SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Sah, Kamera Di Dalam Tandas Restoran Rupanya Hanya Fitnah


TERJAH ~ Mereka (pemilik restoran) telah dikhianati oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, tapi perniagaan mereka pula yang jadi mangsa akibat salah faham isu yang diviralkan di laman sosial sejak 18 Januari 2016 lalu. Pada awalnya saya (Angkatan Pembela Rayat) juga mahu menviralkan isu tersebut memandangkan dia juga merupakan pelanggan ke restoran terbabit sejak ia di buka. Namun, selepas memikirkan impaknya dan kurang berpuas hati dengan isu yang disebarkan dia mengambil langkah "tunggu dan lihat" dan akhirnya mengambil keputusan untuk membuat siasatan lanjut berhubung dengan insiden tersebut. Tambahan pula katanya, lokasi restoran berkenaan tidak berapa jauh dengan tempat tinggalnya.


Restoran ini tiba-tiba meletop gara-gara viral isu kamera di tandas
Restoran Marina Tomyam Seafood ini terletak di Peramu Kuantan

Biasanya, isu-isu rakyat di Kuantan pasti saya yang akan viralkan dulu terutamanya yang panas seperti ini. Namun, dalam isu kamera di tandas ini saya agak musykil kerana pemilik restoran terbabit adalah seorang wanita tempatan. Tidak mungkn dia tergamak melakukan perbuatan sedemikian rupa, yang boleh menjejaskan periuk nasinya sendiri. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk memantau isu ini dan ternyata terlalu banyak pihak yang menyebar dan menviralkan isu berkenaan termasuk di laman sosial seperti blog, facebook, whatsapp, instagram, wechat dan sebagainya.


Senario di bahagian dalam restoran, warna hijau, pink dan ungu

Susulan daripada tindakan tersebut, perniagaan restoran Marina Tomyam Seafood telah mengalami kerugian yang mendadak akibat kehilangan pelanggan tetap mereka. Malah, tidak cukup dengan itu pemiliknya juga telah dihembur dengan perkataan yang tidak elok oleh semua pihak. Tindakan tersebut benar-benar telah menjejaskan perniagaan restoran terbabit sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.



Dan dibawah pula beberapa buah blog yang telah menviralkan isu ini sejak ia dihebohkan



Bagi tidak menghampakan semua pihak, saya telah melakukan edisi terjah ke restoran terbabit pada Sabtu (30 Januari) lalu, untuk melihat dan mengetahui kebenaran isu-isu yang diviralkan. Ini kerana ada dua versi yang berbeza dikalangan mereka yang mengetahui kejadian sebenar insiden ini. Malah, saya juga ada melihat keratan laporan polis yang diviralkan di laman facebook grou Warga Kuantan pada 18 Januari lalu. Saya melihat, pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam kejadian ini sebenarnya.

Sungguh mengejutkan apabila edisi terjah saya mendapati semua pihak telah salah faham dengan isu ini.. kamera yang dipaparkan itu bukanlah dalam bilik tandas restoran yang dikhaskan untuk pelanggan tetapi ia dipasang dalam bilik air (tandas) rumah sewa pekerja-pekerja restoran terbabit... Maknya, apa yang diviralkan tidak benar dan fitnah semata-mata bagi tujuan menjatuhkan perniagaan Marina Tomyam Seafood sebenarnya.. Saya cuba menyiasat dan mencari bukti kebenaran ini. Ia bertujuan agar orang ramai bertambah yakin dengan laporan polis yang disebarkan sebelum ini.. Ini kerana masih ada pihak-pihak tertentu yang tidak tahu menahu cerita sebenar telah menyebarkan perkara ini tanpa usul periksa.


Bukti, laporan polis tentang isu kamera  di buat sebelum ia viral

Bukti, laporan polis dibuat pada 17 Januari sehari sebelum isu viral

Bukti, laporan polis dibuat kejadian di rumah sewa bukan di restoran

Bukti, isu mula diviralkan sejak daripada tengahari pada 18 Januari 

Siasatan saya juga mendapati ternyata kamera yang diviralkan itu sah bukanlah di tandas pelanggan restoran sebalik di rumah sewa yang terletak bersebelahan dengan restoran itu. Perkara ini telah disedari oleh pemilik restoran berkenaan sehari sebelum isu diviralkan iaitu pada Ahad, 17 Januari 2016. Isu ini diviralkan pada Isnin,  18 Januari 2016 lalu.


Bukti, inilah dia tandas pelanggan yang terdapat dalam restoran

Saya dimaklumkan oleh pemilik restoran bahawa dia sedar adanya kamera tersebut pada hari Ahad, 17 Januari 2016 sekitar jam 6.00 petang selepas dilapor oleh adik ipar dan pekerjanya. Kamera itu dijumpai di dalam rumah sewa ketika mereka sedang membaiki paip di tandas bilik air. Mereka terlihat ada wayar yang mencurigakan. Mereka kemudian memeriksanya, dan mendapati ada wayar bersambung ke luar rumah. Di percayai dilakukan oleh pihak tertentu untuk mengintai pekerja wanita yang mendiami rumah sewa terbabit. Untuk restoran ada tandas lain, tandas rumah sewa hanyalah untuk kakitangan restoran sahaja. Pelanggan tidak dibenarkan langsung masuk ke tandas rumah sewa  terbabit sebenarnya. Kamera (CCTV) yang diviralkan itu dijumpai dalam tandas (bilik air) rumah sewa dan bukan tandas restoran seperti yang didakwa. 


Bukti, perbezaan ketara tandas rumah sewa dan tandas restoran
Bukti, kamera dipasang dalam tandas rumah bukannya restoran 

Selepas ternampak kamera terbabit dan mengesyaki ada tindakan khianat dan mencurigakan beliau (mangsa)  dan suaminya telah mengambil video bukti untuk tindakan lanjut. Mereka kemudiannya telah menghubungi Pondok Polis Peramu dan kemudian diarahkan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan. Mereka  membuat laporan polis tentang insiden terbabit sekitar jam 8.10 malam pada hari kejadian.

Malam itu (17 Januari) dalam pukul 9.30 mangsa (pemilik restoran) telah dipanggil untuk disoal siasat oleh pegawai polis yang ambil kes itu di IPD Kuantan, dalan jam 10.30 selepas beri maklumat berkaitan pihak polis telah datang ke rumah sewa terbabit untuk membuat siasatan. Polis tengok kamera kerana mereka tak buang dan tak sentuh barang bukti terbabit. Kes ini sebenarnya masih lagi dalam siasatan pihak polis. Maknanya, kes ini adalah perbuatan khianat terhadap pemilik restoran berkenaan dan bukannya mereka cuba khianati pelanggan dengan memasang kamera dalam tandas.


Rumah sewa (bumbung merah) bersebelahan restoran terbabit
Inilah rumah sewa, lokasi kejadian kamera dalam tandas berlaku

Difahamkan pemilik restoran yang menjadi mangsa amat terkejut apabila keesokan harinya iaitu pada Isnin, 18 Januari 2016 berita penemuan kamera di tandas restoran mereka pula telah disebarkan. Pemilik terbabit telah mengalami trauma akibat tindakan ini kerana perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Viral pertama difahamkan telah disiarkan dalam laman facebook group Warga Kuantan, dan mendapat komen dari ribuan ahli group tersebut. Rata-rata marah dan mencaci tindakan restoran terbabit dan ada juga yang mahu membuat laporan polis kerana merasa terlalu kecewa dengan perbuatan tersebut. Hakikatnya mereka tidak tahu apa yang berlaku ada sebaliknya. 


Beginilah keadaan syiling bumbung tandas khas untuk pelanggan

Kutukan dan cacian bukan sahaja datang daripada pelanggan malahan juga daripada rakan-rakan dan saudara mara yang mahukan penjelasan lanjut isu tersebut. Saya difahamkan pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan polis cawangan khas juga telah datang ke restoran terbabit untuk mengambil keterangan daripada beliau. Namun selepas jawapan yang kukuh diberikan akhirnya pihak terbabit membenarkan Marina Tomyam Seafood terus menjalankan operasi mereka seperti biasa. Walau pun ramai yang menjangka restoran terbabit ditutup. Apapun, difahamkan ramai pelanggan tetap telah lari dan tidak mahu lagi ke restoran yang cukup popular dengan masakan Ketam Telur Masin itu. Perniagaan mengalami kerugian dan dalam hal ini, pemilik restoran terbabit yang menjadi mangsa. Bukannya pelanggan seperti yang didakwa. 


Tandas dalam restoran hanya dikhaskan untuk pelanggan sahaja
Tandas dalam restoran, mengekjalkan imej pintu berwarna hijau 
Tandas  di dalam restoran, mosaic warna hijau dan dinding ungu 
Tandas di dalam  restoran, pandangan dari bahagian belakang 

Menurut pemilik restoran, sangkaannya isu tersebut reda selepas beberapa hari meleset kerana selepas seminggu masih ada pihak yang menviralkan insiden tersebut di dalam blog dan termasuk pages popular seperti Siakap Keli dan lain-lain lagi. 


Tandas dalam rumah sewa, lokasi kejadi kamera yang diviralkan
Tandas rumah sewa, pintu berwarna kuning dan mosaic cream

Kejadian yang menimpa Restoran Marina Tomyam ini sebenar sudah seringkali kita dengan di tempat-tempat lain. Namun, apa yang menimpa mereka amatlah hebat sekali. Namun dengan bukti dan dokumen yang ditunjukkan, jelas sekali satu penganiayaan telah berlaku kepada pemilik premis terbabit. 



Bukti, lokasi kamera ditemui sama dengan batang paip tandas ini
Bukti, bahagian belakang tandas rumah sewa yang jadi viral itu

TERJAH: SAH, KAMERA DALAM TANDAS RESTORAN MARINA TOMYAM SEAFOOD RUPANYA HANYA FITNAH SEMATA-MATA Mereka (pemilik...
Posted by Mohd Shukri Mohd Ramli on Sunday, 31 January 2016

Justeru, kepada semua pihak yang telah menyebar dan menviralkan isu ini digesa menarik balik segala posting-posting berkenaan. Amatlah tidak wajar. menjatuhkan hukuman dengan hanya berdasarkan kepada gambar semata-mata sedangkan pihak berkenaan telah menunjukkan segala bukti bahawa mereka sebenarnya adalah mangsa dalam insiden ini. 

Akibat kesilapan dan fitnah berkenaan, perniagaan Restoran Marina Tomyam Seafood telah mengalami kerugian tindakan viral yang dilakukan. Semoga dengan pembongkaran ini dapat memberi pencerahan kepada semua pihak. Ikhtibar yang boleh diambil ialah perlu berhati-hati ketika menyebarkan maklumat yang diviralkan. #ANGKARA@TERJAH

1 Komen Artikel Ini:

  • HAFIZUL BIN HAZIQ says:
    Aug 18, 2019, 6:21:00 PM

    e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    WhatsApp Number::::::::::[+60]1123759663
    Telephone..Number:[+60]1123759663
    email:::::::hafizulbin365@gmail.com
    Name::::Hafizul Bin Haziq
    Country:::Malaysia
    [[[[di atas adalah data peribadi saya]]]]]
    Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
    [[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
    Country::::::Malaysia
    Name::::::::Hafizul Bin Haziq
    email::hafizulbin365@gmail.com
    Telephone Number:[+60]1123759663
    WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
    e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]