SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Takziah PM, Hilang Dua Pegawai Kanan Dalam Empat Hari


Susulan kejadian helikopter terhempas di Semenyih Sabtu lalu, maka saya mengambil kesempatan di sini untuk menucapkan salah takziah buat semua keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi itu. Tidak lupa juga buat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak kerana beliau kehilangan dua pegawai kanan dalam tempoh empat hari sebenarnya.





Sebelum tragedi menimpa Datuk Seri Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulitnya Najib telah kehilangan Datuk Mohd Poad Jelani iaitu Setiausaha Sulit beliau. 




Allahyarham Mohd. Poad setelah meninggal dunia di Hospital Raffles, Singapura Selasa lalu ketika menjalani rawatan barah limfoma. Jenazanya telah dikebumikan di Janda Baik, Bentong.

Semoga apa yang berlaku ini memberi ketabahan kepada Perdana Menteri untuk menghadapinya. Kehilangan dua pegawai kanan dalam tempoh tidak sampai seminggu adalah sesuatu yang amat memeritkan sebenarnya. Ambillah ikhtibar disebalik apa yang berlaku. #CMKNEWS

0 Komen Artikel Ini: