SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Isu Gadis Hina Hudud, Laporan Polis Di Buat Di IPD Kuantan


Jumaat lalu, 20 Mac saya  telah membuat laporan polis terhadap gadis Melayu yang bertindak biadap menghina hukum hudud seperti yang sedang diviralkan di media sosial beberapa hari. Laporan telah dibuat di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan sekitar jam 10.00 pagi dan kes disiasat oleh ASP Zunfikri.

Saya terpanggil untuk membuat laporan kerana sudah tidak tahan lagi dengan adengan memualkan yang dipaparkan pada video terbabit. Saya hairan, gadis yang dikenali sebagai Aisyah Tajuddin itu tergamak menggadaikan maruahnya untuk melakukan tindakan yang jelas sekali amat sukar dimaafkan sebenarnya.


Bagi saya..selemah-lemah iman, ialah dengan membuat laporan polis terhadap gadis terbabit. Tidak kira apa  alasan yang beliau berikan ianya tetap satu penghinaan dan tertakluk dibawah Akta Hasutan. Saya tahu pasti ada dalang disebalik pembikinan video ini, maka itu saya telah menggesa pihak polis melakukan siasatan yang rapi untuk membawa mereka ke muka pengadilan.


Sebelum ini kita dikejutkan dengan isu kepala babi dicampakkan di  masjid dan surau .. kemudian isu khalimah Allah... isu simbah cat di surau..... kini melakonkan watak dalam video pula. Saya melihat apa yang dilakukan oleh Aisyah adalah sesuatu yang amat melukakan hati umat Islam secara keseluruhannya. Tidak cukup dengan beliau meminta maaf, tetapi dia harus bertaubat kerana sengaja mengundang laknat Allah terhadap dirinya. Saya tidak mahu membuat tuduhan liar terhadap beliau, namun bagi saya Aisyah tidak wajar melakonkan aksi tersebut jika beliau benar-benar seorang wanita Islam.


Pihak polis telah menjalankan siasatan hampir dua jam terhadap laporan itu. Apapun, berilah ruang sewajarnya kepada polis untuk melakukan siasatan yang rapi. Saya amatlah berharap pihak yang menghasilkan video berkenaan seperti pengarah, penulis skrip, penyunting dan semua individu dibelakang tabir didakwa dibawah Akta Hasutan. Jika tidak saya yakin selepas ini banyak lagi pembikinan video seperti itu akan dilakukan oleh pihak lain pula jika mereka dilepaskan dengan sewenang-wenangnya. #CMKNEWS

0 Komen Artikel Ini: