SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Kemalangan: Ambulan Tiba Lewat Dan Kerbau Atas LPT Jadi Isu


KUANTAN: NGO Angkatan Pembela Rakyat (ANGKARA) kesal dengan kecuaiaan pengurusan Projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan kelewatan bantuan menyelamat oleh Hopsital Sultan Hj.Ahmasd Shah (HoSHAS) menyebabkan mangsa kemalangan terpaksa menanggung kesakitan yang agak lama di lebuhraya itu malam tadi. Penyelaras Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli,44,  (foto) berkata akibat kecuaian dan kelewatan tersebut menyebabkan mangsa yang sepatutnya dapat diselamatkan lebih awal terpaksa bersabung nyawa untuk meneruskan hidupnya.

Menurut Shukri, kecuaian LPT ialah masih terdapat haiwan peliharaan yang berkeliaran di atas lebuhraya itu. "Beberapa tahun lalu kita pernah mendengar ada kemalangan maut melibatkan pelanggaran dengan lembu-lembu, malam tadi ia kemalangan berlaku apabila dua ekor kerbau berada di atas LPT berhampiran jalan susur keluar menghala ke Plaza Tol Temerloh... Persoalannya, bagaimanakah penyelelengaraan yang dibuat oleh Anih Berhad dan MTD?. Bayangkan kerbau boleh berada atas lebuhraya di malam hari", katanya.



Difahamkan kemalangan yang berlaku sekitar jam 8.00 malam itu melibatkan beberapa buah kenderaan yang melanggar dua ekor kerbau. Kenderaan yang paling teruk ialah kereta jenis Proton Saga FLX yang terbalik akibat insiden tersebut. "Pemandu kereta itu adalah seorang gadis... hentaman kuat menyebabkan darah mengalir keluar dari telinganya.. mungkin akibat kecederaan dalaman di kepala... sadisnya, ayah mangsa yang dihubungi oleh orang awam telah sampai dari Kemaman, Terengganu, tetapi ambulan dari HoSHAS yang terletak sekitar 20 kilometer dari lokasi tidak sampai-sampai di tempat kejadian...Bantuan hanya tiba sekitar jam 9.40 iaitu satu setengah jam kemudiaan.. itupun ambulan JPAM ... mangsa terpaksa menanggung kesakitan akibat telinga berdarah dan kepala yang membengkak.. Mujurlah ada seorang wanita berjaya menenangnya gadis terbabit", kata Shukri.



Difahamkan, mangsa memandu bersama adiknya yang juga perempuan. "Paling mengecewakan, ada orang awam yang menawarkan kenderaannya untuk membawa mangsa ke hospital namun dihalang oleh petugas LPT atas alasan perlu ikut peraturan yang telah ditetapkan... Bayangkan, ketika nyawa manusia hampir melayang pun mereka masih mahu ikut peraturan.. sudahlah ambulan lambat sampai.. persoalannya, kenapa kelewatan ambulan dari HoSHAS boleh berlaku dan kenapa binatang seperti kerbau boleh berada di atas jalanraya yang digelar lebuhraya?.. Mohon pihak berkenaan menjawabnya segera demi keselamatan orang ramai yang pasti akan terus menggunakan laluan terbabit. Sepatutnya kejadian seperti ini dapat dielakkan jika MTD dan Anih Berhad cakna isu binatang masuk ke LPT ini.. Namun, kita tidak tahu apa SOP kerja yang mereka lakukan hingga berlaku kejadian yang tidak diingini seperti ini.. ", kata Shukri lagi. Tidak dapat dipastikan keadaan mangsa setakat artikel ini ditulis. #sumber

0 Komen Artikel Ini: