan drastik untuk kembali dalam masa terdekat ini. Apapun, saya amatlah berharap MB Pahang dan Utusan Malaysia hentikan perbalahan yang berlaku. Tiada gunanya isu dengan media arus perdana dipanjangkan kerana ia pasti akan mengundang masalah yang lebih besar di kemudian hari. Salam  Perjuangan. ~ Blogger Cucumatkilau

Read more »

Lagi Maut Akibat Lori Tanah, JPJ Dan SPAD Di Gesa Bertindak


Pihak berkuasa terutamanya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di gesa bertindak segera terhadap kebanjiran lori tanah (Bauksit) yang semakin bermaharajalela di Kuantan mutakhir ini. Terdapat dakwaan, lori-lori berkenaan jelas sekali beroperasi tanpa permit yang sah dan melanggar peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan.


Persoalannya, hingga ke saat ini operasi mereka masih dibenarkan hingga mengganggu keselamatan orang awam. Terbaru, seorang penunggang motosikal maut akibat terlanggar tayar lori yang tercabut dan bergolek di atas jalan berhampiran Taman Dato' Rashid di jalan pintasan Kuantan-Kemaman beberapa hari lalu. Bukti ini jelas menunjukkan bahawa lori-lori berkenaan tidak diselenggarakan dengan betul. Malah lebih teruk lagi dengan kotor dan pencemaran yang berlaku akibat kerja-kerja berkenaan. 



Laluan jalan menghala ke Gebeng dari arah Indera Mahkota dan Jabor melalui Sungai Ular juga kotor dan berlumpur teruk pada masa ini. Tinjauan kami mendapati, kerja-kerja tanah yang dilakukan tanpa pantauan dan secara berleluasa adalah punca senario ini berlaku. 



Di mana penguatkuasaan, kenapa semuanya mendiamkan diri tanpa bertindak?. Inilah yang memusykilkan rakyat Kuantan sebenarnya. Justeru, diharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera untuk mengatasi perkara ini. Kita tidak mahu lebih banyak mangsa terkorban akibat kecuaian berkenaan. ~ CMK@ANGKARA

Read more »

Blogger WZWH Gesa Hentikan Kemelut MB Dengan Utusan


Susulan krisis dalaman antara media arus perdana Utusan Malaysia dengan Menteri Besar Pahang yang terus berlarutan hingga ke hari ini, berikutan pendedahan panas isu kebanjiran PATI di Cameron Hihglands maka banyak pihak yang melihat isu ini perlu dihentikan segera demi kesinambungan politik UMNO BN di negeri Pahang khasnya dan Malaysia amnya. Belum pernah terjadi dalam sejarah, ketua kerajaan negeri UMNO BN berbalah ke tahap ini dengan media arus perdana yang dimiliki oleh partinya sendiri.

Inilah senario yang berlaku di Pahang sekarang. Sedar atau tidak ternyata ia mengundang lebih banyak keburukan daripada kebaikan sebenarnya. Jika perbalahan itu antara ketua kerajaan UMNO BN dengan media pembangkang, mungkin ia tidak menjadi isu besar. 

Apapun, CMK amat tertarik dengan pandangan sahabat blogger Wan Zamzuri Wan Hasenan (WZWH) dalam blognya menerusi posting yang bertajuk "Hentikan Segera Polemik Utusan Malaysia VS MB Pahang!". Antara lain beliau menyebut, tidak ada gunanya polemik Utusan Malaysia VS MB Pahang berterusan. "



Kita sebenarnya akhirnya membazir resource, tenaga dan masa kerana berperang salah target yang membuatkan kita semua jadi bodoh. Kita sepatutnya mengembeling usaha untuk menguatkan parti dan kerajaan kita. Utusan Malaysia adalah suara kerajaan dan UMNO. MB Pahang adalah MB sebuah negeri kerajaan. Utusan Malaysia perlu hentikan kritikan secara terbuka terhadap DSD Adnan Yaakob MB Pahang. Dan Pejabat MB Pahang dan blogger media baru tidak perlu berbalas jawab lagi segala polemik. Inilah masanya kita perbetulkan apa yang berlaku di Cameron Highlands", kata kenyataannya.

Ada dua perkara yang beliau mahu kerajaan buat sebagai penyelesaian terhadap isu Cameron Highlands:

Pertama: Cameron Highlands High Tech Agropark

Kedua: One Stop Agency Managing Foreign Workers

Satu Corporation perlu diestablish tujuan Cameron Highlands High Tech Agropark bagi mengoptimunkan pengeluaran dan produktiviti sayuran dan bunga secara berteknologi tinggi. Ambil semua tanah-tanah kerajaan. Projek ini memerlukan modal RM3 bilion.

Pusat One Stop Agency bagi mengurus pekerja asing terutamanya ini bagi menangani masalah PATI. Industri sayuran dan bunga Cameron Highlands memang memerlukan labour yang ramai.

Selain dari cadangan Putrajaya dan berbagai Kementerian yang mahu membaik pulih kondisi sungai dan tanah di Cameron Highlands.

Katanya, adalah diharap cadangan-cadangan ini boleh menyelesaikan kemelut isu Cameron Highlands. Kerajaan juga perlu mendapat kembali keyakinan yang tinggi dari penduduk Cameron Highlands . "Cukuplah...hentikan segera polemik Utusan Malaysia VS MB Pahang. Tidak ke mana dan mudarat kita dapat akhirnya", kata beliau.


Kenyataan beliau ini ada kewajarannya, namun anehnya hari ini blog PahangKu pula memanaskan kemelut ini dengan kenyataan menggesa MB membawa kes dengan Utusan Malaysia ini ke mahkamah. Ia sesuatu yang cukup mengejutkan dan pasti tidak akan ada kesudahannya kelak. Apapun, kita tunggu dan lihat episod seterusnya. ~ CMKNEWS

Read more »

Isu PATI: Adnan Wajar Tarik Balik Tuduhan Terhadap Utusan


Kami terkejut apabila MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob tergamak menyerang akhbar arus perdana Utusan Malaysia dengan dakwaan penghinaan "Utusan Malaysia dah nak Rugi...tak lama lagi tutup lah kot...sbb tu cari berita mcm ni (isu Cameron Highlands)", semuanya gara-gara pendedahan ahbar terbabit tentang isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) selepas terjadinya banjir lumpur di Lembah Bertam baru-baru ini.
Utusan Malaysia adalah media arus perdana yang banyak membantu UMNO Barisan Nasional setiap kali pilihanraya. Makanya, tidak wajar MB menghina mereka sedemikian rupa. Malahan UMNO juga memiliki saham terbesar dalam Utusan sebenarnya.
Pendedahan isu pencerobohan tanah di Cameron Highlands dan seluruh negeri Pahang adalah tanggungjawab sosial Utusan kepada rakyat marhaen. Tindakan Utusan ini adalah wajar selepas banjir lumpur terus melanda Cameron Highlands walau pun berbagai janji manis dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi mengatasi masalah tersebut.
Apa yang jelas dapat dilihat, penguatkuasaan dan pemantauan yang lemah gagal mengatasi masalah ini. Itu belum termasuk rasuah dan korupsi yang menyebabkan penceroboh boleh beroperasi secara terbuka tanpa halangan.


Kerajaan Negeri Pahang dibawah pimpinan Adnan sepatutnya bersyukur dengan pendedahan Utusan, bukannya menyerang media terbabit seperti sebelum ini. Jika Utusan itu media rasmi pembangkang, mungkin tidak jadi masalah tapi ia media yang menjadi suara rasmi kerajaan sendiri sebenarnya.
Justeru, kami menggesa Adnan wajar menarik balik penghinaan beliau terhadap Utusan dengan serta merta kerana media itu adalah "Penyebar Fikiran Rakyat".
Jika mendedahkan kebenaran itu dianggap tidak baik di mata MB, maka apakah menutup kebenaran itu jalan terbaik buat rakyat?. Tahniah Utusan Malaysia.
Mohd Shukri Mohd Ramli
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

Read more »

Pasaran Dunia Naik Minyak Naik, Bila Turun Kita Tak Turun


BERAT GINI ~ Bila Naik Harga Minyak Kata Ikut Pasaran Emas Semasa (NAIK), Tp Pelik Bila Harga Emas Turun Kenapa Kata Tak Mudah TURUN... Apakah Itu Tandanya BN itu BARANG NAIK Yg Rakyat Katakan. Maknanya Tak Mungkin Kerajaan Turunkan Apa2 Barang Walau Pun Pasaran Dunia Turun. Sedaplah Jadi Kerajaan Kalau Mcm Tu.. Naik Jer Pandai, Turun SORRY TO SAY... Ini Tidak Bagus Buat Rakyat Marhaen.
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

Read more »

Pak Majid Tidak Wajar Berlari Keliling Malaysia Tanpa Penaja


Ramai pihak memuji Pak Majid dlm usaha beliau mengelilingi Semenanjung selepas Pahang pertahankan kejuaran Piala Malaysia baru-baru ini.
Bg sy apa yg dilakukan oleh Pak Majid ini sepatutnya dihalang oleh pihak2 berkenaan. Percubaan pertama berjalan dr Kuantan ke Stadium Shah Alam tahun lepas sudah memadai utk orang mengenali Pak Majid.


Percubaan kedua berjalan dr Rantau Panjang ke Kuantan tahun ini juga sudah memadai. Mana ada d sejarah org belayar keliling dunia (Azhar Mansor), berenang di selat Inggeris (Malek Adam), naik ke angkasa (Kapt Muzaffar) dll membuat benda yg sama berulang kali. Itu pun usaha mereka ditaja jutaan ringgit.

Soalnya, apakah Pak Majid ditaja?. Paling hebat dia dihadiahkan berbagai produk kesihatan oleh sykt Multi Level Marketing (MLM).

Pak Majid sepatut bersabar dulu, buat percubaan seterusnya selepas mendapat tajaan lumayan. Sekurang2nya dia berjalan keliling Malaysia dengan tajaan ratusan ribu ringgit. Tapi, kenapa tiada penaja yg sanggup berbuat demikian?.

Pak Majid sudah tua, kesihatan pun tidak menentu maka jalan terbaik ialah perjalanan beliau lengkap dgn doktor perubatan dan sebagainya, barulah berbaloi. Jika sekadar bersendirian tanpa sokongan, kita khuatir akhirnya keselamatan beliau akan terjejas di tengah jalan.

Kenapa tergesa2 berlari semula, melainkan ada ratus ribu menanti?. Lebih baik Pak Majid buat larian ke seluruh negeri Pahang dari daerah ke daerah drp keliling semenanjung Malaysia. Itu lebih baik dan pasti akan disambut dengan meriahnya oleh penyokong Pahang disana.

Mohd Shukri Mohd Ramli
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

Read more »