SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Terjah Blockade Bauksit, Rakyat Kini Semakin Berani Bersuara !


Pagi tadi saya sempat hadir ke himpunan rakyat bantah Bauksit "BLOCKADE" anjuran Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit (GERAM)  di Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Bukit Goh, Kuantan. Sebelum ke lokasi, saya sempat menerjah ke kawasan perkampungan Kg.Padang untuk melihat sendiri kerja-kerja perlombongan bauksit yang dijalankan di kawasan terbabit.

Saya sempat terjah hingga ke sempadan KotaSAS yang jaraknya hampir dua kilometer dari lokasi terbabit. Selepas menerjah saya sempat mengambil beberapa keping gambar di mana lori-lori bauksit diletakkan. 

Pengusaha lombong seolah-olah dapat menghidu peserta himpunan hari ini mahu menyekat perjalanan lori-lori mereka. Maka itu semua lori-lori diarah menghentikan operasi masing-masing.


Kelihatan sekatan jalanraya di pintu masuk ke RTP Bukit Goh, selepas simpang Felda Bukit Goh. Pihak polis dilihat memeriksa dengan teliti setiap kenderaan yang keluar masuk ke kawasan terbabit.


Saya sempat singgah ke surau berhampiran dan bertemu dengan beberapa orang yang terlibat secara langsung dengan himpunan hari ini. Memandangkan NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) tidak terlibat secara langsung dengan program bekenaan, maka saya sekadar memantau dari jauh sahaja. #CMKNEWS

0 Komen Artikel Ini: