SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Pilihan Raya Kecil: Amanat Khas CMK Buat Rakyat Rompin !



"Sy Tidak Hebat, Tiada Wang, Tiada Pengaruh Politik .. Tp Sy Cuma Rakyat Marhaen Yg Benci Dgn Politikus Yg Asyik Berpolitik Hingga Menyusahkan Rakyat. Sy Hanya Ada Suara Utk Membawa Isu2 Rakyat Ke Atas. 

Jika BN Tewas Di Rompin Ia Tidak Sedikit Pun Menjejaskan Kuasa Pemerintahan Barisan Nasional (BN) Di Peringkat Pusat. 

Jika PAS Menang Di Rompin .. Juga Tidak Akan Jejaskan Kuasa BN Di Pusat. Tp, Jika Bebas Menang Di Rompin Ia Akan Membuka Mata Dan Membuktikan Kepada Semua Bahawa Rakyat Sudah Muak Dan Benci Dgn Retorik Org-Org Politik Sebenarnya.

Laungkan Tradisi Membela Rakyat Dan Rakyat Di Dahulukan... Tp Bila Rakyat Marah Isu Barang Naik Gara2 GST... Adakah Suara Rakyat Itu Di Dengari?. 

Kata Parti Memperjuangkan Islam Dan Keadilan, Tp Dalaman Parti Sendiri Pun Asyik Berbalah Sana Sini.. Berpuak2 Dan Berdengki Sesama Sendiri Hingga Merosakkan Imej Islamik Dan Keadilan.

Maka Itulah, Sy Dengan Ini Menawarkan Pilihan Ketiga (3rd Force) Utk Rakyat .. Agar Mereka Buat Undi PROTES Terhadap Org-Org Politik Pd Pilihanraya Kecil Parlimen P091 Rompin Ini. 

Jika Anda Salah Seorg Yg Menjadi Mangsa Kekalutan Dan Kekeliruan Ini. Buatlah Perubahan Demi Rakyat !!". Menang BN Tak Akan Merubah Caj 6% GST Yang Kini Di Tanggung Oleh Rakyat. Kalah PAS Pun Tak Akan Ubah Pendirian PAS Laksanakan Hudud Di Kelantan. Beri Laluan Buat Tindakan. Inilah Masanya Untuk Anda Buktikan. 

"Manisnya Erti Perjuangan Pabila Kita Dapat Bangkit Membela Apa Yg Di Benci Oleh Rakyat Marhaen" 

Ikuti Penjelasan Sy Di www.cucumatkilau.blogspot.com (VIRAL)

Mohd Shukri Mohd Ramli
Blogger Cucumatkilau
Angkatan Pembela Rakyat
[  A N G K A R A ]

0 Komen Artikel Ini: