SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Blok Ketiga, Apakah Berjaya Saingi Pengaruh Pakatan Harapan !


Keputusan PAS untuk membentuk blok ketiga pakatan pembangkang bersama parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) hari ini sungguh mengejutkan saya. Tidak disangka-sangka akhirnya Pakatan Rakyat yang cukup kuat selama ini akhirnya "hilang ditelan dek zaman" pabila PAS menubuhkan blok ketiga. 

Sebelum ini rakan PAS dalam Pakatan Rakyat terlebih dahulu menubuhkan Pakatan Harapan iaitu PKR dan DAP bersama Parti Amanah Negara (Amanah). Dengan tertubuhnya blok ketiga ini, sudah pastilah pertembungan "maha dasyat" pasti berlaku pada Pilihanraya Umum Ke-14 tidak lama lagi.

Desas-desus mengatakan pertembungan tiga penjuru pasti menjadi kenyataan akhirnya. Pakatan Harapan - Blok Ketiga - Barisan Nasional. Jika dalam Pakatan Harapan, parti Amanah yang baru setahun jagung itu dilihat berjaya mendapat sokongan rakyat. Bagaimana pula dengan Ikatan?. Parti yang ditubuhkan oleh bekas menteri UMNO iaitu Tan Sri Abdul Kadir Sheikd Fadzir masih belum terbukti kehebatannya.

Berbeza dengan parti Amanah yang diterajui oleh Mat Sabu bersama rakan-rakannya darti PAS yang sudah tidak sealiran dengan perjuangan parti Islam itu. Apapun, harus diingat bahawa Ikatan mungkin mendapat sokongan rakyat jika mereka benar-benar merealisasikan agenda perjuangan yang ingin dibawa.

Penubuhan blok ketiga yang mahu lebih berhemah dalam perjuangan "friendly" dengan kerajaan pusat itu dilihat bakal memberi tamparan hebat kepada Pakatan Harapan. Apa yang jelas dapat dilihat ialah blok ketiga ini mungkin lebih pro-Najib berbanding Pakatan Harapan yang kini berkompromi dengan Mahathir. 

Melihat kepada asas perjuangan yang digariskan, ternyata agenda blok ketiga ada persamaan dengan perjuangan Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) yang saya bawa sejak dua tahun lalu. Apa yang baik dibuat kerajaan untuk rakyat kami sokong dan apa yang tidak baik serta  menyusahkan rakyat kami tegur. Inilah prinsip asas perjuangan Angkara yang ada sedikit persamaan dengan pakatan blok ketiga yang baru ditubuhkan hari ini.

Soalnya, wajarkah PAS  masih mengaharapkan kerjasama dengan PKR seperti yang didakwa Timbalan Presiden parti itu, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini?. Sedangkan umum mengetahui, pemimpin dan ahli PKR kini menganggap PAS adalah musuh politik mereka yang baharu. Namun, inilah politik. Saya tidak nampak PAS sanggup berlawan tiga penjuru dengan PKR pada PRU akan datang. Pertembungan tiga penjuru akan memudahkan laluan BN untuk menang di kerusi yang diwakili pembangkang terutamanya di kawasan Kuantan.

Apapaun, sama-sama kita tunggu dan lihat sejauh mana pengaruh dan kekuatan politik blok ketiga ini boleh mempengaruhi rakyat. Malah, apakah ia bisa menyaingi pengaruh Pakatan Harapan yang sudah bertapak sebelum ini. Harus diingat, PAS juga ada kekuatan mereka sendiri sebenarnya.  Salam perjuangan !

MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras ANGKARA
Angkatan Pembela Rakyat

2 Komen Artikel Ini:

  • IBU TUTI TKI SINGAPUR says:
    Jun 29, 2016, 11:40:00 AM

    saya AHMAD SANI posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan








  • Jery says:
    Apr 3, 2022, 1:32:00 PM

    Good reading your ppost