SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Isu Curah Minyak Di Atas Jalan, NGO Gesa Kerajaan Bertindak


KUANTAN: Isu mencurah minyak atas jalanraya sepatutnya sudah tidak berlaku lagi selepas beberapa kali ia didedahkan kepada media sebelum ini. Namun, isu berkenaan seakan-akan dipandang sepi oleh pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pengangkutan hingga ia terus mengundang bahaya kepada pengguna jalanraya di seluruh negara. Tragedi "kemalangan yang dirancang" ini amatlah tidak bertanggungjawab dan ternyata memang biadap sebenarnya. Demikian ditegaskan oleh Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) yang melihat sendiri kejadian kemalangan akibat tindakan pihak-pihak tertentu mencurahkan minyak di atas jalanraya.

Katanya kejadian berlaku di satu selekoh  berbahaya selepas keluar dari Terowong Genting Sempah, Lebuhraya Pantai Timur laluan Karak ke Kuala Lumpur malam kelmarin. "Saya melihat sendiri di depan mata sebuah kenderaan terhumbang ke dalam longkang berdekatan akibat jalan licin.. sebuah motosikal  juga terbabit dalam insiden itu selepas gagal mengawal kenderaannya akibat permukaan jalan yang terlalu licin".

"Saya melalui sendiri detik cemas, berjalan dia atas jalan raya yang terlalu licin sejauh hampir 100 meter.. dan saya menjangkakan jarak curahan minyak sekitar 600 meter. Persoalannya, adakah minyak tumpah... tidak mungkin kerana terdapat maklumat daripada orang awam di situ yang mengatakan memang ternampak beberapa buah kenderaan sengaja mencurahkan minyak di atas jalan terbabit. Modus operandi mereka ialah dengan menggunakan kenderaan lama yang ditebuk di tempat duduk sebelah pemandu, kusyen di buang dan kemudiannya mereka berjalan perlahan sambil menuangkan minyak (diesel) agar terwujudnya kemalangan di kawasan terbabit. Saya tidak pasti ia dilakukan oleh siapa, namun tidak mungkin oleh orang awam biasa kerana motif ini jelas sekali untuk keuntungan. Justeru, saya menggesa pihak berkuasa menyiasat perkara ini demi keselamatan orang awam yang lain hendaknya", kata Shukri.

Sementara itu, beliau turut menggesa pihak penyelenggara Lebuhraya Pantai Timur iaitu Malaysia Thailand Development (MTD) melalui Anih Berhad melakukan sesuatu termasuk memasang CCTV di lokasi terbabit, terutamanya di kawasan selekoh berbahaya. Ia bagi memudahkan siasatan dan pemantauan terhadap pihak yang bertanggungjawab. "Amat memusykilkan bilamana begitu cepat kenderaan tunda (towing) tiba di lokasi kejadian selepas kemalangan itu.. Kenapa trak tunda MTD begitu lambat bertindak dan seolah-olah ada ssuatu yang tidak kena dalam hal ini. Siasatan yang rapi perlu dilakukan segera agar tiada pihak yang membuat cubaan membunuh sesuka hati untuk keuntungan perniagaan mereka pada masa akan datang", tegas Shukri lagi. #sumber

Read more »

Kemalangan: Ambulan Tiba Lewat Dan Kerbau Atas LPT Jadi Isu


KUANTAN: NGO Angkatan Pembela Rakyat (ANGKARA) kesal dengan kecuaiaan pengurusan Projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan kelewatan bantuan menyelamat oleh Hopsital Sultan Hj.Ahmasd Shah (HoSHAS) menyebabkan mangsa kemalangan terpaksa menanggung kesakitan yang agak lama di lebuhraya itu malam tadi. Penyelaras Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli,44,  (foto) berkata akibat kecuaian dan kelewatan tersebut menyebabkan mangsa yang sepatutnya dapat diselamatkan lebih awal terpaksa bersabung nyawa untuk meneruskan hidupnya.

Menurut Shukri, kecuaian LPT ialah masih terdapat haiwan peliharaan yang berkeliaran di atas lebuhraya itu. "Beberapa tahun lalu kita pernah mendengar ada kemalangan maut melibatkan pelanggaran dengan lembu-lembu, malam tadi ia kemalangan berlaku apabila dua ekor kerbau berada di atas LPT berhampiran jalan susur keluar menghala ke Plaza Tol Temerloh... Persoalannya, bagaimanakah penyelelengaraan yang dibuat oleh Anih Berhad dan MTD?. Bayangkan kerbau boleh berada atas lebuhraya di malam hari", katanya.



Difahamkan kemalangan yang berlaku sekitar jam 8.00 malam itu melibatkan beberapa buah kenderaan yang melanggar dua ekor kerbau. Kenderaan yang paling teruk ialah kereta jenis Proton Saga FLX yang terbalik akibat insiden tersebut. "Pemandu kereta itu adalah seorang gadis... hentaman kuat menyebabkan darah mengalir keluar dari telinganya.. mungkin akibat kecederaan dalaman di kepala... sadisnya, ayah mangsa yang dihubungi oleh orang awam telah sampai dari Kemaman, Terengganu, tetapi ambulan dari HoSHAS yang terletak sekitar 20 kilometer dari lokasi tidak sampai-sampai di tempat kejadian...Bantuan hanya tiba sekitar jam 9.40 iaitu satu setengah jam kemudiaan.. itupun ambulan JPAM ... mangsa terpaksa menanggung kesakitan akibat telinga berdarah dan kepala yang membengkak.. Mujurlah ada seorang wanita berjaya menenangnya gadis terbabit", kata Shukri.



Difahamkan, mangsa memandu bersama adiknya yang juga perempuan. "Paling mengecewakan, ada orang awam yang menawarkan kenderaannya untuk membawa mangsa ke hospital namun dihalang oleh petugas LPT atas alasan perlu ikut peraturan yang telah ditetapkan... Bayangkan, ketika nyawa manusia hampir melayang pun mereka masih mahu ikut peraturan.. sudahlah ambulan lambat sampai.. persoalannya, kenapa kelewatan ambulan dari HoSHAS boleh berlaku dan kenapa binatang seperti kerbau boleh berada di atas jalanraya yang digelar lebuhraya?.. Mohon pihak berkenaan menjawabnya segera demi keselamatan orang ramai yang pasti akan terus menggunakan laluan terbabit. Sepatutnya kejadian seperti ini dapat dielakkan jika MTD dan Anih Berhad cakna isu binatang masuk ke LPT ini.. Namun, kita tidak tahu apa SOP kerja yang mereka lakukan hingga berlaku kejadian yang tidak diingini seperti ini.. ", kata Shukri lagi. Tidak dapat dipastikan keadaan mangsa setakat artikel ini ditulis. #sumber

Read more »

Pantau Banjir Di LPT Temerloh, Sempat Terjah Makam Mat Kilau Di Pulau Tawar


Sempena Cuti Tahun Baru 2015, baru-baru ini saya mengambil peluang sekali lagi untuk terjah banjir bersama krew Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) di Temerloh dan Jerantut. Kami bergerak dari Kuantan sekitar jam 2.30 petang mealui Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Tiba di susur keluar Chenor, keihatan beberapa orang pekerja MTD membuah hadangan dengan kon untuk tidak membenarkan sebarang kenderaan mealui jalan tersebut. Difahamkan air banjir masih naik di KM126, susur keluar ke Temerloh. Kami terpaksa keluar di Plaza Tol Chenor sebelum masuk semula dengan membuat U-Turn di lokasi terbabit. Kami memberanikan diri melalui hadangan kon yang terletak di jalan ke Temerloh-Kuala Lumpur, dengan niat untuk melihat sendiri buat kali ketiga keadaan banjir terkini di susur keluar ke Temerloh itu.


Kami berjaya dan meneruskan perjalanan sepetrti biasa. Singgah seketika di atas jambatan Temerloh uintuk melihat sendiri keadaan air Sungai Pahang di situ. Kemudian kami teruskan perjalanan ke lokasi. 




Air ternyata sudah agak surut, cuma laluan masih lagi ditutup kepada semua kenderaan. Saya sempat merakamkan aksi-aksi meredah air banjir. Kelihatan seuah trak tentera terkandas akibat meredah air. Kami berada di situ dalam setengah jam, sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Tawar, Jerantut sekitar jam 5.40 petang.



Tiba di Pulau Tawar, singgah sekejap di surau dekat simpang masuk kemudian meneruskan perjalnan masuk kampung untuk melihat sendiri situasi selepas banjir. 



Kami sempat melihat dan singgah di Sek Kebangsaan Perian kemudian ke Makam Pahlawan Melayu Pahang, Mat Kilau di Kampung Kedondong. 






Selepas itu, kami teruskan perjalanan ke Sek Men Pulau Tawar, namun gaga teruskan perjalanan akibat jalan licin, berselut dan berlendir. 



Akhirnya terpaksa berpatah balik, sebelum tinggalkan Pulau Tawar kami sempat singgah di Masjed Jamek yang dipercayai telah tenggelam banjir hingga ke bumbung ketika bah melanda baru-baru ini. Solat Maghirb di Masjid Pulau Tawar dekat Bukit Rang sebelum teruskan perjalan pulang ke Kuantan dalam pukul 8.00 malam. 



Sempat singgah di Bandar Pusat Jengka untuk makan malam. Hari ini agak menarik kerana saya dapat meredah air banjir sejauh 100 meter di KM126, LPT Exit Temerloh dan kemudian ziarah makam Mat Kilau yang dipercayai telah tenggelam dek banjir itu. 

Read more »